Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Saturday, November 27, 2010

1.2 juta anak Arab diculik Mafia Israel laknat

1.2 juta anak Arab diculik Mafia Israel laknat

Telah 10 tahun Rezim Zionis Israel menculik hampir 1.2 juta kanak-kanak Arab melalui kumpulan kumpulan Mafia mereka serata dunia. Berita mengejutkan ini dihebahkan oleh agensi Al Mujtama’ yang menyatakan ini adalah strategi baru menghadapi bangsa Palestin. Penculikan terhadap anak-anak bangsa Arab yang dilakukan mafia Israel merupakan strategi rezim ini untuk menahan kadar fertiliti penduduk Palestin Islam.

Anak-anak tersebut kemudian diserahkan kepada keluarga Zionis untuk diyahudikan. Lembaga Perlindungan Anak-anak Mesir mengungkapkan, mafia Israel sejak dibentuk hingga kini telah menculik lebih sejuta anak-anak Arab dan sebelum diserahkan kepada keluarga Zionis mereka dipaksa untuk menjadi Yahudi.

Lebih 9.5 billion dolar telah dibelanjakan untuk pengurusan mendidik dan melatih anak-anak arab ini untuk dijadikan kader Zionis dan agen pengganas Israel.

Israel, negara haram yang dibentuk oleh Inggeris sedang berusaha menambah penduduknya untuk mengimbangi kadar pertumbuhan rakyat Palestin. Yang pasti sebagai negara haram, Israel tidak memiliki batasan wilayah dan jumlah penduduk tertentu.

Pusat Data Statistik Palestin menyatakan, jumlah warga Palestin pada tahun 1948 sebanyak 1.4 juta orang, namun pada akhir 2008 bertambah tujuh kali ganda menjadi 10.6 juta orang penduduk.

5.1 juta penduduk Palestin hidup pelarian . Adapun jumlah warga Zionis sendiri hanya 5.5 juta orang.

Adakah umat Islam di Malaysia sedar hal ini?

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA Teras

Saturday, August 21, 2010

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara
Ku kira Syeikh Ahmad Yassin akan menangis,
(Jika dia masih hidup kini)
Dari kelopak matanya yang buta,
Bukan pada darah-darah yang mengalir basah dibumi syuhada,
Bukan pada ratapan doa, anak dan isteri yang dizalimi,



Namun Syeikh Yassin pasti mengalirkan air mata,
Melihat, bagaimana kita; ummah nusantara,
Memandang tanpa berbuat apa-apa, mendengar dan berdiam cuma,




Pada potret kemusnahan satu bangsa,
Melayu Patani,
Yang maruahnya kini, sedang dipijak-pijak kaki,




Kukira Syeikh Yassin,
Pasti akan menutup telinganya yang kurang mendengar,
Kerana tidak mampu tertahan pada suara gamat yang kedengaran,
Bukan oleh dentuman bedil, mortar, atau bom kawalan,
Bukan pula oleh rayuan imam memohon simpati, terseksa di kem tahanan,
Namun Syeikh Yassin pastikan tidak mampu tertahan,


Pada kita, yang asyik bergelojak gembira siang dan malam,
Di saat jiran kita, yang hanya terpisah sempadan,
Anak yang kehilangan bapa,
Isteri kehilangan suami tercinta,
Bapak kehilangan anak, pewaris cita-cita masa depan,
Sang kakak hilang segala-galanya, semua sanak saudara...


Kukira Syeikh Yassin,
Mampu berdiri menahan geram,
Walau kakinya lemah tak berkuasa,
Di saat bangsa muslim lainnya bebas merdeka,
Sedang mewar-warkan kemegahan negara,
Mencita-citakan kemodenan segala,
Mereka lupa pada Muslim Patttani, yang jaraknya sejengkal cuma,


Satu Aqidah, Satu Bangsa, Satu Bahasa,
Satu Ummah dengan Negara-negara merdeka – Malaysia – Indonesia,


Ketika saudara mereka Pattani,
Ditembak tika menjejaki tetangga masjid,






Dihalau nafi dibumi sendiri,
Ditangkap tanpa sebab dan alasan,


Kukira Syeikh Yassinkan melaung,
Dari kekuatan suara yang entah datang dari mana,
‘Kamu bangsa-bangsa Malaysia – Indonesia,
Memaki Kebodohan Bangsa Arab,
yang menjadi boneka pada Yahudi,
yan meratah bangsa kami Palestina,
Namun tika bangsa Pattani,
Terseksa, dizalimi, hilang arah,



Kamu menjadi buta,
Sesungguhnya aku mungkin buta mataku,
Namun kamu telah buta hatimu’


Malangnya Syeikh Yassin sudah tidak ada kini;
Maka kebutaan mata kita, telinga kita yang tuli;
Kaki kita yang tidak berdaya, mulut kita yang bisu,
Dan segala yang tidak berdaya pada kita,
Pastinya gagal berbuat apa-apa,
Pada sebuah potret kemusnahan,
Satu ummah, satu bangsa, satu bahasa, satu agama dengan kita
Pattani; sebuah Palestina di Nusantara



M Nizam Mahshar
1 Ramadhan 1431H

www.amanpattani.blogspot.com

Tuesday, July 27, 2010

Syaitan bernama Israel ugut Lebanon pula..

