Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Saturday, January 17, 2009

Perangkap Maut Sekeliling Bumi Palestin Ciptaan Penjajah British dan Yahudi.

Perangkap Maut Sekeliling Bumi Palestin Ciptaan Penjajah British dan Yahudi.

Perangkap maut telah lama dibina sekeliling bumi Palestin dalam usaha yahudi dan dunia Eropah untuk mengekang kebangkitan Umat Islam di Timur Tengah. Dalam perjanjian Sax-Picot ( 1916) telah termaktub suatu persetiaan untuk membahagikan dunia Islam kepada negara-negara kecil serta memecahkan Sham. Perjanjian ini adalah antara Inggeris, Perancis dan Rusia serta didalangi oleh Yahudi.

Perjanjian Balfour pula (1917) berlaku apabila British melalui menteri luarnya James Balfour (berbangsa Yahudi) untuk bersama membantu Lord Rothschild (penguasa Bank yahudi England) agar membina negara penghadang (tembok) di mana umat Islam akan tersekat di sana daripada meneruskan invensi, penyebaran agama atau kekuatan ke arah benua Eropah. Negara ciptaan itulah dikenali sebagai Israel yang dibina dalam celahan rakyat Arab Kan’an Palestin.

Dunia barat cukup menggeruni kekuatan Islam jika mereka berada dibawah suatu payung yang kukuh. Mereka masih ngeri dengan kekalahan tentera Kristian di Andalus oleh tentera Tariq Bin Ziyad iaitu panglima dan hamba kepada Musa An Nusairi Gabenor Afrika Utara suatu ketika dahulu. Mereka hanya berasa lega apabila matinya Panglima Tertinggi Islam Abdul rahman Al Ghafiqi I tangan Raja Perancis Charles Martel di Buwatiah pada tahun 732M . Kematian ini menandakan Islam tidak memasuki keseluruhan wilayah Perancis serta mengekalkan peta Perancis di dala pengaruh Kristian hingga kini. Jika tidak semestinya Eropah tidak seperti mana yang kita lihat hari ini.

Untuk menjayakan pembinaan negara haram Israel ini, barat telah berusaha sebaik mungkin untuk memecahkan kesatuan bangsa Arab Syam (suria) yang dahulunya pernah berada di bawah Empayar Turki Uthmaniyyah.

Pemecahan kesatuan inilah yang mengakibatkan Palestin hari ini berada dalam himpitan Israel dan negara-negara Arab Sham yang hanya menjadi penonton kekejaman malah membantu Israel menggunakan ruang udara, sempadan dan tanah untuk kem-kem ketenteraaan Israel.

Lois XI seorang raja Perancis pernah mencadangkan agar Kristian menguasai wilayah timur untuk memonopoli penguasaan dunia. Cadangan itu disokong oleh Perhimpunan Eropah di Berlin pada tahun 1878 di mana mereka bersetuju menghancurkan Daulah Utmaniyyah serta memecah belahkan negara-negara yang bernaung di bawahnya.

Mereka berjaya memecahkan bumi Sham kepada negera-negara lain seperti Jordan, Lubnan, Syiria dan Palestin. Malah Palestin pula dipecahkan lagi kepada wilayah Isreal Raya.

Di Mesir semangat perkauman Qibtiyyah mula dimainkan semula dalam usaha menimbulkan kejengkelan kebudayaan Islam. Mesir adalah wilayah Musta’rob yang telah diarabkan melalui agama Islam. Penjajah British di bawah arahan Lord Cromer telah menyemai semula ketakjuban rakyat Mesir terhadap ketamadunan Firaun. Mesir akhirnya menjadi anti kepada wakil gabenor Turki serta membantu British menghalau Pasya-pasya Turki dari Mesir. Kristian Mesir mulai bangkit atas nama Qibtiyyah. Bahasa Arab yang fasih telah ditukar kepada Lughah Misriyyah yang membawa semula budaya arab ‘ammi (bahasa pasar) agar membezakan Mesir daripada negara arab lain. Kemudiannya Sosialis mulai menguasai Mesir di tangan Gamal Abdul Nasir. Kini Mesir pula mengikut telunjuk Israel selepas 4 siri peperangan antara tahun 1948 hingga 1973. Terbaru, Mesir menghalang rakyat palestin melarikan diri melalui utara Mesir malah membenarkan Israel menggunakan ruang udara mereka.

