Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Sunday, July 8, 2012

MENYELAK LEMBARAN HIKMAH FENOMENA ISRA’ WAL MI’RAJ


MENYELAK LEMBARAN HIKMAH FENOMENA ISRA’ WAL MI’RAJ
Muhammad Nuruddin Bashah
Terminologi
·         Isra’ Mi’raj adalah Fenomena bukan sekadar peristiwa dalam lipatan sirah semata-mata. Suatu lembaran yang membuka dimensi baru hala tuju perjuangan hidup seorang muslim dan ummah.
·         Menurut Kamus Dewan, fenomena ialah sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan. Contohnya seperti alam semulajadi, atau sejarah. Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik.
·         Perkataan isra' berasal daripada kata kerja asra yang bererti perjalanan malam.
·         Perkataan mi'raj pula menurut kamus Lisan al-'Arab bererti sesuatu yang menyerupai tangga yang digunakan oleh roh manusia untuk ke langit setelah dipisahkan daripada jasad . Perkataan ini berasal daripada kata kerja 'araja (Ibn Manzur, 1990)
Sejarah fenomena bermula
·         Pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau.
·         662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Ikhtilaf tawarikh
·         Terdapat perselisihan pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj.
·         Ibn al-Jawzi berpendapat peristiwa Israk Mikraj berlaku lapan bulan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Yathrib (Madinah),
·          Ibn 'Abd al-Bir pula berkata ia berlaku kira-kira setahun dua bulan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Yathrib,
·         Ibn Faris berpegang kepada tarikh setahun dan tiga bulan sebelum Hijrah, dan Ibn al-Athir pula berpendapat ia berlaku tiga tahun sebelum proses Hijrah[1].
Asbab berlakunya…
·          Tahun Dukacita (a’mul huzni)  kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia.
·         Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Bagaimana berlaku?
·         Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diisrakkan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin dengan mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail.

.

Rasulullah tidur berbaring di Hijir antara Jaafar dan Hamzah[2] (Riwayat Al Bukhari)



·         Khilaf tempat bermula :
o    -Berlaku di masjid
o    -Berlaku di tempat antara Maqam Ibrahim dan Zam-zam
o    -Berlaku di Hajar Aswad
o    -Berlaku di rumah baginda Nabi SAW
o    -Berlaku di rumah Ummu Hani’
o    -Berlaku di rumah Khadijah (kitab al-Syifa’)
o    -Berlaku di perkampungan Abu Talib
z`»ysö6ß üÏ%©!$# 3uŽó r& ¾ÍnÏö7yèÎ/ Wxøs9 šÆÏiB ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tysø9$# n<Î) ÏÉfó¡yJø9$# $|Áø%F{$# Ï%©!$# $oYø.t»t/ ¼çms9öqym ¼çmtƒÎŽã\Ï9 ô`ÏB !$oYÏG»tƒ#uä 4 ¼çm¯RÎ) uqèd ßìŠÏJ¡¡9$# 玍ÅÁt7ø9$# ÇÊÈ  
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah Al Isra’ : 1)
·         Ummu Hani[3] menegaskan bahawa ayat ini diturunkan berkaitan pendustaan Walid Bin Mughirah terhadap peristiwa Isra’ Mi’raj pada keesokan hari selepas dihebahkan cerita dan mengatakan “ Muhammad itu tidak lain melainkan seorang ahli sihir” (Hadis riwayat Abu Ya’la)

ôs)s9ur çn#uäu »'s!÷tR 3t÷zé& ÇÊÌÈ   yZÏã ÍouôÅ 4ygtFZçRùQ$# ÇÊÍÈ   $ydyYÏã èp¨Zy_ #urù'pRùQ$# ÇÊÎÈ   øŒÎ) Óy´øótƒ nouôÅb¡9$# $tB 4Óy´øótƒ ÇÊÏÈ   $tB sø#y çŽ|Çt7ø9$# $tBur 4ÓxösÛ ÇÊÐÈ   ôs)s9 3r&u ô`ÏB ÏM»tƒ#uä ÏmÎn/u #uŽö9ä3ø9$# ÇÊÑÈ  
 dan Demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal) sekali lagi,. di sisi "Sidratul-Muntaha";  Yang di sisiNya terletak syurga "Jannatul-Makwa" (Nabi Muhammad melihat Jibril Dalam bentuk rupanya Yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, Yang tidak terhingga penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan Dengan tepat (akan pemandangan Yang indah di situ Yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.  Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan Luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (Surah An Najm : 13-18)
·         Abdullah Ibn Mas'ud meriwayatkan bahawa setelah selesai pembedahan yang dilakukan sendiri oleh Jibril.
·         Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar .
·         Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini.
·         Dinamakan Buraq kerana ketangkasannya yang diumpamakan seperti al-barq (kilat)
·         Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah.
·         Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat.

