MENYELAK LEMBARAN HIKMAH FENOMENA ISRA’ WAL MI’RAJ
Muhammad Nuruddin Bashah
Terminologi
·
Isra’ Mi’raj adalah Fenomena bukan
sekadar peristiwa dalam lipatan sirah semata-mata. Suatu lembaran yang membuka
dimensi baru hala tuju perjuangan hidup seorang muslim dan ummah.
·
Menurut Kamus Dewan, fenomena ialah
sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan. Contohnya seperti alam
semulajadi, atau sejarah. Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu
kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik.
·
Perkataan isra' berasal daripada kata
kerja asra yang bererti perjalanan malam.
·
Perkataan mi'raj pula menurut kamus
Lisan al-'Arab bererti sesuatu yang menyerupai tangga yang digunakan oleh roh
manusia untuk ke langit setelah dipisahkan daripada jasad . Perkataan ini
berasal daripada kata kerja 'araja (Ibn Manzur, 1990)
Sejarah
fenomena bermula
·
Pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa
kenabian beliau.
·
662 M iaitu ketika Nabi berumur 52
tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Ikhtilaf
tawarikh
·
Terdapat perselisihan pendapat
tentang tarikh sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj.
·
Ibn al-Jawzi berpendapat peristiwa
Israk Mikraj berlaku lapan bulan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Yathrib
(Madinah),
·
Ibn 'Abd al-Bir pula berkata ia berlaku
kira-kira setahun dua bulan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Yathrib,
·
Ibn Faris berpegang kepada tarikh
setahun dan tiga bulan sebelum Hijrah, dan Ibn al-Athir pula berpendapat ia
berlaku tiga tahun sebelum proses Hijrah.
Asbab
berlakunya…
·
Tahun Dukacita (a’mul huzni) kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul
Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia.
·
Nabi dan anak angkatnya Zaid bin
Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Bagaimana
berlaku?
·
Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi
Muhammad s.a.w. diisrakkan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah
ke Palestin dengan mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail.
.
Rasulullah tidur berbaring di Hijir
antara Jaafar dan Hamzah
(Riwayat Al Bukhari)
·
Khilaf tempat bermula :
o
-Berlaku di masjid
o
-Berlaku di tempat antara Maqam
Ibrahim dan Zam-zam
o
-Berlaku di Hajar Aswad
o
-Berlaku di rumah baginda Nabi SAW
o
-Berlaku di rumah Ummu Hani’
o
-Berlaku di rumah Khadijah (kitab
al-Syifa’)
o
-Berlaku di perkampungan Abu Talib
z`»ysö6ß üÏ%©!$# 3uó r& ¾ÍnÏö7yèÎ/ Wxøs9 ÆÏiB ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tysø9$# n<Î) ÏÉfó¡yJø9$# $|Áø%F{$# Ï%©!$# $oYø.t»t/ ¼çms9öqym ¼çmtÎã\Ï9 ô`ÏB !$oYÏG»t#uä 4 ¼çm¯RÎ) uqèd ßìÏJ¡¡9$# çÅÁt7ø9$# ÇÊÈ
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad)
pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di
Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya
tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah Al Isra’ : 1)
·
Ummu Hani
menegaskan bahawa ayat ini diturunkan berkaitan pendustaan Walid Bin Mughirah
terhadap peristiwa Isra’ Mi’raj pada keesokan hari selepas dihebahkan cerita
dan mengatakan “ Muhammad itu tidak lain melainkan seorang ahli sihir” (Hadis
riwayat Abu Ya’la)
ôs)s9ur çn#uäu »'s!÷tR 3t÷zé& ÇÊÌÈ
yZÏã ÍouôÅ 4ygtFZçRùQ$# ÇÊÍÈ $ydyYÏã èp¨Zy_ #urù'pRùQ$# ÇÊÎÈ øÎ) Óy´øót nouôÅb¡9$# $tB 4Óy´øót ÇÊÏÈ $tB sø#y ç|Çt7ø9$# $tBur 4ÓxösÛ ÇÊÐÈ
ôs)s9 3r&u ô`ÏB ÏM»t#uä ÏmÎn/u #uö9ä3ø9$# ÇÊÑÈ
dan Demi sesungguhnya! (Nabi
Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal)
sekali lagi,. di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisiNya terletak syurga
"Jannatul-Makwa" (Nabi Muhammad melihat Jibril Dalam bentuk rupanya
Yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu
diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, Yang tidak terhingga
penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan Dengan tepat
(akan pemandangan Yang indah di situ Yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula
melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia
telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan
Luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (Surah
An Najm : 13-18)
·
Abdullah Ibn Mas'ud meriwayatkan
bahawa setelah selesai pembedahan yang dilakukan sendiri oleh Jibril.