British cuba menimbulkan semangat ahli Bait di Jordan serta menabalkan keturunan quraisy sebagai Raja Jordan. Hakikatnya Jordan telah berkiblatkan Amerika hingga kini. Dalam isu Palestin, Jordan bukanlah tempat mengadu bagi rakyat Palestin malah Jordan juga menghalang pelarian Palestin memasuki wilayah mereka.

British juga menggalakkan golongan Kristian Jordan untuk membeli tanah yang banyak di Jordan seeprti di Wadi Al Mujib, wadi Al zalil, Al kufurin, ra’su Al Naqab dan lain-lain agar mereka memiliki autoriti sekaligus menjadi faktor pendesak kepada Kerajaan Uthmaniyyah. Penubuhan tentera khas Kristian (walaupun mereka hanya berjumlah 7% di Jordan) telah termaktub di dalam perlembagaan Jordan.

Begitu juga Lubnan. Api perkauman dan semangat bagi penganut Kristian dibina agar menjadi faktor pendesak kepada Kerajaan Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mengalami kemerosotan selepas Perang dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif .

Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah sentiasa seorang pengikut Syiah. Bolehkah kita gambarkan bagaimana negara umat Islam boleh menerima Presiden yang bukan beragama Islam serta mengharapkan bantuannya pula dalam krisis di Palestin sebagai contoh? Tentu tidak sama sekali. Malah pertentangan antara kerajaan Pusat Lubnan dengan Hizbullah masih berlaku kini. Bantuan teerhadap hamas hanya dilakukan oleh Hizbullah sebuah parti pembangkang di Lubnan dan bukannya daripada induk Lubnan yang merupakan salah satu komponen wilayah Sham. Lihat bagaimana British telah lama merancang untuk memecah belahkan kesatuan Islam di bumi Sham ini.

Dahulu terdapat banyak kem-kem mujahidin di sempadan Lubnan dan Jordan tetapi telah ditutup oleh kerajaan masing-masing. Perang saudara dalam negara Lubnan yang mengakibatkan 150 000 kematian (mengakibatkan perjanjian Taif berlaku sekaligus melantik bukan Islam sebagai Presiden) serta krisis di Jordan adalah antara buah tangan Amerika untuk menghanyutkan umat Islam dalam krisis dalaman.

Syria pula masih sosialis dan hanya membantu Hamas atas dasar twknologi yang sama iaitu teknologi Rusia. Syria dengan idelogi Baath sosialis arabnya akan terus membantu Palestin atas dasar wilayah dan dendam terhadap Israel dalam kes Bukit Golan. Bantuan sebegini tiada akhirnya malah ia merupakan suatu perancangan Amerika semata-mata.

Telah lama Istilah timur tengah juga digunakan secara berleluasa sehingga menenggelamkan kalimah dunia Islam atau dunia Arab. Kalimah Islam ata arab yang menyatukan semua keturunan dan beragama Islam telah dipadamkan secara perlahan-lahan. Inilah agenda salibiyyah yang berjaya dilakukan oleh Zionis dan sekutu mereka di kelangan negara eropah.

Perangkap musuh dalam selimut yang dibina sekeliling wilayah Palestin adalah bertepatan dengan kata-kata Goldman dalam Perhimpunan Intelektual yahudi.
“ Jika kita mahu negara Israel tetap kekal dan berterusan di Timr Tengah, kita perlu mencerai beraikan kaum minoriti yang tinggal di sekitar negara Israel kepada beberapa golongan kecil yang saling curiga mencurigai. Negara Israel pula perlu memainkan peranannya dalam membentuk kaum minoriti tersebut. Ini boleh dijalankan dengan memberi galakan yang berterusan ke arah kewujudan wilayah Syiah Alawiyyah di Syria, Maruniyah di Lubnan, Kristianisasi di Jordan, semangat Kurdis di Iraq serta perkauman qibtiyyah di Mesir ”.

Kita yakin bahawa kesatuan di bumi Sham pasti akan muncul semula berdasarkan Hadis Rasulullah riwayat Muhammad Bin kathir, dari Quzaie, dari Qatadah dan dari Anas Bin Malik,
“ masih ada satu golongan dari umatku yang berjuang menuntut kebenaran, kemunculan mereka berterusan hingga hari kiamat’ sambil tangan Baginda menunjuk ke arah negeri Sham. ( Riwayat Imam Ahmad)


Muhammad Nuruddin Bashah
17 Januari 2008
http://munawwarah.blogdrive.com
http://soldier-of-muhammad.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...