Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Thursday, July 8, 2010

Selepas desakan antarabangsa Israel tetap kekalkan sekatan

Israel kekalkan sekatan

GAZA - Israel pada dasarnya mengurangkan sekatan ke atas Gaza dan membenarkan barangan keperluan asas dibawa masuk ke wilayah yang bergolak itu, tetapi masih mengenakan sekatan yang terus menjejaskan ekonomi di situ.

Antara barangan yang amat diperlukan untuk memulihkan kemusnahan berikutan perang tahun lalu adalah barang-barang pembinaan yang masih disekat masuk ke Gaza.

Peniaga dan aktivis kemanusiaan di Genting Gaza berkata, apa yang dilakukan Israel belum mencukupi.

Laluan masuk ke Gaza yang dibuka di Kerem Shalom juga tidak mencukupi untuk menampung kemasukan kenderaan yang membawa barangan keperluan sejak sekatan dikurangkan, kelmarin.

Rejim Zionis itu pula berkata, sekatan terhadap beberapa barangan serta sekatan eksport adalah langkah perlu bagi tujuan keselamatan.

Antara barangan yang dibawa ke Gaza melalui Kerem Shalom sejak Isnin adalah mesin basuh dan tilam yang sebelum ini tidak dibenarkan masuk.

Israel mengenakan sekatan di sempadan Gaza berikutan penahanan tenteranya, Gilad Schalit, oleh pejuang Hamas pada 2006 dan sekatan itu ditingkatkan setahun kemudian.

Rejim Zionis bersedia membatalkan sekatan itu sekiranya Hamas membebaskan Schalit, memperakui kuasa Israel dan menghentikan perjuangan.

Hamas pula menolak cadangan itu dengan alasan Israel tidak berhak ke atas Gaza.

Antara barangan yang masih disekat oleh Israel adalah bahan-bahan yang dikhuatiri boleh digunakan Hamas untuk menghasilkan senjata, misalnya baja, tong gas dan ubat pembersih air.

Bahan-bahan pembinaan seperti simen, kabel besi dan blok konkrit hanya boleh dibawa masuk ke Gaza jika diawasi agensi bantuan antarabangsa.

Akibatnya, pembinaan bangunan sekolah, projek perumahan dan sistem kumbahan terhenti sejak 2006.

Agensi bantuan antarabangsa menganggarkan 86,000 rumah perlu dibina bagi menampung rumah-rumah yang rosak akibat perang sejak empat tahun lalu.

Sinar Harian Rabu 7-7-2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...