Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Tuesday, March 13, 2012

Beberapa bukti kelayakan Muslim mempertahankan bumi Aqsa dari tangan Zionis

Beberapa bukti kelayakan Muslim mempertahankan bumi Aqsa dari tangan Zionis

Muhammad Nuruddin Bashah

· Kiblat pertama umat Islam adalah Baitul Maqdis.

Orang-orang sufaha diantara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?" Katakanlah: "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus".

Dalam Tafsir Ibnu Katsir dijelaskan mengenai tafsir ayat ini :

Yang dimaksud dengan sufaha ialah kaum musrik Arab, para pendeta Yahudi, dan seluruh kaum munafiq, sebab ayat itu bersifat umum. Dahulu Rasulullah saw. Disuruh menghadap ke Baitul Maqdis. Di Mekkah, beliau shalat di antara rukun Yamani dan rukun Syami sehingga Ka`bah berada dihadapannya, namun beliau menghadap ke Baitul Maqdis. Setelah beliau hijrah ke Madinah, semuanya keberatan untuk menyatukan keduanya. Maka Allah menyuruhnya menghadap ke Baitul Maqdis. Pandangan itu dikemukakan oleh Ibnu Abbas dan jumhur ulama. Kemudian mereka berselisih, apakah perintah itu melalui Al-Qur`an atau melalui yang lainnya? Para ulama terbagi atas dua pandangan. Ikrimah, Abu al-Aliyah, dan Hasan Bashri berpendapat bahwa menghadap Baitul Maqdis adalah hasil ijtihad Nabi saw.

Maksudnya ialah bahwa menghadap ke Baitul Maqdis dilakukan setelah Nabi saw. Tiba di Madinah. Hal itu berlangsung selama 10 bulan. Beliau banyak berdoa dan memohon kepada Allah agar disuruh menghadap ke Ka`bah yang merupakan kiblat Nabi Ibrahim a.s. Maka Allah memenuhi doanya dan diperintahkan menghadap ke Ka`bah. Maka Nabi saw. Memberitahukan hal itu kepada Khalayak. Shalat pertama yang menghadap Ka`bah adalah shalat Asar, sebagaimana hal ini dikemukakan dalam shahihain, dari hadits al-Barra` r.a. (137), "Sesungguhnya Rasulullah saw shalat menghadap ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan. Beliau merasa hairan kalau kiblatnya adalah Baitul Maqdis, sebelum Ka`bah. Shalat pertama menghadap Ka`bah adalah shalat ashar. Beliau shalat bersama orang-orang. Lalu, salah seorang jamaah keluar dari masjid dan menuju para penghuni masjid lainnya yang ternyata sedang ruku`. Dia berkata, Aku bersaksi dengan nama Allah, Aku benar-benar telah mendirikan shalat bersama Nabi saw sambil menghadap ke Mekkah. Maka orang-orang pun berputar menghadap ke Baitullah". Menurut Nasa`I shalat itu ialah shalat zuhur di masjid Bani Salamah. Dalam hadits Nuwailah binti Muslim dikatakan (138), "Bahwa sampai kepada mereka berita mengenai peralihan kiblat ketika mereka tengah shalat zuhur. Nuwailah berkata, "Maka jama`ah laki-laki bertukar tempat dengan jama`ah perempuan (untuk menyesuaikan posisi)."

Namun berita itu baru sampai kepada penduduk Quba’ pada saat shalat fajar. Maka datanglah seorang utusan kepada mereka. Dia berkata (139), "Sesungguhnya pada malam ini telah diturunkan Al-Qur`an kepada Rasulullah saw. Allah menyuruh untuk menghadap Ka`bah, maka menghadaplah kamu kesana. Pada saat itu, wajah mereka menghadap ke Syiria. Maka mereka pun berputar menghadap Ka`bah. Hadits ini mengandung dalil bahwa keterangan yang menasakh tidak dapat ditetapkan hukumnya kecuali setelah diketahui, meskipun telah lama turun dan disampaikan. Karena mereka tidak disuruh mengulangi shalat ashar, maghrib dan isya.

