Kenali beberapa laman
sesawang Yahudi yang pro-Palestin
Salam Hormat, saya kerap mengikuti maklumat dan berita yang
dikeluarkan oleh beberapa NGO atau pertubuhan pro-Palestin tetapi dari kalangan
bangsa Yahudi sendiri berkenaan isu
Palestin.
Walaupun mungkin maklumat tersebut masih perlu ditabayyun
(diperhalusi) lagi, namun setidak-tidaknya ia membantu kita melihat isu ummah
melalui kaca pandang sarwa kaum bukan islam yang bersimpati dengan Islam.
Sebagai contoh perhatikan Naturei Karta iaitu kelompok Yahudi anti
Zionis pernah memberi sokongan kepada Iran kerana usaha Tehran menganjurkan
seminar Pembohongan Holocaust beberapa ketika dahulu. Mereka adalah rabbi-rabbi
Yahudi tetapi tergolongan dalam kelompok simpatisme islam.
Penulis seperti Alan Hart pernah menulis buku yang
membongkar agenda jahat Zionis malah
hadir bersama rabbi yahudike
Persidangan Against Zionism: Jewish Perspective.
Simpatisme di kalangan NGO yang menyokong rakyat Gaza
berpusat di haifa Isreal sebagai contoh adalah pertubuhan yang bernama i
‘ADALAH yang boleh dikenali melalui laman Web http://www.adalah.org
Ia ditubuhkan pada November 1996, yang terletak di Haifa,
bertujuan untuk mempertahankan hak-hak rakyat Palestin Arab Israel serta
menjelaskan dirinya sebagai organisasi hak asasi manusia yang bebas, berdaftar di Israel.
Walaupun kita diminta berhati-hati dengan musuh islam dan
kaumnya, kita juga diajar untuk mengenali golongan simpatisme di kalangan kaum
bukan islam. Sebagai contoh kisah Hakim bin Hizam (anak saudara Khadijah ) dan
rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke
perkampungan Abu Talib sepanjang tempoh pemulauan.
Hisyam bin Amru Bin Rabia’h juga berasa hiba dengan perjanjian
boikot Bani Hashim tersebut serta sering
berkempen agar dibubar sahaja perjanjian tersebut.
Mata’m Bin ‘Adi pula cuba mengetuai operasi membuang tulisan
perjanjian tersebut di Kaabah tetapi beliau menyaksikan keanehan yang berlaku
iaitu tulisan di dinding kaabah telah dihancurkan oleh anai-anai manakala
tulisna yang kekal hanya ‘Bismika Allahumma’.
Inilah bentuk simpatisme terhadap islam yang diiktiraf oleh
para sejarawan Islam.
Apa kata saya cadangkan anda melanggan bulletin yang
dikeluarkan oleh http://jfjfp.com/
Iaitu laman bagi NGO Jews For Justice For Palestineans.
Muhammad Nuruddin
Bashah
8 Julai 2012
FMM Ipoh