Sumber berita : Harakah edisi 22-25 Jun 2009
- Agama Islam adalah agama kedua terbesar di negara ini.
- Islam dibawa ke Bulgaria sejak beberapa kurun oleh pendakwah khususnya daripada negara Turki hingga ibu negara Bulgaria dinamakan Sofia (seorang sufi yang beramal dengan ilmu tasawwuf) pada 774H.
- Bulgaria pernah mengalami pentadbiran negara berteraskan fahaman komunis suatu ketika dahulu dan kini negara tersebut lebih cenderung kepada fahaman sekularisme. Walau bagaimanapun, masih kelihatan bibit-bibit komunis dalam kalangan pemimpinnya.
- Pada 2005, Bulgaria mula menyertai Kesatuan Eropah. Sejak itu, penentangan terhadap Islam dan umatnya mulai kendur.
- Namun, kejahilan mengenai Islam masih boleh dilihat melalui tindakan pemerintah yang tidak mahu mengambil tahu mengenai Islam dan tekanan yang dikenakan ke atas umat Islam di sana.
- Islam diperlihatkan seolah-olah penghalang bagi sesuatu kemajuan yang ingin dicapai.
- Antara tekanan yang diterima oleh orang Islam di Bulgaria ialah ditunda pembayaran gaji, diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah dan diejek di khalayak ramai.
- Muslim Bulgaria masih mendapat bantuan dan mempunyai hubungan baik dengan negara Arab walaupun negara Arab tidak mahu mengambil tahu masalah dalaman yang berlaku.
- Jabatan Mufti yang diketuai oleh Dr. Mustafa al-Haji kini sedang merangka skim perniagaan bagi merangsang ekonomi umat Islam. Selain itu, program keagamaan disusun bagi menjelaskan Islam kepada umat Islam dan rakyat Bulgaria.
Diringkaskan oleh :
Wardah bt Abdul Rahman