Israel halang kapal Lebanon

BAITULMAQDIS - Tentera rejim Zionis terus bertegas akan melakukan apa sahaja untuk menghalang dua kapal Lebanon yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel dengan angkuh berkata, komando tentera laut yang dikenali sebagai Shayetet sudah bersiap-sedia untuk menyerang mana-mana kapal yang cuba melanggar sekatan yang dikenakan rejim Zionis di sempadan Gaza.

Pada Khamis lalu, duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Gabriela Shalev mengirim surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan presiden Majlis Keselamatan PBB, Joy Ogwu untuk memberi amaran bahawa kedua-dua kapal itu, Junia dan Julia, tidak akan dibenarkan meneruskan pelayaran ke Gaza.

"Kami berhak melakukan apa sahaja untuk menghalang kapal-kapal itu kerana kami beranggapan misi itu turut membawa senjata dan aktivis yang sengaja mahu menimbulkan masalah," katanya dalam surat itu.

Pada Jumaat lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk kerajaan Lebanon kerana gagal menghalang kapal :Junia: dan :Julia: melakukan pelayaran menuju ke Gaza.

"Jika kapal itu menghampiri perairan Gaza, tentera kami akan mengarahkannya berlabuh di Pelabuhan Ashdod dan jika arahan tidak dipatuhi, kami akan melakukan apa yang patut," katanya.

Israel kritik UNHRC

Israel kritik UNHRC

TEL AVIV - Israel mengkritik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHRC) kerana kononnya melantik ahli jawatankuasa siasatan yang bersikap berat sebelah dalam menyiasat insiden serangan tentera Zionis itu ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Seorang pegawai kerajaan rejim itu menuduh ketiga-tiga pakar yang dilantik akan memberikan laporan yang lebih memihak kepada kumpulan anti-Israel yang menguasai UNHRC.

"Kerajaan Israel percaya ketiga-tiga ahli panel tidak akan berlaku adil dalam menjalankan tugas mereka," katanya kepada wartawan AFP, kelmarin.

Pada Jumaat lalu, UNHRC melantik bekas pendakwa raya jenayah perang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Desmond de Silva; hakim dari Trinidad, Karl T Hudson-Phillips dan aktivis hak wanita dari Malaysia, Mary Shanthi Dairiam menyiasat insiden serangan tentera ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu di perairan antarabangsa.

Tugas utama panel itu adalah menyiasat sama ada serangan berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa dan UNHRC menegaskan bahawa ahli jawatankuasa dalam panel yang dilantik akan bersikap objektif dan adil dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Panel itu dijadualkan menyerahkan laporan siasatan pada pertengahan September ini.

Thursday, July 15, 2010

Siapakah Rachel Corrie?

Perjuangan Sedunia untuk Palestin



Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?


Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).



Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.


Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.



Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.


Thursday, July 8, 2010

Dengan NGO pun Israel takut!

Dengan NGO pun Israel takut! Bila Yahudi terancam, manusia yang lemah juga akan digelar musuh dan pengganas. Israel bakal menerima hukuman antarangsa.

NGO 'musuh dalam selimut': Israel


TEL AVIV - Kerajaan Israel dan sekumpulan pertubuhan melancarkan kempen 'menangkis usaha mengharamkan' rejim itu yang ditujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan dan hak asasi manusia, kelmarin.

Serangan tentera rejim ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan kerajaan Israel berasa semakin terancam dengan pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Kempen berterusan itu pertama kali dilancarkan selepas sekumpulan NGO di Gaza mengeluarkan laporan mengutuk kekejaman tentera rejim Zionis semasa serangan tentera Israel yang memusnahkan Gaza, pada Disember 2008.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membidas laporan itu dan menegaskan akan 'menyumbang masa dan tenaga untuk membanteras kumpulan NGO seperti ini.'

"Kita tidak akan hanya berdiam diri dan menunggu NGO hak asasi manusia menyerang kita kerana mereka merasakan mereka dikecualikan daripada menerima hukuman," katanya.

Pengarah Perancangan Dasar di Pejabat Perdana Menteri Israel, Ron Dermer pula menuduh setiap NGO yang mengutuk Israel hanya 'menumpahkan minyak ke api dan memperjuangkan kemahuan Hamas.’

Tentera Zionis mula bunuh diri?

TEL AVIV (Arrahmah.com) - Militer Israel telah menyuarakan peringatan bersamaan dengan meningkatnya jumlah kasus bunuh diri tentaranya sejak awal tahun 2010.

Sembilan belas tentara Israel telah mengakhiri hidupnya sendiri selama tahun ini, menyusul penurunan sejumlah program yang bertujuan menangkal angka bunuh diri di dalam tubuh militer Zionis tersebut, Ynet melaporkan pada hari Selasa (6/7), dikutip PressTV.