Tatkala ini terjadi, timbullah pada sebahagian kaum musyrik, munafikin, dan ahli kitab keraguan, penyimpangan dari petunjuk, membungkam dan meragukan kejadian. Mereka berkata, "Apa yang telah memalingkan mereka dari kiblatnya yang dahulu dipegangnya?" Yakni, apa yang telah membuat mereka kadang-kadang berkiblat ke Baitul Maqdis dan kadang-kaang berkiblat ke Ka`bah? Maka Allah menurunkan ayat, "Katakanlah, Kepunyaan Allahlah timur dan barat," yakni kepunyaan Allahlah segala persoalan itu, "Maka kemanapun kamu menghadap, maka disanalah wajah Allah" dan "Kebaktian itu bukanlah dengan menghadapkan wajahmu ketimur atau kebarat, namun kebaktian itu dengan berimannya seseorang kepada Allah." Yakni kemanapun Allah mengarahkan kita, maka kesanalah kita menghadap.

· Keghairahan umat Islam membela Al Aqsa bukan diatas taksub bangsa dan tanah. Islam mengutamakan Al Aqsa dan bumi Palestin melalui beberapa Hadis Rasulullah. Jika Yahudi mengatakan mereka layak terhadap Palestin, mereka ingin memilikinya secara paksaan dalam masa yang saya menganggap manusia lain hina seperti Goyyim (babi). Tetapi Islam tidak. Islam hanya menghargai Palestin tanpa menyuruh umat Islam membunuh orang Israel secara sengaja.

a. Abu Dzar berkata: Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina di muka bumi ini? Baginda menjawab Masjidil Haram. Kemudian aku bertanya lagi, kemudian, masjid apa? Baginda menjawab, Masjidil Aqsa. Aku bertanya lagi, berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut? Baginda Rasulullah menjawab, 40 tahun. [Riwayat Al-Bukhari]

b. Rasulullah juga pernah bersabda: Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. [Riwayat at-Tabrani]

· Baitul Maqdis adalah tempat Rasulullah melaksanakan Mi’raj iaitu mendapat perintah solat secara langsung.

a. Allah (SWT) berfirman dalam Surah Al-Isra Ayat-1, Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

· Islam berhak terhadap Al Aqsa kerana kezaliman Yahudi yang cukup melampau. Ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Switzerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini. Pada 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentera Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses ”pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel. Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria. Selama lebih 60 tahun , umat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati . Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan. Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .

· Zionis bermain-main dalam pemilihan tempat untuk membina negara Israel Raya.

a. Pada asalnya ingin jajah selatan Amerika, Afrika dll. Akhirnya selepas perjanjian Zionis di Basel Switzerland pada Ogos 1897. Putus untuk takluk Palestin. Bermakna ia bukan saranan kitab Yahudi. Ia agenda politik Zionis.

· Mereka bukan keturunan Nabi Daud untuk menuntut Kuil Haikal!

a. 96% Yahudi hari ini adalah terdiri dari bangsa Khazar pecahan dari Aryan Turki.Bangsa Khazar adalah dari sebuah empayar besar khazar yang pernah didirikan di eropah timur yang menganuti agama yahudi.Mereka tidak berhak mendakwa bumi pelestin adalah tanah air nenek moyang mereka kerana mereka bukan dari keturunan Yahuda.Mereka hanya menganuti agama yahudi selepas pemerintah khazar mengarahkan rakyatnya berbuat demikian.Mereka berasal dari selatan rusia dan terusir bila di serang dan di hancurkan oleh genghiz khan dan terpaksa berpindah dan menjadi pelarian ke beberapa negara lain mencari pelindungan. Kemunculan yahudi sekarang ni banyak di asaskan oleh yahudi Poland dan Rusia dan mereka melobi kepada yahudi dari negara lain supaya menyokong gagasan dan wawasan zionis. Zionis berasal dari perkataan "zion" bererti Jurusalem (tanah israel). Misi utama mereka ialah mengumpul yahudi seluruh dunia dengan menubuh satu negara di tanah Pelestin. Pengasasnya dan presiden gagasan zionis ini adalah Theodore Herzl dan di tubuhkan pada tahun 1897. Yahudi sekarang ni terbahagi kepada dua: Yahudi Sephardim (http://en.wikipedia.org/wiki/Sephardim) kebanyakan dari timur eropah termasuk sepanyol,portugal,perancis,Andorra Yahudi Ashkenazim(http://en.wikipedia.org/wiki/Ashkenazi) kebanyakan dari Jerman dan sekitarnya Pada 14 Mei 1948, David Ben Gurion mengishtiharkan kelahiran negara Israel selepas tamatnya mandat British ke atas bumi Palestin. Selapas mendapat kuasa memerintah, askar askar Yahudi yang terdiri daripada samseng samseng militan ‘haganah’ terus membalas dendam ke atas orang arab Palestin. Mereka bertindak membunuh,menyembelih dan mengusir keluar dari penduduk palestin dari rumah rumah mereka. Dan mereka terus mengganas dan berlaku zalim hingga ke hari ini.

