Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Wednesday, January 21, 2009

Israel dituduh guna senjata uranium di Gaza

Israel dituduh guna senjata uranium di Gaza

BANDARAYA GAZA: Negara Arab menuduh Israel menggunakan senjata mengandung uranium dalam serangan selama 22 hari ke atas Gaza ketika Tel Aviv berkata ia sudah mengundurkan semua tenteranya dari wilayah ditakluki Palestin itu menjelang pengisytiharan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat semalam.

Dalam surat bagi pihak duta Arab ditauliahkan di Austria, Putera Mansour Al-Saud, duta Arab Saudi, melahirkan 'kebimbangan mendalam berhubung maklumat itu...bahawa kesan uranium ditemui pada mangsa Palestin.'

Surat itu meminta ketua pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed El-Baradei, segera 'melakukan penilaian radiologi dan fizikal bagi mengesahkan kehadiran uranium menyusut dalam senjata digunakan Israel di Semenanjung Gaza.'



Pegawai misi Israel ke IAEA berkata mereka tidak dapat mengulas tanpa melihat sendiri surat itu. Jurucakap IAEA Melissa Fleming mengesahkan menerima surat berkenaan dan berkata maklum balas akan dikeluarkan kemudian.

Mengikut undang-undang IAEA berhubung penggunaan uranium mengatakan: "Ada risiko mendapat kanser daripada pendedahan radiasi dikeluarkan oleh penyusutan uranium. Risiko itu dianggap berkadaran dengan dos yang digunakan."

Sekurang-kurangnya 1,310 rakyat Palestin dengan lebih 400 daripadanya kanak-kanak, terbunuh manakala 5,400 cedera dalam serangan terbabit. Menteri Luar Israel Tzipi Livni, berkata kematian orang awam adalah tidak disengajakan.

"Kami perlu lakukan operasi ini. Saya rela dengan hakikat kami sudah melakukannya," kata Livni kepada Radio Israel. Ketika gencatan senjata antara Israel dan Hamas berjalan, penduduk Gaza mula menghabiskan saki baki kehidupan yang mereka lalu sebelum pembunuhan kejam Israel bermula 27 Disember lalu. - Agensi

Kuasa nuklear yang diistihar adalah Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, Perancis, Republik Rakyat China, India dan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear untuk lebih terperinci.

Cuba bayangkan bagaimana mungkin Israel akan membenarkan IAEA (Agensi Nuklear Antarabangsa) membuat pemeriksaan selepas tuduhan Israel menggunakan Uranium dalam operasi Cast ead baru-baru ini? Tidak akan berjaya siasatan itu!

(sumber berita harian 22 Januari 2009 dan wikipedia)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...