Masjid Al-Aqsa terletak di bandar Al-Quds. Menurut sumber, kedudukan Al-Quds tidak akan dirunding kerana Israel mengakui itu adalah haknya. Bagaimanapun, apakah sensitiviti umat Islam terhadap projek-projek Israel untuk me'yahudi'kan Al-Quds?Dinyatakan, Israel telah bersedia untuk meneruskan projek galian dengan membina 2 buah terowong.
Kedudukan terowong tersebut adalah di bawah Masjid Al-Aqsa. Usaha Israel yang terkini untuk me'yahudi'kan Al-Quds adalah seiring perintah yang dikeluarkan oleh Pemerintah Israel kepada 55 penduduk Palestin di utara bandar Al-Quds supaya mengosongkan rumah. Di samping itu, laporan berita turut menyiarkan perancangan Israel yang akan membangunkan ribuan perumahan yang baru di Tebing Barat.
Yayasan Al-Aqsa yang bertanggungjawab terhadap harta waqaf dan peninggalan lama telah menyingkap projek Badan-badan pemaju Israel berhubung pembinaan 2 buah terowong baru bawah tanah yang bertujuan menghubungkan kawasan "hayyu al-sharf" dengan kawasan tembok buraq atau dikenali tembok ratapan yang terletak di barat Masjid Al-Aqsa.*Hayyu Al-sharf : asalnya kawasan perumahan penduduk Palestin di bandar lama Al-Quds yang telah dijajah Israel malah penduduknya (arab) telah dihalau pada tahun 1967, kemudian dinamakan kawasan tersebut dengan perumahan yahudi "Hayyu Yahudi".Sumber Palestin menyatakan, terowong pertama memiliki kepanjangan 56 meter, dan yang kedua 22 meter.
Pemerintah Israel juga akan memasang lif bagi tujuan naik-turun untuk memudahkan laluan penduduk Israel dan pelancong asing dari Hayyu Al-Sharf ke tembok buraq dan Masjid Al-Aqsa.Dalam kenyataan itu, yayasan tersebut menyatakan Israel berniat untuk mempercepatkan penguasaan ke atas tembok buraq dan Masjid Al-Aqsa (tahwid) yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan kos projek sebanyak 10 juta sheqel (matawang Israel), bersamaan USD2.5 juta.Berdasarkan kenyataan daripada yayasan Palestin, projek tersebut akan disempurnakan hasil kerjasama antara Syarikat pembangunan Hayyu yahudi, kementerian arkeologi dan Yayasan Insuran Nasional.
Dinyatakan, projek ini dikendalikan seorang ahli perniagaan Israel, Barokh Klaine. Sumber, 04/03/09 web berita