Data 2010 ini menunjukkan kenaikan yang sangat signifikan dibandingkan sepanjang tahun lalu yang berjumlah 21 kasus. Militer Israel melaporkan 30 kasus bunuh diri pada tahun 2000, sementara ada 35 kasus serupa pada tahun 2005.

Pihak militer kemudian meluncurkan program pelatihan untuk membantu mendiagnosa tekanan psikologis serius yang diderita tentara-tentaranya. Program ini dinilai berhasil. Dalam kurun waktu 2007-2009, ada penurunan jumlah bunuh diri menjadi kurang dari 24 dalam satu tahun.

Dua petugas layanan kesahatan mental militer Israel dihukum dengan pasal tindak pidana pada tahun 2008 karena gagal untuk mencegah bunuh diri seorang prajurit yang menunjukkan tanda-tanda tekanan psikologis. (althaf/arrahmah.com)

Pegawai tinggi Israel desak pulih hubungan dgn Turki; ada sebab mungkin

Pegawai tinggi Israel desak pulih hubungan

TEL AVIV - Menteri Parti Buruh, Avishay Braverman mendesak kerajaan Turki dan Israel mengurangkan retorik masing-masing dan berusaha memperbaiki hubungan kedua negara yang rosak teruk.

"Hubungan antara Turki dan Israel sangat besar kepentingannya dan saya berharap hubungan akan kembali baik dan mesra seperti dulu," katanya.

Menurutnya, kedua pihak perlu berhenti 'mencurahkan minyak ke api.'

"Saya ingin menasihatkan beberapa individu di kedua-dua negara supaya kurangkan retorik masing-masing dan duduk semeja untuk membincangkan masalah ini dan seterusnya membina semula hubungan baik," katanya.

Gesaan Braverman itu disokong bekas pengarah agensi perisikan Mossad Israel, Efraim Halevy yang mengingatkan hubungan Israel dan Turki adalah hubungan dua hala tertua yang dimiliki Israel dengan sebuah negara di rantau Timur Tengah.

Desakan pegawai tinggi Israel itu dibuat selepas hubungan kedua-dua negara dilihat semakin runcing dengan kenyataan balas dari kedua belah pihak selepas tentera rejim menyerang kapal bantuan ke Gaza dan membunuh sembilan warga Turki.

Selepas desakan antarabangsa Israel tetap kekalkan sekatan

Israel kekalkan sekatan

GAZA - Israel pada dasarnya mengurangkan sekatan ke atas Gaza dan membenarkan barangan keperluan asas dibawa masuk ke wilayah yang bergolak itu, tetapi masih mengenakan sekatan yang terus menjejaskan ekonomi di situ.

Antara barangan yang amat diperlukan untuk memulihkan kemusnahan berikutan perang tahun lalu adalah barang-barang pembinaan yang masih disekat masuk ke Gaza.

Peniaga dan aktivis kemanusiaan di Genting Gaza berkata, apa yang dilakukan Israel belum mencukupi.

Laluan masuk ke Gaza yang dibuka di Kerem Shalom juga tidak mencukupi untuk menampung kemasukan kenderaan yang membawa barangan keperluan sejak sekatan dikurangkan, kelmarin.

Rejim Zionis itu pula berkata, sekatan terhadap beberapa barangan serta sekatan eksport adalah langkah perlu bagi tujuan keselamatan.

Antara barangan yang dibawa ke Gaza melalui Kerem Shalom sejak Isnin adalah mesin basuh dan tilam yang sebelum ini tidak dibenarkan masuk.

Israel mengenakan sekatan di sempadan Gaza berikutan penahanan tenteranya, Gilad Schalit, oleh pejuang Hamas pada 2006 dan sekatan itu ditingkatkan setahun kemudian.

Rejim Zionis bersedia membatalkan sekatan itu sekiranya Hamas membebaskan Schalit, memperakui kuasa Israel dan menghentikan perjuangan.

Hamas pula menolak cadangan itu dengan alasan Israel tidak berhak ke atas Gaza.

Antara barangan yang masih disekat oleh Israel adalah bahan-bahan yang dikhuatiri boleh digunakan Hamas untuk menghasilkan senjata, misalnya baja, tong gas dan ubat pembersih air.

Bahan-bahan pembinaan seperti simen, kabel besi dan blok konkrit hanya boleh dibawa masuk ke Gaza jika diawasi agensi bantuan antarabangsa.

Akibatnya, pembinaan bangunan sekolah, projek perumahan dan sistem kumbahan terhenti sejak 2006.

Agensi bantuan antarabangsa menganggarkan 86,000 rumah perlu dibina bagi menampung rumah-rumah yang rosak akibat perang sejak empat tahun lalu.

Sinar Harian Rabu 7-7-2010

Saturday, June 19, 2010

Kebangkitan Generasi Muda Islam di AS

Tunggulah Kebangkitan Generasi Muda Islam di Amerika
Sumber: Majalah i (Jun 2010)

Kempen kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan ternyata berbuah manis bagi kaum Muslim. Sebaik sahja George W Bush semasa menjadi presiden AS memukul genderang perang untuk mengaitkan Muslim dengan keganasan, pertumbuhan Islam justeru berkembang pesat. Hasilnya, kini mulai dapat disaksikan. Di sebahagian wilayah di AS, generasi muda Islam mulai memainkan peranan. Mereka juga mulai dipertimbangkan pengaruhnya dalam arena politik setempat. Bahkan, sebahagian anak muda Islam mulai menjadikan geliat politik di AS sebagai jalan untuk berdakwah.

