Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Monday, January 12, 2009

White Phosphorus dalam siri serangan Israel

Isnin-12 Januari 2009. Israel Laknatullah kini mula menggunakan semula senjata gila iaitu White Phosphorus (WP) dalam operasi Holocaust (pembasmian etnik) terhadap rakyat Palestin di Gaza. Apakah implikasi senjata kimia gila ini? Berikut adalah beberapa fakta berkaitan dengan WP.

1. Dihasilkan daripada bahan kimia fosforus yang bersifat menghakis dan boleh digunakan sebagai senjata pembakar.

2. WP digunakan dalam bom, peluru meriam, mortar dan senjata jarak pendek.
3. Pertama kali digunakan oleh British semasa Perang Dunia Pertama pada penghujung 1916.

4. Kebelakangan ini digunakan oleh Amerika dalam siri peperangan di Iraq, sebagai senjata bantuan kepada Israel dan digunakan terhadap Lubnan serta Rusia di Chechnya.

5. WP boleh menyebabkan kecederaan buruk kepada mangsa serangan kerana kebakaran berlaku pada organ dalaman dan menyebabkan mangsa tiada harapan untuk sembuh lagi.

6. WP diharamkan di bawah konvensyen Geneva.

Dahulu semasa kekejaman Jepun di Korea dan Asia Tenggara, ramai pemimpin perang barat menyelar Jepun kerana langsung tidak mematuhi Perjanjian Geneva dan peraturan perang antarabangsa. Siapa sebenarnya yang menjadi onar dalam perundangan perang? Israel tidak akan menghentikan bedilan mereka malah akan terus menggunakan senjata gila ini.


oleh: Muhammad Nuruddin Bashah
(rujukan Agensi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...