·
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja
iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit
fajar .
·
Baginda menunggang Buraq bersama
Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di
Israel / Palestin kini.
·
Dinamakan Buraq kerana ketangkasannya
yang diumpamakan seperti al-barq (kilat)
·
Arah kiblat umat Islam ketika itu
ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , semasa Nabi tinggal di Madinah,
arah kiblat ditukar ke Mekah.
·
Di Tembok Barat masjid , buraq telah
ditambat di suatu tempat.
·
Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang
berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa.
·
Apabila tiba di tempat-tempat
tertentu yang tercatat padanya kisah-kisah sejarah Islam, Rasulullah SAW
diajukan oleh Jibril AS supaya berhenti dan menunaikan solat dua rakaat bagi
menghormati tempat tersebut.
·
Diriwayatkan oleh Anas RA, antara
tempat-tempat berkenaan ialah (Taiyyibah) Yathrib, Tursina iaitu tempat Nabi
Musa AS bermunajat kepada Allah SWT dan Bayt al- Laham iaitu tempat Nabi 'Isa
AS dilahirkan (Ibnu Hajar Asqalani).
Antara perkara yang dilihat sepanjang Isra’
1.
Kaum yang sedang bercucuk tanam lalu
terus menuai hasil tanaman mereka, dan apabila selesai dituai, hasil tanaman
yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Jibaril berkata ia
menunjukkan ganjaran Allah SWT kepada kaum yang berjihad di jalan Allah yang
digandakan pahala kebajikan mereka (Ibnu Hajar al-'Asqalani).
2.
Gambaran kaum yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan, mereka memakan daging mentah yang busuk, sedangkan daging masak dan
elok ada di sisi mereka. Menurut Jibril AS, mereka adalah lelaki dan perempuan
yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri atau suami yang sah (al-Ibnu Hajar 'Asqalani).
3.
Kaum yang sedang mengumpul kayu api,
mereka tidak mampu untuk memikulnya, namun mereka terus menambah beban kayu
tersebut. Keadaan ini adalah gambaran bagi orang yang gagal menunaikan amanah
yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka (Ibnu Hajar al-'Asqalani).
Bagaimana Mikraj berlaku?
·
Mikraj iaitu sebuah tangga yang indah
dari syurga (Ibn Kathir).
·
Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu
langit dunia (pintu Hafzhah).
·
Rasulullah SAW dan Jibril AS naik ke
langit dunia dengan menggunakan Mikraj tersebut.
·
Baginda SAW dan Jibril AS menaiki
setiap tingkatan langit dunia yang terdiri daripada tujuh peringkat dan bertemu
dengan para Rasul terdahulu daripada Baginda SAW.
·
Pada
langit pertama,
o
Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu
dengan Nabi Adam AS.
o
Al-Baihaqi ada meriwayatkan bahawa
ketika ini Rasulullah SAW diperlihatkan dengan dua kumpulan manusia, iaitu satu
kumpulan daripada golongan yang beriman, manakala kumpulan kedua terdiri
daripada golongan yang melakukan dosa dan kejahatan (al-Jawziyah). Kemudian
dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang
berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki
bergantung pada dada penzina perempuan.
