Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Friday, July 10, 2009

Pergolakan di Selatan Thailand

Semalam genap sebulan tragedi berdarah yang mengorbankan 11 jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Narathiwat, Thailand. Dalam kejadian tersebut, lima atau enam lelaki yang bersenjata automatik memasuki ruangan masjid sebelum melepaskan tembakan ramabang mengarah kepada jemaah dan membunuh antaranya imam masjid serta mencederakan 19 jemaah yang lain.

Kejadian menembak orang Islam di dalam rumah Allah ini disifatkan sebagai tindakan yang amat biadap dan tidak berperikemanusiaan! Kini korban di wilayah Islam yang bergolak (Yala, Narathiwat dan Pattani) di selatan Thailand meningkat kepada 3 700 orang dan tiada yang boleh memberi jaminan bahawa tragedi yang sama tidak akan berulang lagi.

Sejak 2003 lagi, wilayah selatan Thailand mula tegang berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin Shinawatra terhadap penduduk yang militan di tiga wilayah Islam berkenaan. Selepas arahan tersebut, lebih 1500 penduduk telah terbunuh. Jumlah ini juga dianggarkan bersamaan dengan bilangan anak yatim yang ibu bapa mereka terbunuh sejak 2004.

Tragedi pembantaian umat Islam juga berlaku dalam peristiwa di Masjid Kerisik disusuli peristiwa Tak Bai pada 25 Oktober 2004. Tragedi Tak Bai juga mencerminkan sikap tentera Thailand yang kejam dan mencemarkan kesucian bulan Ramadhan umat Islam.

Patanikini di dalam blognya menulis bagaimana bermulanya sejarah bermulanya permasalahan yang timbul di selatan Thailand kini. Baca petikan di bawah.

Ada beberapa perkara dan fakta yang pihak kami rasa harus dibentangkan disini kapada para pembaca dan penyokong. Pertama Patani jatuh pada tahun masehi 1786 setelah beratus-ratus tahun berperang dengan bangsa Thai.Patani sentiasa menang dalam peperangan sebelumnya.bahkan tentera Patani pernah mengalahkan benteng Ayuthia ! Kekalahan yang terakhir itu adalah kerana konspirasi dan pengkhianatan dari dalam pimpinan Patani sendiri. Sejak dari tarikh kekalahan itu Patani begitu lemah kerana sebahagian besar dari askar-askarnya telah ditawan dan di cucuk keting(kaki) dan di bawa ke Bangkok. Yang ditinggalkan adalah orang-orang tua perempuan dan kanak-kanak yang telah bunuh oleh askar Siam sebanyak 30000 orang dengan menelentang kan mereka-mereka ini di atas jalaraya dan di pijak dengan gajah Secara kejam.!!!

Selepas dari tarikh tersebut kebangkitan sering berlaku tapi secara kecil-kecilan. Sekali sekala mereka melakukan pembasmian beramai-beramai secara kejam.Negara Patani pernah berdamai dengan Siam dengan membayar bunga emas sebagai perlindungan. Hasil dari tidak melawan dan berhenti berperang ini Siam dengan galakan dari penjajah Inggeris telah pada tahun 1902 mengishtiharkan Patani sebagai sebahagian dari bumi Thai. Pada tahun1909 telah diadakan perjanjian Anglo-Bangkok diantara Inggeris –Siam tanpa memaklumkan pada Raja-raja melayu pada masa itu.

Rakyat Patani mula bangkit semula sehingga membawa kapada berbagai-bagai peristiwa pembunuhan kejam oleh Siam yang tidak dapat di lupai oleh bangsa Melayu Patani!!!!

