Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Monday, February 20, 2012

Dunia Gila Krisis Kerana Minyak

Dunia Gila Krisis Kerana Minyak

Muhammad Nuruddin Bashah

Penulis cukup percaya bahawa majoriti konflik dan perang serata dunia dicetus oleh tangan-tangan ghaib Yahudi melalui pelbagai proksi. Namun begitu, perlu juga ditinjau apakah alat atau komoditi yang dijadikan alasan oleh Barat dan Zionis untuk berkonflik. Selain alasan Islamofobia, alasan ras dan keadilan sejagat, minyak adalah antara materi dan komiditi yang dijadikan objek rebutan untuk mencipta konflik. Jika dalam permainan bola sepak, mencapai gol adalah impian semua pasukan, bola pula dianggap sebagai alat untuk menjadikan permainan itu berlangsung. Dalam hal ini bolehlah kita anggap minyak atau petroleum sebagai ‘bola’ konflik dunia.

Sebatian hidrokarbon ini dikatakan pertama kali dikenal sebagai minyak bumi ditemui di daerah Mesopotamia (Iraq). Bahkan menurut catatan sejarah, orang China juga tahu teknik melombong minyak bumi sejak sebelum Masihi lagi.

Minyak adalah sumber energi yang paling strategik. Walaupun banyak tamadun menggambarkan emas sebagai bahan rebutan terunggul, namun sejak beberapa abad ini, minyak telah menandingi kehebatan emas walaupun semua menyedari minyak akan lupus dan tidak kekal sebagaimana emas yang bersifat tidak aktif dan tidak akan musnah. Hampir seluruh infrastruktur ekonomi industri bergantung pada minyak. Minyak juga mulai menjadi tuhan semua negara dan punca konflik yang berpanjangan.

Robert Mabro dalam tulisannya bertajuk The Political Instability of the Middle East and Its Impact on Oil menyatakan pengeluaran dan perdagangan minyak telah menjadi punca campur tangan pihak asing di negara yang memilikinya. Disebabkan Timur Tengah kini menjadi rezab terbesar minyak, negara-negara ini akan kekal menjadi punca sengketa dan campurtangan ketenteraan daripada negara-negara besar yang mengidamkan minyak.

Tanggal 26 Mei 1908, minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh seorang British di Iran. William Knox D'Arcy yang bertanggungjawab menggali dari satu telaga ke satu telaga yang lain mencari minyak di Persi, kini Iran. Tarikh inilah bermulanya kerancakan persidangan Yahudi sedunia dan menjustifikasikan alasan mereka mengubah cadangan membina negara di Amerika Latin dan Uganda ke bumi Timur Tengah (Palestin).

Enam tahun setelah penemuan minyak di Timur Tengah, William Knox D'Arcy dan Anglo-Persian Oil.Co., hampir bankrap kerana waktu itu pelanggan minyak masih terhad. Pengguna kenderaan bermotor masih sedikit dan hanya jadi mainan orang kaya, kapal laut menggunakan arang batu dan begitu juga generator.

Winston Churchil, Perdana Menteri Britain terpandang keuntungan pada minyak dan beliau inovasikan untuk menggerakkan kapal perangnya pada Perang Dunia I.

Bertahun-tahun kemudian, Anglo-Persian Oil Co. membeli aset-aset industri Jerman yang menjual minyak di Britain sebelum perang. Perusahaan itu ialah British Petroleum yang kemudian diambil alih oleh Anglo Persian dan digelar BP kemudiannya.

“Energynomics” kini menjadi ideologi Baru Dunia

Bagi teknik perlombongan moden, sebenarnya minyak pertama kali ditemui di Amerika Syarikat pada tahun 1859. Pada awal abad ke-20 Amerika hanya menyediakan 4% sumber tenaga dunia dan Amerika menjadi pengeksport minyak pertama.

Hari ini kegilaan terhadap minyak menjadi-jadi kerana hampir 40% sumber tenaga dunia dan hampir 96% tenaga pengangkutan dunia. Selepas perubahan sistem pengangkutan arang batu kepada petroleum, dunia telah menggunakan lebih 875 bilion tong minyak. Lebih 1,000 bilion masih kekal di perut bumi untuk menjadi mangsa perebutan dunia.

Dari sekarang hingga menjelang tahun 2020, penggunaan minyak akan meningkat kepada 60%. Menjelang tahun 2025, bilangan kereta akan meningkat melebihi 1.25 bilion daripada jumlah setakat 2002 iaitu hanya 700 juta sahaja.

Dua negara yang paling banyak menggunakan minyak adalah China dan India di mana kombinasi populasi mereka sahaja merangkumi 1/3 daripada keseluruhan jumlah penduduk dunia. Dalam dua dekad selepas ini, penggunaan minyak China dijangka meningkat 7.5% setiap tahun dan India pula pada kadar 5.5%.

