Tragedi Holocoust mengapa Zionis berbohong
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Tahukah anda tanpa Holocaust, tidak ada alasan bagi Yahudi untuk melakukan pembersihan etnik di Palestin? Makalah ini ditulis untuk mengupas secara agak mendalam berkenaan pembohongan puluhan tahun Zionis berkenaan isu pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi selepas penulis teruja dengan keberanian Presiden Iran mengkritik tragedi tersebut.
Holocaust memang terjadi. Akan tetapi benarkah ia dilakukan hasil terbitan idea Hitler atas semangat Aryan semata-mata atau ada sesuatu yang memandu beliau ke arah tindakan jenayah perang? Jika ia berlaku benarkah jumlah kematiannya terlalu besar atau masih ada keraguan?
Malah terlalu banyak bukti menunjukkan Holocaust adalah konspirasi mega Zionis untuk memaksa Yahudi berhijrah ke Palestin.
Pengarah Adelaide Institute di Australia, Fredrick Toben turut meyakini bahawa Israel diciptakan atas dasar mitos Holocaust. Tanggal 19 Disember 2006, Mehr News Agency melakukan wawancara dengan Toben untuk menanyakan mengapa negara-negara Barat begitu marah ketika Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad mendakwa Holocaust hanya sebuah mitos.
Menurut Toben dalam wawancaranya yang disiarkan oleh laman sesawang TehranTimes, 29 Disember 2006, terdapat 3 fakta penting yang perlu masyarakat antarabangsa fikirkan.
Pertama, persoalan Jerman-Hitler yang memusnahkan Yahudi Eropah secara sistematik. Tidak ada bukti yang kuat untuk hujah ini melainkan perpindahan orang-orang Yahudi. Bersama-sama dengan Yahudi Zionis, Yahudi Jerman tiba di Palestin dengan harta benda mereka. Malah Auschwitz yang dikatakan menjadi kem tahanan Yahudi sebenarnya hanyalah sebuah kilang senjata Jerman yang dimiliki oleh IG Farben. Syarikat ini pula adalah milik Rockfeller yang dianggap raja petroleum Amerika Syarikat yang mengambil untung sepanjang Perang Dunia II. Manakala Yahudi-yahudi itu pula dijadikan pekerja buruh paksa oleh IG Farben, syarikat yang juga milik Yahudi kelas atasan.
Kedua, soal pembunuhan besar-besaran yang dilakukan di bilik-bilik menggunakan gas kimia. Secara teknikal, hal ini mustahil berlaku kerana masa yang diperlukan untuk membunuh 1 juta orang adalah terlalu panjang. Dalam hal ini beliau membandingkan pembohongan Bush tentang serangan mereka di Iraq. Dunia dengan cepat tahu bahawa Bush berbohong tentang senjata pemusnah massa (weapon mass destruction) di Iraq.
Ketiga, beliau berkata ada keraguan terhadap angka 6 juta Yahudi yang dibunuh. Angka ini cuma dongeng dan meskipun pada satu waktu jumlah Yahudi yang dibunuh di Auschwitz dikatakan sebanyak 4 juta orang, kemudian turun menjadi 1-1.5 juta dan sekarang disebut sekitar 500 ribu orang pula , tapi angka 6 juta masih tetap diyakini. Soal beliau mengapa?
Jawapan jelas beliau ini cukup bersungguh dan ia mencerminkan mengapa beliau sebagai rakyat Australia dipenjara di Jerman. Bercerita pengalaman beliau pada tahun 1997,
“Saya melakukan pertimbangan semula tentang Holocaust dengan mendatangi sejumlah hakim di Jerman. Saya melakukan perjalanan lagi ke Jerman pada 1999 dan saya dipenjara selama 7 bulan di Mannheim. Ketika saya bebas pada tanggal 11 November 1999, saya berkunjung ke Iran selama satu minggu. Sambutannya baik. Itulah sebabnya saya datang lagi ke Iran untuk mengikuti Kongres Intifada pada 2001dan 2003. Iran adalah satu-satunya negara di mana rakyatnya tahu bahawa Holocaust adalah palsu belaka.”