Seorang pemuda Muslim di Chicago, Dana Jabri, mengaku yakin bahawa satu-satunya cara yang boleh dia tempuh untuk memajukan Muslim di AS adalah terlibat dalam dunia politik. Perempuan berusia 16 tahun keturunan Syria itu pernah bekerja dengan salah seorang tokoh parti yang maju menyertai pilihan raya tempatan. Dia pun mengaku punya keprihatinan kuat terhadap masalah yang kini dihadapi AS. “Saya ingin menjadi senator pertama di AS yang memakai tudung,” ujarnya.

Jabri hanyalah salah seorang dari sekian banyak generasi muda Islam yang ingin memajukan Islam melalui jalur politik. Kebanyakan mereka adalah keturunan para pendatang yangbanyak dirugikan oleh kempen perang global melawan keganasan selepas penyerangan menara kembar WTC. Pengarah eksekutif organisasi pemuda antara agama Chicago, Eboo Patel, mengungkapkan bahawa generasi muda Muslim di AS ketika ini telah berkembang sangat pesat.

“Mereka menjadi generasi yang mempercepat perkembangan Islam,” tuturnya. Kaum muda Muslim ini juga menjadi penerus perjuangan generasi sebelumnya. Patel menambahkan, generasi Muslim pertama di AS telah meletakkan infrastruktur dasar berupa masjid, sekolah, kuburan, juga sistem perkahwinan Islami. Generasi muda Muslim yang ada ketika ini, ujarnya, akan m
eneruskan langkah tersebut dengan fokus pada organisai awam, termasuk institusi politik.

Sunday, June 13, 2010

RINGKASAN PERISTIWA PASCA FLOTILLA OLEH MUSTAPA MANSOR (SU KIMUPP)

RINGKASAN PERISTIWA PASCA FLOTILLA OLEH MUSTAPA MANSOR (SU KIMUPP)

sumber : http://vivapalestinamapim.blogspot.com/

23 may berangkat ke Crete Greece. Menginap di Hotel Hermes. Crete.

28 may: 8 pg berangkat ke GAZA dgn Challanger 2 bersama Inge dan Anneth (MP German) , Prof Noman pakar undang-undang antarabangsa Universiti Hamburg , Dr. Mithias, Nidal dari Norway, Hasan dari UK, Gehad dari UK, Caven dari Kanada, Huwaida dari Palestin (bos FGM), Ann Wright dari USA (mantan kelonel dan diplomat USA), Aspen dari Norway (jurukamera tv), Iara dari Brazil, Sudjan dari Serbia, Paul dan Kate dari Australia. (jurukamera media) dll.

29 may: di tengah lautan mediteranian berdekatan Cyprus. Minyak habis, stering dan pam air rosak. Cyprus tak benarkan masuk jadi kami dipindahkan ke Mavi Marmara.

Sekitar jam 3 ptg.

Solat berjemaah dan bertemu teman Malaysia. Nasyid bersama di atas deck dgn sdr dari Turki dan Arab. 3 pg Qiamullail. Zikir Alma'thurat dgn sdr dr Jordan, Yaman dan Mesir. Muzakarah dgn team Malaysia Indonesia di luar deck 2.

30 may: Aktiviti biasa bertemu dengan teman dari berbagai negara dan ke ruang media yang ada internet.

Solat maghrib isya: Ucapan dan persembahan dari berbagai negara. Termasuk aktivis dari UK, MP sweden, Greece dan arab. Nasyid dari Indonesia dan arab. 3 pg Qiam. Subuh dan alma'thurat.Zohor: Ketibaan kapal-kapal dari Eropah dan Crete Challenger 1 (Prof Noman, Inge dan Anneth pindah ke kapal Marmara dan Ann Wright, Paul, Huwaida dan Kate pindah ke kapal Challenger 1).

Selepas di adakan sidang media bersama 2 mp German, Dr. Mithias dan Prof Noman. Marmara bergerak semula menuju ke GAZA. Sepanjang petang semua pihak nampak antusias dan saling ngobrol di deck paling atas. Ruang media tv dan santai.

Solat Maghrib Isya: Kami semua diminta pakai life jaket kerana di duga serangan akan bermula. Semua mengambil tempat. Malaysia Indonesia bertemu di ruang tepi kapal sebelah kanan.

31 may: Solat Subuh. Serangan bermula. Tembak, bom bunyi, bom pemedih mata, peluru getah, peluru penabur dan peluru hidup digunakan. Sempat menggunakan air utk menghalang mereka naik melalui sebelah tepi bot. Setelah beberapa orang ditembak dgn peluru hidup. Pihak pengurus kapal isytiharkan menyerah. Kami akur semua tanpa memberi perlawanan apa-apa pun. Mereka datang terus jerut tali plastik di tangan kami. ada yang dibaringkan dan ada yang diminta melutut.