·         Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa.
·         Apabila tiba di tempat-tempat tertentu yang tercatat padanya kisah-kisah sejarah Islam, Rasulullah SAW diajukan oleh Jibril AS supaya berhenti dan menunaikan solat dua rakaat bagi menghormati tempat tersebut.
·         Diriwayatkan oleh Anas RA, antara tempat-tempat berkenaan ialah (Taiyyibah) Yathrib, Tursina iaitu tempat Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT dan Bayt al- Laham iaitu tempat Nabi 'Isa AS dilahirkan (Ibnu Hajar Asqalani).


Antara perkara yang dilihat sepanjang Isra’[4]
1.       Kaum yang sedang bercucuk tanam lalu terus menuai hasil tanaman mereka, dan apabila selesai dituai, hasil tanaman yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Jibaril berkata ia menunjukkan ganjaran Allah SWT kepada kaum yang berjihad di jalan Allah yang digandakan pahala kebajikan mereka (Ibnu Hajar al-'Asqalani).
2.       Gambaran  kaum yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, mereka memakan daging mentah yang busuk, sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Menurut Jibril AS, mereka adalah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami yang sah (al-Ibnu Hajar 'Asqalani).
3.       Kaum yang sedang mengumpul kayu api, mereka tidak mampu untuk memikulnya, namun mereka terus menambah beban kayu tersebut. Keadaan ini adalah gambaran bagi orang yang gagal menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka (Ibnu Hajar al-'Asqalani).
Bagaimana Mikraj berlaku?
·         Mikraj iaitu sebuah tangga yang indah dari syurga (Ibn Kathir).
·         Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

·         Rasulullah SAW dan Jibril AS naik ke langit dunia dengan menggunakan Mikraj tersebut.
·         Baginda SAW dan Jibril AS menaiki setiap tingkatan langit dunia yang terdiri daripada tujuh peringkat dan bertemu dengan para Rasul terdahulu daripada Baginda SAW.
·         Pada langit pertama,
o    Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu dengan Nabi Adam AS.
o    Al-Baihaqi ada meriwayatkan bahawa ketika ini Rasulullah SAW diperlihatkan dengan dua kumpulan manusia, iaitu satu kumpulan daripada golongan yang beriman, manakala kumpulan kedua terdiri daripada golongan yang melakukan dosa dan kejahatan (al-Jawziyah). Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada dada penzina perempuan.

·         Di langit kedua, Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu dengan Nabi Yahya AS dan Nabi 'Isa AS.
·         Di langit ketiga Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
·         Di langit keempat, Baginda SAW bertemu dengan Nabi Idris AS.
·         Di langit kelima Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya daripada kalangan Bani Israil.
·         Di langit keenam, Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Musa AS.
·         Di langit ketujuh, Baginda SAW telah bertemu dengan Nabi Ibrahim AS yang sedang bersandar di Baitul Ma'mur[5], iaitu sebuah tempat untuk para Malaikat melakukan tawaf (al-Mubarakfuri). Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Bertemu Allah
·         Selepas itu, Rasulullah SAW telah dinaikkan ke Sidrat al-Muntaha  untuk bertemu dengan Allah SWT, iaitu untuk menerima perintah solat lima waktu (Ibn Kathir).
·         Nabi mengaku melihat cahaya semasa ditanya adakah telah bertemu Allah (Imam Muslim)
o    Ibnu Masud dan Aisyah mengatakan Nabi hanya melihat Jibrail sahaja bukan Allah.
o    Nabi tidak melihat Allah disebabkan hijab cahaya yang menghalanginya antara dirinya dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini sebagaimana dijelaskan Imam Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi rahimahullah (Syarah ath-Thahawiyah).
o    Didalam Tafsir Ibnu Kathir Imam Muslim meriwayatkan  dalam kitab sahihnya dari Ibn Abbas bahawa dia pernah berkata: “Muhammad pernah melihat Rabbnya dengan mata hatinya sebanyak dua kali. (Ibnu Kathir)
o    Ibn Kathir juga ada meriwayatkan hadis dari Imam Ahmad melalui Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku telah melihat Rabb ku Azzawajalla. (Imam Ahmad)