Jika dikaji daripada kenyataan Toben ini, beliau begitu teruja dengan sikap rakyat Iran yang sanggup menampilkan kelainan dalam persepsi terhadap Holocoust. Sebenarnya persepsi sebegini bukan sekadar wujud di minda rakyat Iran, malah telah lama bermain dalam wacana-wacana sejarah baik dunia Islam mahupun barat. Namun begitu kekuatan politik amat diperlukan untuk menampilkan pandangan sebegitu. Hingga hari ini, majoriti pemimpin umat Islam menampilkan pandangan yang tunduk dan akur dengan kehendak Israel seperti isu keselamatan Isreal, hak Israel, isu Resolusi 242 yang menyebelahi Israel dan sebagainya.
Walau apa pun Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel cukup tertekan dengan persidangan tersebut sehingga menggelar para peserta sebagai golongan yang sakit. Malah Israel saat itu meroyan ke serata dunia mencanang isu nuklear Iran serta mendesak dunia mengambil tindakan terhadap keganasan Iran. Paling menarik, Koffi Annan bekas Setiausaha PBB dan George Bush yang paling lantang menentang pertikaian Holocaust walaupun atas dasar ilmiah dan sejarah sekaligus menampilkan sikap jelas Amerika sebagai budak suruhan Zionis.
Persidangan itu bukan bermaksud menafikan terus berlakunya pembunuhan beramai-ramai terhadap Yahudi, cuma cuba membahaskan fakta-fakta di dalam atmosfera ilmu yang lebih sihat dan adil. Jumlah mangsa pembunuhan juga cuba dijustifikasi secara berfakta dan logik, malah dosa-dosa Nazi cuba dibicara secara adil dan saksama tanpa ada unsur simpatisme, emosi dan sebagainya.
Yahudi terkenal di seluruh dunia sebagai golongan yang sukakan fakta. Lantaran itu Yahudi mencipta Yahoo, Google, Wikipedia, Facebook dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan ilmu dan fakta sebagai asasnya. Namun begitu dalam hal Holocoust, Amerika dan Israel secara terang-terangan tidak mahukan isu ini diungkit semula atau diwacana secara ilmiah. Malah isu ini dikatakan sebagai isu sensitif! Sedangkan isu inilah yang menatijahkan pengusiran kaum Palestin besar-besaran sepanjang tahun 1946-1960an serta pembunuhan kaum Muslim di Palestin hingga hari ini!
Ini bukan isu sensitif bagi Yahudi, ia isu pokok yang menyebabkan pembunuhan kaum Islam puluhan tahun.
Keputusan PBB untuk membelah bumi Palestin dan meletak komuniti Yahudi di celahan masyarakat Islam adalah suatu keputusan gopoh dan zalim. Ia kononnya sebagai suatu kifarat dosa pihak lain yang membunuh jutaan Yahudi semasa Perang Dunia ke-II dan dosa itu dianggap selesai jika digalas oleh bahu-bahu rakyat Palestin.
Jika Nazi yang dibenci oleh Zionis mengapa Muslim pula yang dikambing hitamkan?
Siapa Nazi?
Dalam sebuah blog terkenal http://hikmatun.wordpress ada menyiarkan 3 agenda besar yang telah dimanipulasikan oleh Illuminati iaitu Communism, Nazism dan Zionism.
Nazi telah diberikan dana dan tajaan oleh banker-banker dari Amerika iaitu Schiff, Rockefeller, Warburg dan lain-lain, sama seperti banker-banker tersebut menaja Zionism di Israel. Kedua-dua negara ini iaitu Jerman (Nazi) dan Amerika Syarikat telah membunuh jutaan manusia.
Jerman (Nazi) dan Amerika Syarikat juga mencetuskan visi globalisasi iaitu untuk menguasai dunia. Antara cita-cita Hitler adalah untuk memerintah dunia. Ramai saintis Nazi diserap masuk ke dalam NASA dan ia suatu yang agak janggal dilakukan oleh pihak yang saling bermusuhan.
Keturunan Adolf Hitler juga ada kena mengena dengan keturunan Rothschild (salah satu keluarga Illuminati). Keturunan Rothschild itu sememangnya berasal dari Jerman yang kemudiannya berpindah membuka perniagaan di Amerika Syarikat. Hitler sendiri mempunyai darah campuran Yahudi. 155,000 askar Nazi juga berdarah Yahudi, termasuk seribu lebih pegawai dan pegawai-pegawai tertingginya. Jadi di mana kedudukan fakta Nazi membunuh Yahudi semata-mata?