Politik petroleum tidak dapat dipisahkan dengan fahaman ‘energynomic’ iaitu dasar ekonomi dan bisnes berasaskan tenaga. Minyak menjadi aset diplomasi dan ia terbukti menjadi amalan di Timur Tengah pada awal abad ke-20.

Projection of reserves  worldwide

Based on projection of 2002 production levels, BP Statistical Review of World Energy

Matthew Simmons, seorang ahli bank perlaburan tenaga dan bekas penasihat George W. Bush percaya bahawa pengeluaran minyak di Arab Saudi akan berkurangan dan ini memberi isyarat negara itu tidak lagi mampu membekalkan tenaga untuk keperluan antarabangsa.

Pada Jun 2006, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton berkata;

"We may be at a point of peak oil production. You may see $100 a barrel oil in the next two or three years, but what still is driving this globalization is the idea that is you cannot possibly get rich, stay rich and get richer if you don’t release more greenhouse gases into the atmosphere. That was true in the industrial era; it is simply factually not true. What is true is that the old energy economy is well organized, financed and connected politically."

(“Kita mungkin berada pada satu titik kemuncak pengeluaran minyak. Anda boleh melihat $100 bagi satu minyak setong dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, tetapi perkara yang masih memandu idea globalisasi ini adalah idea anda tidak boleh menjadi kaya, kekal mewah dan lebih kaya jika anda tidak melepaskan lebih banyak gas rumah hijau ke dalam atmosfera. Itu adalah benar dalam era industri, ia adalah tidak benar secara fakta. Apa yang benar ialah ekonomi tenaga lama adalah tersusun dengan baik, dibiayai dan berkaitan dengan politik.”)

Pada tahun 1999, Dick Cheney, Timbalan Presiden Amerika dan bekas CEO Halliburton, salah sebuah syarikat khidmat tenaga terbesar dunia berkata;

"By some estimates there will be an average of two per cent annual growth in global oil demand over the years ahead along with conservatively a three per cent natural decline in production from existing reserves. That means by 2010 we will need on the order of an additional fifty million barrels a day. So where is the oil going to come from?....While many regions of the world offer great oil opportunities, the Middle East with two thirds of the world's oil and the lowest cost, is still where the prize ultimately lies, even though companies are anxious for greater access there, progress continues to be slow."

(“Dalam sesetengah jangkaan, akan terdapat purata 2% pertumbuhan tahunan dalam permintaan minyak dunia sejak tahun-tahun akan datang bersama-sama dengan 3% penurunan semula jadi secara konservatif dalam pengeluaran daripada rizab yang sedia ada. Ini bermakna menjelang tahun 2010, kita perlukan lima puluh juta tong tambahan sehari. Jadi dari mana sumber minyak tersebut? .... Walaupun kebanyakan rantau di dunia menawarkan peluang minyak yang besar, Timur Tengah dengan 2/3 daripada minyak dunia dan kos terendah masih merupakan hadiah yang utama, walaupun syarikat begitu ghairah mahu mendapat peluang itu, kemajuan keadaan sememangnya lembab.”)

Kegilaan negara Barat untuk mencampuri dunia Timur Tengah akan semakin rancak apabila ramalan menjelang 2020, 83% daripada bekalan minyak dunia dikawal oleh negara-negara Timur Tengah.

Barat meramalkan jika minyak terus dikuasai oleh negara Arab;

• segelintir pembekal Timur Tengah akan kembali berpengaruh seperti era tahun 1970-an dan sekali lagi dapat menentukan syarat-syarat ke atas pasaran minyak dunia dan memanipulasi harga minyak dan politik dunia.

• pengeluar Timur Tengah akan terus menggunakan hasil minyak mereka untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan, bahan bakar perlumbaan senjata dan menggugat kestabilan serantau.

• rasuah, rejim-rejim zalim akan terus menggunakan hasil minyak sebagai satu cara untuk mengekalkan kuasa mereka.

• kekayaan yang dijana oleh minyak yang kaya dengan negara-negara Timur Tengah akan terus mengalir ke dalam organisasi dan organisasi pengganas menggalakkan radikal Islam.

• AS perlu meningkatkan tentera Amerika di rantau ini untuk memastikan akses kepada minyak. Ini akan meningkatkan semula konflik Amerika di Timur Tengah, sentimen anti-Amerika, dan perpecahan yang mendalam di antara Barat dan dunia Islam.

• ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang disebabkan oleh campur tangan China di Timur Tengah untuk mengaut sendiri minyak dan membekalkan senjata kepada negara-negara Timur Tengah yang bermusuhan dengan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya China.

Berdasarkan model OWEM (OPEC World Energy Model), permintaan minyak dunia dalam tempoh 2002 hingga 2010 dikatakan meningkat sebanyak 12 juta tong setiap hari (bph) menjadi 89 juta bph atau lebih kurang 1.8% per tahun. Tempoh masa yang sama berikutnya (2010-2020), permintaan naik menjadi 106 juta bph dengan pertumbuhan sebanyak 17 juta bph.