Pada permulaaan kemasukan Jepun ka-Tanah Melayu melalui Siam pihak Inggeris telah minta bantuan Tengku Mahmud Mahyidin (anak raja Patani) yang terkenal dengan gelaran harimau Malaya untuk menyiapkan pasukan gurilla yang di kenali sebagai Force 136. Banyak orang –orang Patani terlibat dalam pasukan ini.Inggeris menjanjikan akan menyatukan Patani dengan persekutuan tanah melayu jika berjaya mengalahkan Jepun. Selepas perang ketika pihak inggeris bersdia melaksanakan janji mereka tiba-tiba Amerika menghalang kerana bimbang Siam akan memihak pada blok Komunis.Selepas itu Tengku Mahmud Mahyidin telah dibunuh secara diupah pembantunya memberi racun kedalam makanannya!!!!.Haji Sulong juga telah dibunuh dengan kejam oleh Siam tanpa diketahui dimana kubornya. Selepas itu bermula lah kebangkitan orang-orang Patani secara tersusun dan terancang.Seandainya dimasa itu wujud nya setikawan Bangsa Melayu dari pemerentah Malaya sudah tentu Patani tidak terbiar saperti hari ini.Kebangkitan ini berperingkat. Bermula dari memujuk tokoh-tokoh gedeber( bandit) dan memberi kefahaman perjuangan kapada mereka sehingga lah dapat dibentuk suatu tentera yang terdiri dari anak-anak muda yang terlatih.Perjuangan mula menurun pada tahun 90 puluhan apabila berlaku gerakan masjid kerisik yang juga didalangi oleh pemimpin pejuang yang berpakat dalam suatu pakatan yang di namakan PRC.

Setelah pemerentah Thai mengganyang pergerakan masjid kerisik kumpulan Wahdah,sebuah kumpulan ahli-ahli politik melayu yang bekerjasama dengan Chaovalit dalam partai Harapan Baru mengambil kesempatan dengan alasan untuk membila nasib pejuang-pejuang masjid kerisik.Mereka berjaya menggunakan sel-sel yang telah dibentuk oleh pergerakan masjid kerisik.Dari hari itu hampir seluruh masyarakat Patani telah sekali lagi memberi peluang pada keamanan untuk membila nasi rakyat Patani. Kumpulan Wahdah berjaya membina sel-sel mereka sehingga pada keseluruhan tahun 90 han orang -orang Patani telah hampir-hampir menolak jalan Jihad sebagai perjuangan mereka kerana begitu yakin dengan pembelaan dari kumpulan wahdah yang mendapat tempat istimewa disisi penjajah Thai.
Kedudukan orang-orang melayu agak maju sehingga saudara Wan Mohd Nor Mattar pernah dilantik sebagai Menteri Dalam negeri dan Timbalan Perdana Menteri.Perkara ini tak pernah berlaku dalam sejarah orang-orang Patani. Hampir seluruh pembesar-pembesar melayu memberi kepercayaan penuh pada penjajah Thai.

Rupa-rupa nya pihak Thai tidak senang dengan perkembangan terbaharu ini,terutamanya golongan tentera.Kerana bagi tentera jika Negara aman akan hilanglah sumber pendapatan yang besar bagi Jeneral-jeneral mereka.Selepas itu mereka mula mencipta berbagai masaalah dikawasan Patani. Sehingga lah berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap-pemuda yang hanya bersenjatakan parang didalam masjid kerisik pada April 2004 !! Mereka menyerang masjid dengan disaksikan oleh rakyat Patani disekitar masjid Kerisik!!.Mereka menyerang masjid seolah-olah satu peperangan yang besar untuk membunuh orang-orang yang tak bersenjata.!!!!

Pada bulan oktober 2004 mereka melakukan pembunuhan yang lebih kejam.Pembunuhan dilakukan kan keatas penunjuk-penunjuk perasaan yang hanya inginkan jawapan dari penjajah tentang apa yang berlaku keatas enam orang pengawal kampung yang telah ditangkap beberapa hari sebelumnya. Penunjuk-penunjuk perasaan ini di tindas saperti binatang .Hampir seribu orang telah hilang dalam tunjuk perasaan salama enam jam itu.Berbanding dengan tunjuk perasaan ganas oleh bangsa mereka di Bangkok yang berjalan selama empat bulan hanya beberapa orang sahaja di tembak mati.!!!!

Sejarah tentera Thai ini dari dahulu hingga sekarang tidak pernah melayan orang-orang Patani sabagai manusia.Hampir setiap hari orang-orang yang di syakki sebagai pejuang di culik,samaada dibunuh atau di penjara.
Penderitaan dan penindasan yang dialami oleh penduduk Islam di selatan Thailand telah lama bermula. Pertumpahan darah berlaku hampir setiap hari malah pemerintahan di bawah 5 Perdana Menteri yang berlainan masih tetap gagal menyelesaikan persengketaan yang berlaku.
Wardah bt Abdul Rahman
Aktivis SPAQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...