Hitler dipercayai adalah agen British dan pernah ke England pada 1912 untuk urusan latihan. Antara yang dipelajarinya adalah untuk mencuci fikiran (brainwash) manusia dan sebagainya. Tempat latihannya adalah di British Military Psych-Ops War School , Tavistock , Devon dan di Ireland. Maklumat tentang Hitler ke England ada tercatat dalam buku catatan adik iparnya , ‘The Memoirs of Bridget Hitler’ (1979).
Zionis sanggup korbankan bangsa sendiri?
Sebenarnya bagi menjawab persoalan ini telah jelas Zionis bukan sekadar sanggup mengkambing hitamkan Muslim, malah kaumnya sendiri!
Dipercayai individu berbangsa Yahudi sendiri yang telah mengapi-apikan semangat Arya kepada Hitler sehingga timbulnya aktiviti Holocaust. Beliau adalah Karl Ernst Haushofer berketurunan Yahudi Jerman yang dilahirkan di Munich, Bavaria (Jerman) pada 27 Ogos 1869. Haushofer berkawan baik dengan Adolf Hitler dan setiausahanya, Rudolf Hess, dua tokoh Nazi yang terkenal. Sehubungan itu, Haushofer dengan mudah mengemukakan teori geopolitik dan teori ras unggul bangsa Arya beliau kepada Hitler.
Mengapa Haushofer yang juga Yahudi Jerman berbuat seperti ini? Jawapannya boleh ditemui dalam sebuah pertemuan rahsia 13 keluarga berpengaruh Yahudi di Judenstaat, Frankfurt, Bavaria, bertempat di kediaman Sir Mayer Amschell Rothschild pada tahun 1773. Dalam pertemuan itu Rotshchild melontarkan dua perancangannya. Pertama, menyusun 25 program penguasaan dunia yang kemudiannya dikenali sebagai Protokol Zionis. Kedua, Rotshchild menyebut nama Adam Weishaupt untuk memimpin organisasi konspirasi moden bernama Illuminati.
Zionis sanggup mempergunakan kebencian Hitler serta megalomania yang dihidapinya terhadap ras Yahudi untuk dijadikan loncatan ke arah kemenangan impian Zionis memiliki negara.
Bayangkan hipokrasi Zionis terserlah apabila sebuah data terbongkar mengambarkan Zionis Jerman pada 21 Jun 1933 pernah menghantar memorandum sokongan terhadap Nazi Jerman. Malah semasa Kongres Zionis 1933 mengadakan undian resolusi menentang Nazi, walaupun 240 undi menentang Nazi manakala 43 sahaja yang menyokong, pimpinan Zionis mengambil sikap veto menyokong Nazi! Bukankah ia suatu yang amat pelik?
Dalam tahun 1933 juga Hitler mengadakan kerjasama dengan Bank Anglo Palestion milik World Zionist Organisation.
Faris Glubb (Britain) dalam bukunya bertajuk ‘Zionist Relation with Nazi Germany’ mencatatkan kolaborasi Zionis-Nazi yang cukup signifikan. Contohnya pada tahun 1932, imigran Yahudi yang berpindah ke Palestin mencapai 9,000 orang dan semasa Hitler menguasai Jerman pada 1933, jumlah Yahudi yang hadir ke Palestin adalah 33,000 orang. Tahun 1934 pula jumlah mereka telah mencapai 40,000. Menjelang tahun 1939, telah ada 445,457 orang Yahudi lari ke Palestin. Bukankah angka ini membanggakan Zionis?
Usaha rahib Yahudi diabaikan
Jika diintai dari usaha Rahib (Rabbi) Yahudi sendiri, memang ada usaha untuk menyelamatkan kaum Yahudi daripada penindasan Eropah tanpa perlu menzalimi Palestin. Rabbi Dov Michael Weissmandel contohnya pernah membuat pelbagai plan dan strategi menyelamatkan warga Yahudi Austia daripada mati 13,000 orang setiap hari.
