RINGKASAN PERISTIWA PASCA FLOTILLA OLEH MUSTAPA MANSOR (SU KIMUPP)
sumber : http://vivapalestinamapim.blogspot.com/23 may berangkat ke Crete Greece. Menginap di Hotel Hermes. Crete.
28 may: 8 pg berangkat ke GAZA dgn Challanger 2 bersama Inge dan Anneth (MP German) , Prof Noman pakar undang-undang antarabangsa Universiti Hamburg , Dr. Mithias, Nidal dari Norway, Hasan dari UK, Gehad dari UK, Caven dari Kanada, Huwaida dari Palestin (bos FGM), Ann Wright dari USA (mantan kelonel dan diplomat USA), Aspen dari Norway (jurukamera tv), Iara dari Brazil, Sudjan dari Serbia, Paul dan Kate dari Australia. (jurukamera media) dll.
29 may: di tengah lautan mediteranian berdekatan Cyprus. Minyak habis, stering dan pam air rosak. Cyprus tak benarkan masuk jadi kami dipindahkan ke Mavi Marmara.
Sekitar jam 3 ptg.
Solat berjemaah dan bertemu teman Malaysia. Nasyid bersama di atas deck dgn sdr dari Turki dan Arab. 3 pg Qiamullail. Zikir Alma'thurat dgn sdr dr Jordan, Yaman dan Mesir. Muzakarah dgn team Malaysia Indonesia di luar deck 2.
30 may: Aktiviti biasa bertemu dengan teman dari berbagai negara dan ke ruang media yang ada internet.
Solat maghrib isya: Ucapan dan persembahan dari berbagai negara. Termasuk aktivis dari UK, MP sweden, Greece dan arab. Nasyid dari Indonesia dan arab. 3 pg Qiam. Subuh dan alma'thurat.Zohor: Ketibaan kapal-kapal dari Eropah dan Crete Challenger 1 (Prof Noman, Inge dan Anneth pindah ke kapal Marmara dan Ann Wright, Paul, Huwaida dan Kate pindah ke kapal Challenger 1).
Selepas di adakan sidang media bersama 2 mp German, Dr. Mithias dan Prof Noman. Marmara bergerak semula menuju ke GAZA. Sepanjang petang semua pihak nampak antusias dan saling ngobrol di deck paling atas. Ruang media tv dan santai.
Solat Maghrib Isya: Kami semua diminta pakai life jaket kerana di duga serangan akan bermula. Semua mengambil tempat. Malaysia Indonesia bertemu di ruang tepi kapal sebelah kanan.
31 may: Solat Subuh. Serangan bermula. Tembak, bom bunyi, bom pemedih mata, peluru getah, peluru penabur dan peluru hidup digunakan. Sempat menggunakan air utk menghalang mereka naik melalui sebelah tepi bot. Setelah beberapa orang ditembak dgn peluru hidup. Pihak pengurus kapal isytiharkan menyerah. Kami akur semua tanpa memberi perlawanan apa-apa pun. Mereka datang terus jerut tali plastik di tangan kami. ada yang dibaringkan dan ada yang diminta melutut.
Tidak dibenarkan makan, minum, bercakap dan buang air. Minta lebih dari 3 kali ada yg kena penampar dan diacu pistol ke kepala.
Zohor: Ada bro dari Jordan azan dan sempat kami dapat wudhuk dan dibuka ikatan. Kemudian semua dimasukkan ke deck 2 sambil diikat tangan ke depan atau ke belakang.
Maghrib tiba di Ashdod.
1 jun: Mula keluar dan dintrograsi semua tahanan. Selesai selepas subuh. Makan minum apa yg ada di deck. Berkongsi air dan biskut.
Jam dibawa ke tempat tahanan dgn kenderaan bas dan van chevrolet. Bahaya lubang nafas yg kecil.
Zohor: makan dan ngobrol serta rehat.
Asar: Pihak kedutaan negara eropah mula datang. Norway dan Kanada. Mereka sangat membantu. Kedutaan Mesir juga dtg tapi buat syarat saja. Info dari kedutaan media dan warga asing terus mendesak. terutama Turki.
Asar: Kedutaan Jordan datang dan memanggil semua warga Malaysia dan Indonesia keluar dari tahanan. Sahabat dari Turki menangis ketika kami keluar dan mendakap kami dgn perasaan ukhwah. Ada yang sempat memberi wang kepada kami. Ya Allah, mulianya hati mereka ini..
2 Jun: Maghrib isya dan hingga tengah malam baru selesai urusan di tempat tahanan. Kami naik bas berjumlah 124 orang dihantar ke sempadan Jordan. Semua kedutaan menunggu kami di sana dengan berbagai cara sambutan. Berfoto dan laporan langsung media dll. Kami dapat sumbangan telepon dari sebuah syarikat Arab. Alhamdulillah. Hotel dan segala makan minum disediakan oleh Raja Abdullah King Jordan. Minumdan makan di rumah Kolonel. Sempat beli baju dan seluar di Jordan dibawa oleh Kolonel. Beli jaket dll di bandar Jordan. Malam pergi ke rumah kedutaan dan bersama dengan Menteri Luar Datok Anifah Man dan rombongan. Makan malam dan rehat.
3 Jun: Pergi ke Laut Mati dan petang ke Ashabul kahfi. Mencari beg dll.
Ada yang ke Erbid dan saya di Jordan sahaja sambil update di blog.
4 Jun: 10 pg berangkat ke airport. Jam 11.20 take off. Tiba di Istanbul jam 2.30 ptg. Terus melihat demo ketika mereka menghantar jenazah yang syahid di Marmara. Tidak kurang 60000 ribu orang sambil emlaungkan kata-kata anti israel , takbir dan selawat.
Malam sempat ke tepi pantai jambatan antara dua benua. Eropah dan Asia. Makanan halal yang enak.
Nginap di Hotel Hilton.
5 jun: 2 ptg berangkat ke KLIA. Atas pesawat diumumkan tentang kami. Ada kek dll...(bersambung)