Tidak dibenarkan makan, minum, bercakap dan buang air. Minta lebih dari 3 kali ada yg kena penampar dan diacu pistol ke kepala.

Zohor: Ada bro dari Jordan azan dan sempat kami dapat wudhuk dan dibuka ikatan. Kemudian semua dimasukkan ke deck 2 sambil diikat tangan ke depan atau ke belakang.

Maghrib tiba di Ashdod.

1 jun: Mula keluar dan dintrograsi semua tahanan. Selesai selepas subuh. Makan minum apa yg ada di deck. Berkongsi air dan biskut.

Jam dibawa ke tempat tahanan dgn kenderaan bas dan van chevrolet. Bahaya lubang nafas yg kecil.

Zohor: makan dan ngobrol serta rehat.

Asar: Pihak kedutaan negara eropah mula datang. Norway dan Kanada. Mereka sangat membantu. Kedutaan Mesir juga dtg tapi buat syarat saja. Info dari kedutaan media dan warga asing terus mendesak. terutama Turki.

Asar: Kedutaan Jordan datang dan memanggil semua warga Malaysia dan Indonesia keluar dari tahanan. Sahabat dari Turki menangis ketika kami keluar dan mendakap kami dgn perasaan ukhwah. Ada yang sempat memberi wang kepada kami. Ya Allah, mulianya hati mereka ini..

2 Jun: Maghrib isya dan hingga tengah malam baru selesai urusan di tempat tahanan. Kami naik bas berjumlah 124 orang dihantar ke sempadan Jordan. Semua kedutaan menunggu kami di sana dengan berbagai cara sambutan. Berfoto dan laporan langsung media dll. Kami dapat sumbangan telepon dari sebuah syarikat Arab. Alhamdulillah. Hotel dan segala makan minum disediakan oleh Raja Abdullah King Jordan. Minumdan makan di rumah Kolonel. Sempat beli baju dan seluar di Jordan dibawa oleh Kolonel. Beli jaket dll di bandar Jordan. Malam pergi ke rumah kedutaan dan bersama dengan Menteri Luar Datok Anifah Man dan rombongan. Makan malam dan rehat.

3 Jun: Pergi ke Laut Mati dan petang ke Ashabul kahfi. Mencari beg dll.

Ada yang ke Erbid dan saya di Jordan sahaja sambil update di blog.

4 Jun: 10 pg berangkat ke airport. Jam 11.20 take off. Tiba di Istanbul jam 2.30 ptg. Terus melihat demo ketika mereka menghantar jenazah yang syahid di Marmara. Tidak kurang 60000 ribu orang sambil emlaungkan kata-kata anti israel , takbir dan selawat.

Malam sempat ke tepi pantai jambatan antara dua benua. Eropah dan Asia. Makanan halal yang enak.

Nginap di Hotel Hilton.

5 jun: 2 ptg berangkat ke KLIA. Atas pesawat diumumkan tentang kami. Ada kek dll...(bersambung)


Saturday, May 29, 2010

Muslim Burma Yang Terlupakan

Muslim Burma Yang Terlupakan

Dunia bereaksi keras terhadap rezim Myanmar yang telah melakukan sikap keras terhadap pengunjuk rasa yang sebagian besar merupakan pendeta Budha. AS dan sekutunya pun mengecam peristiwa ini. Pemimpin negeri Islam pun ikut. Tentu saja sikap kejam rezim Myanmar tidak bisa diterima oleh siapapun, termasuk umat Islam. Namun hanya hirau terhadap kalau yang menjadi korban adalah pendeta Budha, disisi lain tidak perduli saat umat Islam di Myanmar dibantai, jelas bukan sikap yang adil. Padahal jauh sebelumnya hingga saat ini muslim di Myanmar mengalami kekejaman yang luar biasa dari rezim berkuasa.

Burma – Beberapa Fakta Yang Disisihkan

Myanmar yang dulu dikenal dengan Burma adalah negera yang mayoritas penduduknya beragama Budha (lebih 85 %), minoritas kristen (kurang dari 4,5 %), Hindu (1,5%) yang sebagian besar tinggal di luar bandar. Populasi muslim terbesar adalah Rohingya (sekitar 3,5 juta orang). Penduduk muslim sebagian besar tinggal di Rakhine (dulu Arakan) yang berbatasan dengan Bangladesh. Sejak puluhan tahun dahulu, ratusan ribu kaum Muslimin Rohingya melarikan diri ke Bangladesh disebabkan kekejaman pemerintahan Burma dan penganut Buddha terhadap mereka. Selain Bangladesh, mereka juga melarikan diri ke Pakistan, Arab saudi, UAE, Thailand dan Malaysia untuk berlindung dan sebahagian besar dari mereka masih berstatus pelarian hingga kini. Penolakan Bangladesh dan negara muslim lainnya termasuk Malaisya membuat kaum muslim Rohingya dipaksa kembali ke Birma. Nasib mereka bertambah menderita, setelah tahun 1982 pemerintah junta Burma meloloskan satu undang-undang yang dinamakan “Burma Citizenship Law of 1982”. Undang-undang ini bersifat sentimen keagamaan dan penuh diskriminasi. Muslim Rohingya tidak diakui sebagai warganegara, malah diberi julukan ‘pendatang’ di tanah air mereka sendiri. Setelah itu, keseluruhan hak mereka dinafikan dan kaum Muslimin ditangkap secara besar-besaran, dipukul, disiksa dan dijadikan buruh paksa. Kaum muslimah Rohingya pun dilecehkan beramai-ramai dengan cara yang ganas.