Namun usahanya tidak dipandang langsung oleh Zionis. Rabbi ini akhirnya terpaksa menulis surat memaki Zionis pada tahun 1944. Zionis lebih rela melihat Yahudi yang degil berhijrah ke Palestin mati daripada hidup degil berpanjangan.
Malah sepanjang Persidangan Holocaust di Iran, Naturei Karta iaitu kelompok Yahudi anti Zionis telah hadir memberi sokongan kepada Iran. Mereka adalah rabbi-rabbi Yahudi yang tegar memegang ajaran Yahudi tanpa memasukkan agenda jahat Zionis dalam pergerakan mereka.
Asal dogeng Holocaust
Mari kita lihat apakah hujah pihak yang menolak wujudnya Holocoust terhadap Yahudi.
• Tiada bukti langsung Nazi memiliki dokumen polisi negara untuk membunuh semua Yahudi.
• Nazi tidak menggunakan gas beracun untuk membunuh Yahudi.
• Angka 5 hingga 6 juta Yahudi yang dikatakan mati adalah terlalu melampau.
Cerita Holocaust pada awalnya dicipta oleh Pihak Berikat semasa Perang Dunia II sebagai propaganda terhadap Jerman. Yahudi (Zionis) menyebarkan mitos ini sebagai sebahagian daripada plot simpatisme bertujuan untuk membolehkan penubuhan tanah air kaum Yahudi di Palestin. Hingga kini mereka meraih simpati dan berjaya mendapatkan sokongan berterusan bagi negara Israel.
Sebenarnya layanan Nazi terhadap Yahudi adalah tidak berbeza daripada apa yang Berikat lakukan kepada musuh-musuh mereka dalam Perang Dunia II. Lihat sahaja senarai kekejaman tentera Jepun, tentera Itali, tentera Amerika dan sekutunya terhadap rakyat negara yang mereka singgah sepanjang Perang Dunia II.
Ramai juga yang menganggap gambar Holocoust daripada Diari Anne Frank adalah rekaan semata-mata.
Pada tahun 1961, ahli sejarah Amerika dan seorang anak murid terkemuka Barnes, David Hoggan menerbitkan Der Erzwungene Krieg (Perang Paksa) di Jerman Barat, yang mendakwa bahawa Jerman telah menjadi mangsa konspirasi Anglo-Poland pada tahun 1939.
Lagi bukti Holocaust satu rekaan Zionis
Lihat bukti-bukti bahawa Holocoust adalah satu konspirasi terbesar Zionis sejak organisasi itu ditubuhkan.
- Maryam Jameela pernah menulis dalam bukunya ‘Penjajah Barat Mengancam’ mengenai konspirasi Holocaoust yang ditaja sendiri oleh Zionis. Beliau menyatakan bahawa pengasas Zionis sendiri iaitu Theodor Herzl berasa bangga menerima bantuan daripada Phleve iaitu orang yang merancang pembunuhan beramai-ramai Yahudi di Rusia pada akhir abad ke-19. Dalam buku diarinya, Herzl menulis bahawa orang yang anti-Yahudi sebenarnya bukan musuh ketat kita (orang Eropah). Mereka akan menjadi sahabat baik yang boleh diharapkan. Negara-negara anti semit suatu hari nanti akan menjadi sekutu kita juga. Bagaimana beliau dapat meramal perubahan sikap di kalangan negara Eropah terhadap Yahudi suatu ketika nanti?
- Dalam buku Herzl bertajuk ‘Jewish State’ yang diterbit pada 1876, beliau menyatakan bahawa penaklukan Yahudi ke atas Palestin adalah sambungan dasar penjajahan barat dan penjajahan Yahudi ke Palestin membuka jalan Barat memasuki dunia Timur/Asia. “Kita memerangi kaum yang tidak beradab dan liar (barbarian) justeru kita mesti kekalkan hubungan baik kita dengan negara Eropah (walaupun ketika itu mereka memusuhi Yahudi).” Sikap optimistik Herzl rupanya berbaloi. Kini hampir 100% negara Eropah menampilkan sikap pro Israel secara langsung atau secara tidak langsung.