· Islam memerintah Palestin lebih lama dari Bani Israel

a. Yahudi perintah 400 tahun (1000 SM hingga 586 SM), Babylon, Parsi, Yunani, Rom perintah 12 abad ! Islam perintah sejak zaman Umar hingga 1948 (12 abad)

b. Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, maka takhta ini diganti oleh keturunan Bani Israel hinggalah tahun 586 s.m apabila kota Jerusalem dihanguskan oleh seorang raja bernama Nabuchatnizar dari Iraq. Raja ini juga telah menghancurkan istana Nabi Sulaiman. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa hinggalah Rom menawan mereka. Pada tahun 37 s.m, Rom telah melantik wakilnya dari Bani Israel iatu Raja Herod untuk membantu memerintah Palestin. Ketika inilah Raja Herod membangunkan kembali Istana Sulaiman. Ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod cuba membunuh Nabi Isa kerana berpendapat bahawa Isa akan merampas tahtanya ketika besar nanti. Nabi Isa dilarikan ke Mesir selama dua tahun dan kembali ke Palestin setelah Raja Herod mati. Nabi Isa kemudiannya dibesarkan di Nazareth. Herod digantikan oleh anaknya iaitu Raja Herod Agripa dan terjadilah peristiwa pembunuhan Nabi Zakariya, Yahya dan pemburuan Nabi Isa. Nabi Isa kemudiannya diangkat Nabi Isa ke langit. Sebagai kehinaan dari Allah, Rom akhirnya tidak mempercayai Herod Agripa dan pada tahun 70 m (masihi) Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Sejak tahun 70 m inilah, Bani Israel keluar dan duduk di merata-rata tempat. Mereka tidak berani untuk datang ke Palestin kerana takutkan Rom. Mereka menunggu kedatangan Nabi akhir zaman yang diisyaratkan lahirnya dibumi Tihamah iaitu tanah rendah yang banyak pokok tamar. Mereka mencari di mana Tihamah ini. Akhirnya, mereka berpendapat Tihamah ialah Madinah Munawwarah. Pada ketika itu nama tempat ini ialah Yathrib. Bani Israel beramai-ramai pindah ke Madinah, beranak pinak di sana kerana mengharapkan Nabi akhir zaman lahir dari Bani Israel. Rupanya Allah menghendaki bahawa nabi akhir zaman lahir dari bangsa Arab. Sebahagian besar Bani Israel menolak kenabian Muhammad saw dan bagi mereka yang tidak beriman inilah, digelar oleh Allah sebagai Yahudi. Kemuncak penentangan mereka ialah apabila mereka cuba mengkhinatai Nabi saw dan akhirnya mereka semua diperangi dan keluar dari Madinah. Yahudi duduk bersepah-sepah. Mereka hanya kembali ke Palestin pada tahun 1187 m apabila Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib. Istana Sulaiman yang dihancurkan pada tahun 70 m ini habis dan hanya tinggal sekeping tembok (walling wall) sekarang menjadi tempat ibadah mereka. ( Yahudi tinggalkan Palestin lebih 1000 tahun sejak berakhir zaman Herod 70 M hingga 1187M) Walaupun kembali, mereka tidak lagi memgang kuasa komuniti dan politik. Mereka hanya menumpang kerana telah 1000 tahun Kanaan mengambil alih komuniti mereka. Ini proses biasa dalam sosiologi.

· Adakah umat Islam sengaja berdendam dengan Yahudi dan hanya konflik tanah semata-mata?