·
Di
langit kedua, Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu dengan Nabi Yahya AS dan Nabi 'Isa AS.
·
Di
langit ketiga Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
·
Di
langit keempat, Baginda SAW bertemu dengan Nabi Idris AS.
·
Di
langit kelima Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya daripada kalangan Bani
Israil.
·
Di
langit keenam, Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Musa AS.
·
Di
langit ketujuh, Baginda SAW telah bertemu dengan Nabi Ibrahim AS yang
sedang bersandar di Baitul Ma'mur, iaitu
sebuah tempat untuk para Malaikat melakukan tawaf (al-Mubarakfuri). Rasulullah
dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Bertemu Allah
·
Selepas itu, Rasulullah SAW telah
dinaikkan ke Sidrat al-Muntaha untuk
bertemu dengan Allah SWT, iaitu untuk menerima perintah solat lima waktu (Ibn
Kathir).
·
Nabi mengaku melihat cahaya semasa
ditanya adakah telah bertemu Allah (Imam Muslim)
o
Ibnu
Masud dan Aisyah mengatakan Nabi hanya melihat Jibrail sahaja bukan
Allah.
o
Nabi tidak melihat Allah disebabkan
hijab cahaya yang menghalanginya antara dirinya dengan Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Ini sebagaimana dijelaskan Imam
Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi rahimahullah (Syarah ath-Thahawiyah).
o
Didalam Tafsir Ibnu Kathir Imam
Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya
dari Ibn Abbas bahawa dia pernah
berkata: “Muhammad pernah melihat Rabbnya dengan mata hatinya sebanyak dua kali. (Ibnu Kathir)
o
Ibn Kathir juga ada meriwayatkan
hadis dari Imam Ahmad melalui Ibnu Abbas
r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku
telah melihat Rabb ku Azzawajalla. (Imam Ahmad)
·
Menurut Ibn 'Abbas, tempat tersebut
dinamakan Sidrat al-Muntaha kerana pengetahuan para Malaikat terhenti di situ,
dan tiada sesiapa yang boleh melepasinya melainkan Rasulullah SAW (al-Nawawi).
·
Sidrat al-Muntaha adalah sebuah
tempat yang istimewa serta menjadi tempat larangan termasuk bagi para Malaikat.
·
Di Sidrat al-Muntaha, Rasulullah SAW
tidak ditemani Jibril AS. (Perkara ini merupakan khilaf kalangan para ulama).
·
Dalam kitab Fath al-Bari, Sidrat
al-Muntaha = seperti sepohon pokok yang mempunyai buah yang besar seperti
tempayan dan daunnya pula lebar seperti telinga gajah (Ibnu Hajar al-'Asqalani).
Pada pangkal Sidrat al-Muntaha terdapat empat batang anak sungai, dua
daripadanya ialah sungai ''batin'' iaitu sungai di syurga, manakala dua lagi
sungai merupakan sungai ''zahir'' iaitu yang terdapat di dunia bernama sungai
Nil dan Furat.
·
Hadis Anas RA menyatakan bahawa
Sidrat al- Muntaha itu terletak di
langit yang ketujuh, manakala hadis Ibn Mas'ud menyatakan Sidrat al-Muntaha
terletak di langit yang keenam (Ibnu
Hajar al-'Asqalani).
·
Imam Ibn Hajar al-'Asqalani
berijtihad bahawa sebenarnya tiada
sebarang kekhilafan antara kedua-dua pendapat tersebut kerana ia boleh
membawa maksud bahawa pangkal atau asal
Sidrat al-Muntaha itu berada di langit keenam, manakala puncak serta
daun-daunnya mencapai sehingga langit yang ketujuh.
·
Diriwayatkan oleh Mujahid bahawa
dahan-dahan Sidrat al-Muntaha terdiri daripada mutiara, yaqut dan zabarjad (Ibn
Kathir).
·
Ibn Kathir turut menukilkan sebuah hadis
daripada Ibn Zayd yang menyatakan bahawa ketika peristiwa Mikraj, Rasulullah
SAW melihat terdapat kumpulan Malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah SWT
pada setiap daun Sidrat al-Muntaha (Ibn Kathir).