- Herzl juga pernah bercerita sikap tuan tanah di Palestin (Arab) yang kononnya berbangga dapat menjual sekeping tanah mereka dengan harga yang mahal kepada orang Yahudi. Anak-anak tempatan Palestin rasa puas hati kononnya dapat menipu Yahudi dengan menjual tanah-tanah mereka dengan harga berlipat kali ganda. Sebenarnya orang Arab itulah yang bodoh dengan masa depan mereka. Kini mereka dapat melihat sendiri akibat kejahilan nenek moyang mereka dipermainkan oleh Yahudi bervisi seperti Herzl.
- Yitzhak Shamir, salah seorang pemimpin kelompok Zionis bernama LEHI yang kemudiannya telah dilantik sebagai Perdana Menteri Israel pernah berjumpa dengan pemimpin Nazi lewat tahun 1941. Pertemuan itu menggunakan nama Irgun (salah sebuah kelompok pengganas Zionis) sebagai proksi.
- Allan Brownfield dalam 'Laporan Washington tentang Hal Ehwal Timur Tengah’ menyebut penubuhan negara bersejarah Yahudi atas dasar kebangsaan dan totalitarian terikat dengan perjanjian dengan Reich Jerman akan kepentingan mengukuhkan masa depan negara Jerman sebagai kuasa di Timur Tengah ... NMO (Irgun), di Palestin menawarkan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam peperangan bagi pihak Jerman .... Nazi menolak cadangan ini bagi pihak Paksi kerana, dilaporkan bahawa kuasa tentera Lehi boleh diabaikan (dianggap tidak berupaya).
- John Quigley dalam makalahnya bertajuk ‘Palestine and Israel : A Challenge to Justice’ (1938) menulis bahawa satu persidangan 31 bangsa telah diadakan di Evian, Perancis untuk membincangkan persoalan dan pengurusan masalah mangsa Nazi. Zionis telah menolak untuk menyertai persidangan itu, malah Zionis risau jika penyelesaian mangsa Holocaous dilakukan di Perancis, ia akan mengurangkan bilangan pelarian Yahudi ke bumi Palestin.
- Boas Evron (penulis Isreal) dalam ‘Jewish State or Israel State?’ menyatakan bahawa telah diputuskan dalam mesyuarat Jewish Agency’s Executive pada 26 Jun 1938 bahawa peranan Zionis adalah memesongkan hala tuju Persidangan Evian tersebut serta memastikan tiada keputusan yang positif terhasil. Zionis risau persidangan ini menatijahkan kesatuan organisasi Yahudi sedunia mengumpul dana untuk membantu mangsa Nazi sedangkan Zionis juga ingin mengumpul dana untuk menawan Palestin dan bukannya untuk membantu mangsa semata-mata.
- Ben Gurion menyatakan jika boleh dipilih antara menyelamatkan semua anak Yahudi di Jerman melalui pemindahan ke England atau dengan pilihan kedua iaitu menyelamatkan setengah sahaja anak Yahudi dengan membawa ke Palestin, beliau sanggup memilih pilihan ke dua. Beliau menyatakan kerisauan meningkatnya simpati di kalangan negara-negara lain terhadap anak-anak Yahudi yang mengakibatkan mereka enggan masuk ke Palestin jika dibantu oleh negara lain. Kenyataan ini diceritakan oleh Tom Segev (ahli sejarah Isreal) dalam tulisan bertajuk ‘The Seventh Million’.
- Ilan Pappe (ahli sejarah Israel) menceritakan dalam The Link (1998) pada 1947, PBB telah menubuhkan United Nations Special Committee on Palestine (UNSCOP) untuk membuat keputusan terhadap Palestin. UNSCOP telah melawat kem-kem pelarian mangsa Holocoust dan mendapati kebanyakan Yahudi berminat untuk berhijrah ke Amerika Syarikat. Kenyataan ini menggagalkan kempen Zionis bahawa masa depan Yahudi Eropah hanya terjamin jika berhubungan dengan komuniti Yahudi di Palestin.
- Gemar Rudolf telah menulis laporan yang pasti dalam ‘The Rudolf Report’. Isinya menyangkal dakwaan bahawa pembunuhan dengan gas terjadi di Auschwitz. Beberapa orang penulis turut menerbitkan laporan yang serupa. Fritjof Meyer dari kelompok sayap kiri di Jerman menyatakan bahawa Auschwitz itu sendiri bukan sebuah kem pembunuhan atau penyeksaan, tetapi pembunuhan dengan menggunakan gas beracun itu terjadi di dua rumah di tanah pertanian di luar kem Auschwitz-Birkenau. Sehingga ke saat ini, tidak seorangpun yang berjaya menemui sisa-sisa rumah di tanah pertanian itu.