Pemerintahan junta menafikan semua sejarah penduduk Muslim Rohingya, bahasa mereka, kebudayaan, adat-istiadat dan segala hubungan mereka dengan Arakan, tanah tumpah darah mereka. Malah dengan undang-undang baru ini, kaum Muslimin tidak dibenarkan terlibat segala bentuk perdagangan.

Tidah hanya itu, pihak junta telah menyebarkan propaganda jahat dan segala informasi yang salah untuk memberikan citra buruk kaum Muslimin untuk mendapatkan dukungan penganut Budha. Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin hak belajar mereka di luar dari Arakan (perlu dijelaskan di sini bahawa semua institusi pendidikan profesional adalah terletak di luar Arakan). Jadi, pelajar Muslim dari Arakan langsung tidak berpeluang melanjutkan pendidikan mereka. Undang-undang zalim ini telah menyebabkan bukan saja mereka tidak dapat melanjutkan pendidikan, malah ada yang langsung tidak dapat sekolah (kerana tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan lain-lain lagi). Hal ini menyebabkan sebagian mereka buta huruf.

Muslimah juga tidak dibenarkan memakai hijab dan banyak yang dipaksa bekerja di barak-barak. Mereka juga sering diperkosa tanpa belas kasihan. Pemerintah junta sering merobohkan sekolah-sekolah dan masjid-masjid sesuka hati mereka. Kaum Muslimin turut dinafikan hak dari segi perobatan , baik di rumah sakit, maupun di klinik-klinik. Mereka pun terpaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk biaya perawatan yang mereka dapatkan.

Umat Islam juga tidak dibenarkan terlibat baik di dalam politik ataupun lembaga-lembaga sosial yang dilarang untuk memberi bantuan kepada mereka. Tidak cukup dengan ini, kaum Muslimin juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun menyembelih kurban saat idul adha. Mereka juga sering dipaksa untuk meninggalkan nama muslim dan diganti dengan nama Budha.

Penderitaan Kaum Muslimin di Burma

Semenjak Burma menyerang Arakan pada 1784M, penduduk Muslim Arakan telah dijadikan sasaran untuk dihapuskan dan dibunuh secara besar-besaran (genocide). Motif mereka adalah untuk menukar Arakan menjadi satu wilayah Buddha yang berpengaruh di Burma. Menyusul pemisahan Burma dari India-British dan pengenalan Peraturan Rumah (Home Rule) 1937, peluang mereka untuk menghapuskan umat Islam terbuka luas.

Bagaimanapun, setelah junta tentera mula berkuasa pada 1962, senario politik di Burma berubah dengan drastik. Dengan kuasa dan kekuatan ketenteraan yang ada, penindasan besar-besaran ke atas kaum Muslimin terus meningkat berlipat kali ganda. Selama hampir empat dekad sahaja, lebih kurang 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka , sementara yang masih tinggal, hanya menghitung hari dengan penuh ketakutan dan penderitaan. Pada tahun 1942, terjadi kekosongan pemerintahan saat pihak British keluar dari Arakan. Penduduk Burma mengambil kesempatan ini untuk memprovokasi penganut Buddha di Arakan. Akibatnya terjadilah kerusuhan besar yang menyebabkan 100,000 kaum Muslimin dibunuh dan ratusan ribu lagi telah melarikan diri ke Bengal Timur.

Pada tahun 1949, sekali lagi terjadi rusuhan yang dicetuskan oleh Burma Territorial Forces (BTF) yang melakukan keganasan dan pembunuhan ke atas ribuan Muslim dan ratusan tempat kediaman mereka dimusnahkan.Lebih kejam, melalui ‘Rencana 20-tahun Pembasmian Rohingya’ (the 20-year Rohingya Extermination Plan), Majelis Negeri Arakan (Arakan State Council) di bawah kontrol langsung Majlis Negara Burma (State Council of Burma) telah melancarkan ‘kod operasi’ yang dinamakan ‘Naga Min’ (King Dragon Operation). Ini merupakan operasi terbesar, terkejam dan mungkin yang terbaik pernah didokumentasikan pada tahun 1978. Operasi ini dimulai pada 6 Februari 1978 di sebuah perkampungan Muslim terbesar, Sakkipara di Akyab, yang telah menghantar satu gelombang kejutan ke seluruh kawasan dalam masa yang singkat.