·
Di samping itu, diriwayatkan pula
oleh Anas bin Malik RA dalam hadis yang panjang, bahawa
ketika di Sidrat al-Muntaha, Rasulullah
SAW dihidangkan dengan tiga bejana yang berisi arak, susu dan madu.
Rasulullah SAW telah memilih susu lalu meminumnya. Menurut Jibril AS, Baginda
SAW telah membuat pilihan yang tepat, iaitu pilihan yang menunjukkan fitrah.(Ibnu
Hajar al-'Asqalani).
Dialog Nabi dan Tuhannya
Allah
SWT: Ya Muhammad
Rasullah:
Labbaika
Allah
SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah:
Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia
kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud
kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan
Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman
menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan
Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah
SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih (Habibullah). Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan
dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan
keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al
Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu
ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah
“Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam
dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan
umat mu 50 (waktu) sembahyang.
·
Rayuan diskaun solat adalah lambang
Allah ingin bertemu kekasihnya beberapa kali.
Iman dan kufur
- Imam
Muslim meriwayatkan hadis daripada Muhammad rafi’ dari Abu Hurairah bahawa
Rasulullah bercerita selepas baginda menceritakan kepada pemimpin Quraisy
kisah malam itu pada waktu pagi, mereka bertanya pelbagai cerita Baitul
maqdis kepaa Baginda berdasarkan idea yang diberi oleh pedagang Baitul
Maqdis. Baginda berasa cemas tetapi Allah membuka hijab dan menampakkan
satu persatu gambaran masjid al Aqsa untuk mematikan hujah Quraisy dan
pedagang Baitul Maqdis tersebut.
Jasad atau ruh?
·
Ibn 'Abbas serta majoriti ulama
berpendapat bahawa peristiwa Israk Mikraj ini dialami Rasulullah SAW secara roh
dan jasadnya sekali, dan bukan dalam bentuk rohnya sahaja atau melalui proses
mimpi (Ibn Kathir).
·
Pandangan ini dipersetujui Ibn Qayyim
al-Jawziyah seperti yang tercatat dalam kitabnya Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr
al-'Ibad (al-Jawziyah).
·
Pandangan Aishah RA “ Tidak lenyap
tubuh Nabi tetapi Allah Isra’kan ruhnya” (Riwayat Ibnu Jarir At Tabari) –
pandangan ini dianggap lemah kerana ada rawi bernama Muhammad Bin Ishaq.
·
Melalui Wahdatul wujud – ditolak
kerana jika wahdatu wujud apa guna isra’ dikatakan mukjizat?
Percubaan
mengkritik Hadis Anas Bin Malik
Ada pihak yang mengatakan hadis berkenaan tidak logik
atas alsan di bawah. Namun pandangan itu hanya suatu pandangan dan ia boleh
ditolak kerana jumhur ulama’ bersetuju dengan peristowa isra’ mi’raj melalui
jalan hadis Anas bin Malik.
·
Malaikat penjaga langit, tidak
mengenal Malaikat Jibril.
·
Buraq digambarkan seperti haiwan
tunggangan, yang di-ikat di pintu masjid
·
Rasulullah shalat 2 rakaat sebelum ke
langit, padahal perintah shalat belum datang.
·
Kisah tawar-menawar jumlah rakaat
solat
·
Ruh para Nabi berada di langit, bukan
di alam barzah.
·
Hadis yang meriwayatkan perintah
shalat telah ada, ketika Khadijah ra. masih hidup.
Sudut pandang sarwa sains
óOs9r& ÷yuô³nS y7s9 x8uô|¹ ÇÊÈ
$uZ÷è|Êurur Ztã x8uøÍr ÇËÈ
üÏ%©!$# uÙs)Rr& x8tôgsß ÇÌÈ
$uZ÷èsùuur y7s9 x8tø.Ï ÇÍÈ