a. Fatwa Asy-Syaikh Ahmad Syakir mengatakan:“Sesungguhnya Inggeris telah mewariskan besi (kekerasan) dan api (permusuhan) di Palestin untuk melindungi permasalahan yang merugikan dan untuk membela umat yang tidak akan tegak, serta tidak akan memiliki daulah (negara)...Sesungguhnya orang-orang yang hina itu (Yahudi), telah Allah tetapkan pada mereka untuk selalu terusir. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam telah mengusir mereka dari kota Madinah. Lalu Saidina Umar Al-Faruq mengusir mereka dari Hijaz. Kemudian muslimin mendiamkan mereka, bahkan melindungi mereka saat mereka tertekan dan lemah. Maka ketika mereka kembali kepada jalan hidup mereka, berupa kejahatan dan permusuhan, Allah pun akan mengembalikan pengusiran itu, sehingga mereka terusir oleh Jerman dan Itali dari negeri mereka. Dan akhir perjalanan mereka –insya Allah– adalah kaum muslimin akan mengusir mereka dari seluruh negeri Islam....Dan sungguh tokoh petinggi Muhammad ‘Ali Alubah Basya dalam Muktamar mengatakan kalimat yang saya harap selalu kita ingat: ‘Hendaknya Yahudi mengetahui, jika mereka bergembira saat ini dengan kemenangan yang bersandar kepada ‘tombak’ yang bukan milik mereka, mereka niscaya akan kalah di saat ‘tombak’ ini hilang dari mereka. Peristiwa-peristiwa yang tercatat dalam sejarah telah banyak. Dan kesempatan akan datang, tidak diragukan lagi. Dan barangsiapa memberi peringatan maka dia telah mendapat hujjah...’.”

b. Lihat pula bagaimana Al Qaradhawi membezakan yahudi dengan Zionis. Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama’ Islam Internasional, mengadakan pertemuan di rumahnya yang terletak di Ibu kota Qatar, Doha, dengan tiga orang rabbi yahudi asal Inggris. Dalam pertemuan itu Qaradlawi menyebutkan pentingnya kerja sama antara pemeluk kedua agama, Islam-Yahudi, di dalam interaksi antara kedua belah pihak Di sana al-Qaradhawi menjelaskan ada empat aspek utama yang memungkinkan dilakukan kerja sama antara kedua pemeluk agama tersebut. Pertama kerana keduanya beriman kepada Allah yang Esa dan menentang atheisme, kedua, sikap anti permisifisme, dan nikah sejenis, ketiga penegakan keadilan terhadap manusia, dan keempat, perang terhadap kedhaliman. Al-Qaradhawi menegaskan bahwa tidak ada problem yang menghalangi hubungan antara kaum muslimin dengan Yahudi, sebab keduanya adalah pemeluk agama samawi. Dia juga menyatakan sedia menghadiri forum, konggres atau pertemuan apa saja yang melibatkan Rabbi-rabbi Yahudi yang non-Zionis, dan tidak mendukung didirikannya Negara Israel. Lebih lanjutan al-Qaradhawi menjelaskan, bahawa musuh Islam adalah gerakan zionisme, bukan umat Yahudi. Dengan menunjuk kepada kaum Yahudi yang memegang teguh agamanya dan kitab taurat yanag dekat dengan Islam. Sebab kedua pemeluk agama ini sepakat dalam banyak hal, baik dalam syiar mahupun hukum-hukum yang merupakan warisan agama Nabi Ibrahim. Beliau member contoh, kedua pemeluk agama ini sepakat akan haramnya babi, khamr dan juga ajaran khitan. Para rabbi yahudi yang bertemu dengan al-Qaradlawi antara lain adalah Aharon Cohen, Israel Dovid Weis, Dovid Shalmo Fildman. Mereka menamakan diri dengan Yahudi Rabbani, dan menyebut sebagai Yahudi anti Zionis. Dalam pertemuan itu mereka mengenakan tulisan, “Saya Yahudi, bukan Zionis”. Selain mengunjungi al-Qaradlawi, para Rabbi ini juga mengunjungi stesyen al-Jazeera.

c. Yahudi yang laknat adalah Yahudi yang menentang Islam secara zalim! Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian. Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyyim oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka. Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.

  • Yahudi banyak membunuh nabi, dalam masa yang sama ingin agungkan tempat warisan nabi keturunan mereka.
    1. Yahudi adalah satu bangsa yang tiada langsung rasa hormat terhadap para Nabi dan Rasul Allah yang di utus kepada mereka. Oleh itu, mereka digelar ‘Pembunuh Para Nabi’. Firman Allah s.w.t :

أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ

Maksudnya : “maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” [al-Baqarah : 87]

Antara Rasul yang mereka bunuh adalah Nabi Zakaria a.s dan Nabi Yahya a.s dan mereka cuba membunuh Nabi Isa a.s tetapi rencana mereka digagalkan oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya :

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا (157) بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا (158)

Maksudnya : “dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. [Al-Nisaa : 157 & 158]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...