Berita mengenai penangkapan dan pembunuhan besar-besaran kaum Muslimin, lelaki dan wanita, muda dan tua, penyiksaan, pembunuhan dan rogol di Akyab ini telah meresahkan kaum Muslimin di Arakan Utara. Di bulan Maret 1978, operasi telah sampai ke Buthidaung dan Maungdaw. Ratusan Muslim lelaki dan wanita dijebloskan ke dalam penjara dan banyak yang disiksa dan dibunuh. Kaum wanita pula telah diperkosa seenaknya di pusaat tahanan. Ketakutan melihat kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini dan ditambah dengan nyawa, harta, kehormatan dan masa depan yang tidak menentu, membuat besar Muslim Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing sampai ke perbatasan Burma-Bangladesh.

Sekali lagi pada 18 Julai 1991, kampanye pembasmian etnik (baca: Islam) dilancarkan dengan nama kod ‘Pyi Thaya’. Terjadilah pembunuhan dan pemerkosaan kejam ke atas kaum Muslimin Rohingya, pemusnahan tempat tinggal mereka, termasuklah masjid-masjid. Keadaan ini sekali lagi memaksa Muslim Rohingya lari beramai-ramai meninggalkan kampung halaman mereka mencari perlindungan di Bangladesh.Akan tetapi , kerana ada perjanjian Bangladesh-Myanmar, sebahagian mereka telah dikembalikan ke Arakan. Sebagian lagi hidup dalam buangan dan ketakutan.

Tahun 1999 saja, dilaporkan tidak kurang dari 20 operasi besar telah dilancarkan terhadap Muslim Rohingya oleh pemerintah junta. Laporan juga menyebutkan antara tahun 1992 hingga 1995, lebih dari 1,500 Muslim (kebanyakannya pemuda) telah dibunuh, ribuan lagi telah ditangkap dan disiksa. Muslimah pula senantiasa menjadi korban pemerkosaan dan hidup dalam ketakutan. Masjid-masjid yang telah sekian lama ada dirobohkan dan diganti dengan pagoda-pagoda baru penganut Buddha. Yang lebih menyedihkan, semua pagoda itu dibangun dengan peluh dan keringat kaum Muslimin yang dipaksa bekerja keras dan disiksa untuk menyiapkannya. Dalam waktu yang sama , pemerintah ‘mencipta’ satu keadaan kelaparan di kawasan tersebut yang memaksa Muslim Rohingya keluar dari situ dan ada yang mati kelaparan.Dalam tahun 2001, kerusuhan terjadi lagi di Arakan di mana ratusan masjid dirobohkan dan 10 Muslim serta 2 orang penganut Buddha dilaporkan terbunuh. Kerusuhan ini meletus antara lain kerana pemusnahan patung Buddha yang dijumpai di Lembah Bamiyan, Afghanistan oleh Taliban dan juga kerana tersebarnya seleberan yang memfitnah kaum Muslimin yang dilakukan oleh penganut Buddha dan anggota-anggota ‘State Peace and Development Council (SPDC)’ pimpinan Than Shwe (Ketua Tertinggi Junta).

SPDC memang terkenal dengan gerakan ‘anti-Muslim’ yang sering mereka lancarkan di mana ulama dan guru-guru agama Muslim Rohingya sering menjadi korban kekejaman mereka, disamping wanita dan pemuda-pemuda Muslim. Kebanyakan dari pemimpin Muslim Rohingya sekarang ini sedang menjalani masa penjara yang lama atas dakwaan-dakwaan palsu yang diada-adakan terutamanya berkaitan kewarganegaraan.Selain kerusuhan dan pembunuhan, propaganda anti-Muslim merupakan satu perkara rutin yang dimainkan oleh media negara Myanmar. Pada tahun 2003, buku-buku dan pita-pita rakaman yang menghina Islam dan kaum Muslimin bisa didapati dengan mudah di seluruh Burma, malah ada yang dibagi-bagikan secara gratis. Pemerintah Burma percaya dapat menguasai Arakan selamanya jika Arakan berhasil diubah menjadi negeri Buddha sepenuhnya. Hasilnya, rakyat Burma dan penganut Buddha di Arakan khususnya yang telah diracun pemikiran mereka ini terus-terusan berusaha menghapuskan Islam dan kaum Muslimin Arakan. Pada tahun 2004, Muslim Rohingya telah dipaksa untuk mengamalkan ajaran Buddha dan dipaksa ikut upacara Buddha . Mereka dipaksa menyumbang uang di dalam setiap acara Buddha yang sering dilakukan. Kawasan ibadat kaum Muslimin juga sering dicemari dengan dijadikan tempat mengubur mayat penganut Buddha. Sementara kaum Muslimin dipaksa membayar biaya penguburan mayat saudara mereka yang meninggal. Arakan Utara dijadikan zone tentara dengan pelbagai kezaliman yang mereka lakukan atas kaum Muslimin. Muslim dieksploitasi menjadi buruh paksa untuk membangun asrama tentara, jalan, jambatan, tambak, pagoda, gudang, kolam dan sebagainya tanpa bayaran apa-apa. Kaum wanita pula mengalami ketakutan dengan peristiwa pemerkosaan yang sering terjadi di kawasan tersebut, baik oleh tentera atau pihak kontraktor yang ada.