Bilangan Yahudi meningkat?
Jika berlaku pembunuhan massa atau Holocaust sepertimana yang dilakukan oleh pengganas Serbia terhadap umat islam Bosnia, pasti jumlah mereka serata dunia akan berkurangan. Akan tetapi fakta ini tidak berlaku pada data taburan umat Yahudi serata dunia.
Bagaimana pula dengan jumlah penduduk Yahudi? Jika dilihat angka Almanak Dunia, terdapat peningkatan sebanyak 584,549 antara tahun 1941 dan 1948. Adakah angka ini mengesahkan kematian Yahudi 6 juta orang?
Perhatikan fakta-fakta bilangan Yahudi daripada Almanak Antarabangsa di bawah:
World Almanac, 1925, mukasurat 752 -- 15,630,000, orang
World Almanac, 1929, mukasurat 727 -- 15,630,000 orang
National Council of Churches 1930 -- 15,600 ,000 orang
Pada 24 Mac 1933, Jewish Newspaper Daily Express -- 14,000,000 Yahudi dianggarkan berada di seluruh dunia.
World Almanac, 1933, mukasurat 419 -- 15,316,359 orang
World Almanac, 1936, mukasurat 748 -- 15,753,633 orang
World Almanac, 1938, mukasurat 510 -- 15,748,091 orang dengan 240,000 orang masih ada di Jerman.
American Jewish Committee Bureau of the Synagogue Council, tahun 1939 -- 15,600,000 orang
World Almanac, 1940, mukasurat 129 -- 15,319,359 orang
World Almanac, 1941, mukasurat 510-- 15,748,091 orang
World Almanac, 1942, mukasurat 849 -- 15,192,089 orang
World Almanac USA, 1947, mukasurat 748 -- 15,690,000 orang
World Almanac, 1949, mukasurat 289-- 15,713,638 orang
Memang benar bilangan Yahudi Eropah berkurang daripada 10 kepada 9.4 juta antara tahun 1928 hingga 1941, tetapi pengurangan ini berlaku sebelum kemunculan Nazi lagi.
Hampir semua Almanak Dunia mencatatkan jumlah Yahudi yang agak stabil tetapi hanya Britannica Book of the Year yang melaporkan bahawa bilangan Yahudi meningkat 600,000, atau 4%.
Bagaimana mungkin 6 juta Yahudi (40% Yahudi Dunia atau 64% Yahudi Eropah) dikatakan mati akibat Holocaust jika bilangan mereka di seluruh dunia menigkat 4%?
261 juta Kristian maut di Eropah dan Rusia
Perang Dunia II telah mengurangkan keseluruhan populasi orang Eropah kepada lebih 25% atau 150 juta orang daripada 542 juta pada tahun 1940 kepada 392 juta pada tahun 1950. Jika populasi orang Yahudi di Eropah sendiri telah menurun dengan jumlah yang lebih kurang sama (25%) atau 2.5 juta orang, sepatutnya hanya tinggal 12.8 juta sahaja Yahudi di seluruh dunia pada tahun 1946.
Jika Almanac 1946 benar, terdapat 3 juta lagi orang Yahudi pada tahun 1946 dan seharusnya semakin bertambah pada tahun 1950. Ini bermakna populasi Yahudi meningkat pada masa yang sama dengan populasi orang Eropah dan Kristian sebahagian besarnya dimusnahkan. Ini bermakna Nazi telah melakukan tugas yang baik mempertahankan Yahudi daripada mempertahankan Kristian.
Lantaran itu statistik kematian sepanjang Perang Dunia II perlu dibahas secara terbuka dan wajar diteruskan. Selagi mana isu Holocaust dianggap terlalu sulit dan eksklusif untuk dihadam oleh seluruh penduduk dunia selagi itulah tindakan Israel menjarah Palestin dijustifikasikan.
Muhammad Nuruddin bin Bashah
31 Laluan Permai Puteh 8,
Taman Siputeh Permai,
31560 Siputeh,
Perak.
017 6291368