Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Wednesday, July 25, 2012

Desak Myanmar beri laluan bantu etnik Rohingya

Desak Myanmar beri laluan bantu etnik Rohingya

Salmiyah Harun, 24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menggesa supaya agensi antarabangsa mendesak Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan di Arakan yang menjadi kawasan etnik Rohingya paling terdedah kepada penindasan sangat kejam.

Wakil jawatankuasa tersebut, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria berkata, penghapusan etnik Rohingya di bumi Arakan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah satu kezaliman yang tidak boleh diterima.

Katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, pihak junta Myanmar nampaknya tidak mahu tunduk kepada undang-undang antarabangsa mengenai hak asasi golongan etnik minoriti, oleh itu pihak berkuasa kerajaan Myanmar terus menerus melaksanakan operasi pembunuhan beramai-ramai (genocide) ke atas etnik Rohingya.

Tambahnya, pihak agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Asean gagal bertindak membela dan melindungi ratusan ribu nyawa Rohingya yang ditindas.

Ekoran tindakan rakus junta Mynamar Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa-Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menghantar memorandum kepada Setiausaha Pertama Ibu Pejabat PBB  H.E Mr Bankimon di Petaling jaya, tengah hari tadi.


"Kita menyesali operasi penghapusan etnik Rohingya di Myanmar sudah berlalu lebih lima dekad yang mengakibatkan ratusan ribu yang terbunuh, puluhan ribu ditahan dan diseksa, ribuan yang dirogol, ratusan perkampungan yang dibakar, ratusan masjid yang dimusnahlan, ribuan dipaksa tukar agama, tanah dan harta etnik Rohingya yang dirampas," katanya ketika ditemui.

Turut bersama dalam penyerahan memorandum itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid. Seramai 13 NGO turut menyokong memorandum itu antaranya, Shura, Sekretariat For Ulamak Assembly Of Asia, dan PKPIM.

Bagaimanapun, jawatankuasa berkenaan turut menegaskan pendirian, supaya sebuah badan bebas antarabangsa dilantik untuk melakukan siasatan ke atas pihak yang bertanggungjawab menjalankan proses 'genocide' ke atas etnik Rohingya dan mereka yang didapati bersalah didakwa di mahkamah antarabangsa manakala segala kerugian harta benda etnik Rohingya dibayar pampasan sewajarnya.

Mereka juga, menyokong perjuangan politik Rohingya di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia untuk mendapatkan keadilan dan hak asasi mereka sebagai warga negara yang sah di Myanmar.

Jawatankuasa itu juga menyokong tuntutan etnik Rohingya untuk mendapatkan semula kewarganegaraan dan memperoleh hak yang saksama dari segi politik, ekonomi dan sosial di negara Myanmar.

"Bersedia untuk memberi sokongan semaksimanya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan penghapusan etnik Rohingya oleh pihak tentera junta Myanmar," tegas mereka.

Justeru, mereka juga menyokong agar penilian semula mengenai kedudukan Myanmar sebagai anggota Asean dibincangkan jika penghapusan etnik Rohingya tidak dihentikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...