Demikianlah sebahagian dari penderitaan saudara-saudara kita di Myanmar yang tidak mendapat perhatian dan tidak terbela. Masyarakat dunia hanya cendrung hanya hirau terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap pengunjuk rasa dari pendeta Budha. Begitu juga dengan para pemimpin kaum Muslimin yang nampaknya sangat bersimpati dan menunjukkan sokongan terhadap perjuangan demokrasi rakyat Myanmar, namun mereka tidak memperhatikan penderitaan dan kesengsaraan saudara seagama mereka yang semakin hari semakin mengerikan. Para pemimpin kaum Muslimin berusaha menyuarakan sokongan dan menuntut pembebasan seorang pemimpin demokrasi (Aung San Suu Kyi) yang dikenakan tahanan rumah . Namun mereka diam seribu bahasa terhadap ratusan ribu saudara-saudara mereka yang dibunuh dan yang sedang tersiksa dipenjara-penjara Myanmar.

Sekali lagi kasus ini memberikan pelajaran penting bagi kita tentang pentingnya Khilafah Islam yang benar-benar melindungi umat Islam. Pembantaian dan pembunuhan yang terjadi di Myanmar, Bosnia, Irak, Afghanistan, Palestina, terjadi karena saat ini tidak ada Khilafah yang membela kaum muslim. Berharap pada pemimpin negeri Islam ’jauh panggang dari api’. Sebab, pemimpin negeri Islam hanya mengikuti agenda ’big boss’ mereka AS dan sekutunya yang justru menjadi pelaku utama penjajahan kaum muslim. Saatnya Khilafah memimpin dunia. (Farid wadjdi; sumber www.mykhilafah.com)

Wednesday, May 26, 2010

Siri kedua Kelas Bahasa untuk anak Rohingya bakal bermula


Alhamdulillah. Kelas bahasa untuk anak-anak Rohingya di Bagan Ajam, Pulau Pinang telah berakhir pertengahan bulan Mei ini. Jangka masa 3 bulan dengan dana yang diberikan oleh UNHCR melalui NGO Muslim Aid telah digunakan dengan sebaiknya oleh petugas ataupun fasilitator yang terlibat. 29 Mei ini pula akan diadakan majlis penutup bagi menghargai penglibatan para petugas dan pelajar yang menghadiri kelas ini.

3 bulan dengan anggaran 12 minggu dan bersamaan dengan 12 kali kelas bukanlah suatu masa yang panjang untuk dicurahkan semaksima ilmu bahasa Melayu yang ada pada diri fasilitator. Walaupun begitu, anak-anak Rohingya ini masih bertuah dan memiliki kelebihan tersendiri memandangkan fasilitator yang mereka panggil cikgu ini sememangnya sedang di’siap’kan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (IPPPP) sebelum keluar mengajar anak bangsa yang menagih didikan di sekolah-sekolah kebangsaan di luar. Syabas buat fasilitator yang terlibat!

Seperti yang dibincangkan, kelas bantuan untuk anak-anak Rohingya akan diteruskan untuk 3 bulan lagi dengan penambahan subjek kedua iaitu Matematik. Pihak UNHCR yang datang memantau perkembangan kelas sebelum ini telah menunjukkan respon positif dan mempelawa supaya kelas bahasa ini terus disambung. Fasilitator serta pelajar yang terlibat juga memberikan tindak balas yang serupa.

Walau bagaimanapun, sedikit rombakan juga berlaku yang melibatkan organisasi yang akan meneruskan projek ini. Melalui pengalaman berorganisasi serta kemahiran mengendalikan kelas secara bersiri, keseluruhan organisasi baru kini dilepaskan kepada fasilitator dari IPPPP. Harapan kami dari Koordinator 1 dan 2 projek kelas bahasa yang baru berlalu, semoga perencanaan kelas yang akan datang berjalan lancar. Pesan saya di akhir pertemuan bersama fasilitator, “Usaha supaya ada peningkatan dalam diri sendiri untuk 3 bulan yang akan datang. Pastikan 3 bulan yang akan datang lebih baik dari yang sebelum ini dan jangan hanya memandang aspek pendidikan sahaja sebagai satu jalan untuk membantu mereka.”

Teringat semula di permulaan perkenalan saya dengan etnik Rohingya di Chowrasta. Siapa sangka dengan dorongan suami dan perkenalan tersebut, kami sama-sama berbincang dengan A. Mat dari Muslim Aid untuk berpadu tenaga membantu anak-anak Rohingya di Pulau Pinang. Usaha kami pula disambut baik oleh aktivis muda-TERAS merangkap fasilitator dari IPPPP. Alhamdulillah, semoga Allah terus membantu hambaNya yang berkorban membantu saudara seagama yang lain.

Koordinator 1

Program Kelas Bahasa Rohingya Pulau Pinang Feb-Mei 2010

Wardah bt Abdul Rahman, Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...