·         Menurut Ibn 'Abbas, tempat tersebut dinamakan Sidrat al-Muntaha kerana pengetahuan para Malaikat terhenti di situ, dan tiada sesiapa yang boleh melepasinya melainkan Rasulullah SAW (al-Nawawi).
·         Sidrat al-Muntaha adalah sebuah tempat yang istimewa serta menjadi tempat larangan termasuk bagi para Malaikat.
·         Di Sidrat al-Muntaha, Rasulullah SAW tidak ditemani Jibril AS. (Perkara ini merupakan khilaf kalangan para ulama).
·         Dalam kitab Fath al-Bari, Sidrat al-Muntaha = seperti sepohon pokok yang mempunyai buah yang besar seperti tempayan dan daunnya pula lebar seperti telinga gajah (Ibnu Hajar al-'Asqalani). Pada pangkal Sidrat al-Muntaha terdapat empat batang anak sungai, dua daripadanya ialah sungai ''batin'' iaitu sungai di syurga, manakala dua lagi sungai merupakan sungai ''zahir'' iaitu yang terdapat di dunia bernama sungai Nil dan Furat.
·         Hadis Anas RA menyatakan bahawa Sidrat al- Muntaha itu terletak di langit yang ketujuh, manakala hadis Ibn Mas'ud menyatakan Sidrat al-Muntaha terletak di langit yang keenam (Ibnu Hajar al-'Asqalani).
·         Imam Ibn Hajar al-'Asqalani berijtihad bahawa sebenarnya tiada sebarang kekhilafan antara kedua-dua pendapat tersebut kerana ia boleh membawa maksud bahawa pangkal atau asal Sidrat al-Muntaha itu berada di langit keenam, manakala puncak serta daun-daunnya mencapai sehingga langit yang ketujuh.
·         Diriwayatkan oleh Mujahid bahawa dahan-dahan Sidrat al-Muntaha terdiri daripada mutiara, yaqut dan zabarjad (Ibn Kathir).
·          Ibn Kathir turut menukilkan sebuah hadis daripada Ibn Zayd yang menyatakan bahawa ketika peristiwa Mikraj, Rasulullah SAW melihat terdapat kumpulan Malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah SWT pada setiap daun Sidrat al-Muntaha (Ibn Kathir).
·         Di samping itu, diriwayatkan pula oleh Anas bin Malik RA dalam hadis yang panjang[6], bahawa ketika di Sidrat al-Muntaha, Rasulullah SAW dihidangkan dengan tiga bejana yang berisi arak, susu dan madu. Rasulullah SAW telah memilih susu lalu meminumnya. Menurut Jibril AS, Baginda SAW telah membuat pilihan yang tepat, iaitu pilihan yang menunjukkan fitrah[7].(Ibnu Hajar al-'Asqalani).

Dialog Nabi dan Tuhannya
Allah SWT: Ya Muhammad
Rasullah: Labbaika
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih (Habibullah). Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.
·         Rayuan diskaun solat adalah lambang Allah ingin bertemu kekasihnya beberapa kali.
Iman dan kufur
  • Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Muhammad rafi’ dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bercerita selepas baginda menceritakan kepada pemimpin Quraisy kisah malam itu pada waktu pagi, mereka bertanya pelbagai cerita Baitul maqdis kepaa Baginda berdasarkan idea yang diberi oleh pedagang Baitul Maqdis. Baginda berasa cemas tetapi Allah membuka hijab dan menampakkan satu persatu gambaran masjid al Aqsa untuk mematikan hujah Quraisy dan pedagang Baitul Maqdis tersebut.
Jasad atau ruh?
·         Ibn 'Abbas serta majoriti ulama berpendapat bahawa peristiwa Israk Mikraj ini dialami Rasulullah SAW secara roh dan jasadnya sekali, dan bukan dalam bentuk rohnya sahaja atau melalui proses mimpi (Ibn Kathir).
·         Pandangan ini dipersetujui Ibn Qayyim al-Jawziyah seperti yang tercatat dalam kitabnya Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad (al-Jawziyah).
·         Pandangan Aishah RA “ Tidak lenyap tubuh Nabi tetapi Allah Isra’kan ruhnya” (Riwayat Ibnu Jarir At Tabari) – pandangan ini dianggap lemah kerana ada rawi bernama Muhammad Bin Ishaq.
·         Melalui Wahdatul wujud – ditolak kerana jika wahdatu wujud apa guna isra’ dikatakan mukjizat?

Percubaan mengkritik Hadis Anas Bin Malik

Ada pihak yang mengatakan hadis berkenaan tidak logik atas alsan di bawah. Namun pandangan itu hanya suatu pandangan dan ia boleh ditolak kerana jumhur ulama’ bersetuju dengan peristowa isra’ mi’raj melalui jalan hadis Anas bin Malik.
·         Malaikat penjaga langit, tidak mengenal Malaikat Jibril.
·         Buraq digambarkan seperti haiwan tunggangan, yang di-ikat di pintu masjid
·         Rasulullah shalat 2 rakaat sebelum ke langit, padahal perintah shalat belum datang.
·         Kisah tawar-menawar jumlah rakaat solat
·         Ruh para Nabi berada di langit, bukan di alam barzah.
·         Hadis yang meriwayatkan perintah shalat telah ada, ketika Khadijah ra. masih hidup.

Sudut pandang sarwa sains
óOs9r& ÷yuŽô³nS y7s9 x8uô|¹ ÇÊÈ   $uZ÷è|Êurur šZtã x8uøÍr ÇËÈ   üÏ%©!$# uÙs)Rr& x8tôgsß ÇÌÈ   $uZ÷èsùuur y7s9 x8tø.ÏŒ ÇÍÈ  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...