Dengan NGO pun Israel takut! Bila Yahudi terancam, manusia yang lemah juga akan digelar musuh dan pengganas. Israel bakal menerima hukuman antarangsa.
NGO 'musuh dalam selimut': Israel
TEL AVIV - Kerajaan Israel dan sekumpulan pertubuhan melancarkan kempen 'menangkis usaha mengharamkan' rejim itu yang ditujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan dan hak asasi manusia, kelmarin.
Serangan tentera rejim ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan kerajaan Israel berasa semakin terancam dengan pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
Kempen berterusan itu pertama kali dilancarkan selepas sekumpulan NGO di Gaza mengeluarkan laporan mengutuk kekejaman tentera rejim Zionis semasa serangan tentera Israel yang memusnahkan Gaza, pada Disember 2008.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membidas laporan itu dan menegaskan akan 'menyumbang masa dan tenaga untuk membanteras kumpulan NGO seperti ini.'
"Kita tidak akan hanya berdiam diri dan menunggu NGO hak asasi manusia menyerang kita kerana mereka merasakan mereka dikecualikan daripada menerima hukuman," katanya.
Pengarah Perancangan Dasar di Pejabat Perdana Menteri Israel, Ron Dermer pula menuduh setiap NGO yang mengutuk Israel hanya 'menumpahkan minyak ke api dan memperjuangkan kemahuan Hamas.’