Perang Dunia II dan minyak

Perang Dunia II dikaitkan kemunculannya akibat kebangkitan fahaman ras dan fahaman darwinisme yang membawa beberapa negara mulai taksub untuk menguasai seluruh dunia. Dalam aspek lain, Perang Dunia II juga dikaitkan dengan percaturan Zionis untuk menubuhkan negara sendiri sejurus selepas tamat perang. Sebab musabab ini dighairahkan lagi apabila minyak ditemui di Arab Saudi pada tahun 1938. Penemuan minyak di Arab Saudi ini telah mendorong banyak syarikat minyak dari luar negara untuk mencari gali. Akhirnya minyak bukan hanya terdapat di Saudi, malah telah ditemui di Negara Teluk, Iraq, Libya, Mesir dan Algeria.

Sesudah penemuan minyak, sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan bahan bakar petroleum ini sebagai bahan asas untuk mengembangkan sistem ekonomi kapitalis. Pengkaji sejarah akan mengetahui bagaimana Perang Dunia II meletup berpunca dari perebutan minyak.

Jerman telah terpinggir kerana kalah dalam Perang Dunia I. Jerman tidak memiliki sebuah pun telaga minyak dan ketinggalan dalam perlumbaan untuk menguasai minyak. Ekonomi Jerman tidak mungkin berkembang tanpa minyak dan Hitler yang taksub dengan ras Aryan terdorong untuk melancarkan perang.

Menarik mengenai Hitler ialah beliau telah mengarahkan beberapa individu intelek Yahudi untuk membuat kereta Volkswagen yang tidak menggunakan air agar dapat menyeberang padang pasir untuk merampas telaga-telaga minyak di negara-negara Arab yang dimiliki oleh British.

Minyak boleh menjadi alat diplomasi dan menjadi senjata politik yang menakutkan. Semasa Perang Dunia II, penjajahan Jerman ke Afrika dan Rusia juga disebabkan minyak.

Contoh minyak dijadikan senjata berlaku semasa Perang Arab-Israel melalui geopolitik yang mempengaruhi harga minyak. Embargo minyak oleh Liga Arab pada perang Arab-Israel pada 1974 telah menimbulkan krisis minyak pertama dan merupakan satu-satunya pemakaian minyak sebagai senjata politik.

Revolusi Iran pada 1979, yang diikuti perang Iraq-Iran telah mencipta krisis minyak dunia kedua.

Vietnam wayang minyak Amerika

Merujuk tulisan Marshall Douglas Smith (2005) yang berjudul Black Gold Hot Gold menyebutkan bahawa perang Vietnam sebenarnya hanyalah perang yang sengaja dibuat untuk menutupi kepentingan minyak di sepanjang pantai Vietnam atau Laut Cina Selatan. Menurutnya, perang Vietnam adalah perang yang sengaja tidak untuk dimenangkan. Beliau mengatakan perang itu sekadar untuk menutup tindakan Amerika menyukat kandungan minyak di Vietnam.

Pada tahun 1945, akhir Perang Dunia II, ketika Jepun menyerah, Jeneral Douglas MacArthur menjadi Gabenor Militer Jepun. Pembantu Mac Arthur adalah Laurence Rockefeller, salah satu dari empat cucu John D. Rockefeller, pengasas perusahaan minyak AS, Standard Oil yang terkenal. Sebelum Jepun menyerah, AS telah mempersiapkan senjata yang cukup banyak di Pulau Okinawa.

Anehnya sebahagian besar senjata itu dijual kepada pemimpin Vietnam, Ho Chi Minh dengan harga yang sangat murah, atas dasar jasa baik Ho Chi Minh telah membantu Berikat melawan Jepun sepanjang perang.

Namun alasan yang sebaliknya tercatat dalam buku yang ditulis oleh Herbert Clark Hoover, seorang ahli geologi dunia, yang kemudian menjadi Presiden AS ke-31 (1929-1933). Dalam bukunya yang terbit pada tahun 1920, Hoover menyebutkan adanya potensi perlombongan minyak yang sangat besar di kawasan sepanjang pantai Indo-China atau kemudiannya dikenali sebagai Vietnam.

Semasa buku itu diterbitkan, Vietnam masih dikuasai (dijajah) oleh Perancis. Disebabkan kekalahan Jepun pada Perang Dunia II, kesempatan untuk menguasai daerah minyak itu terbuka. Caranya adalah dengan menjual senjata dengan harga murah kepada Ho Chi Minh yang diharapkan dapat mengusir Perancis dari Vietnam.

Ho Chi Minh dikatakan mengingkari perjanjian kerana rahsia buku Hoover telah diketahui oleh banyak pihak, termasuk Perancis, Vietnam, Jepun dan China. Hal inilah yang menyebabkan sejak terlepasnya Vietnam sekitar tahun 1950-an, Perancis marah kepada AS, menyebabkan Presiden Perancis Charles De Gaul ingin keluar dari NATO.

Ho Chi Minh tidak mahu membiarkan Standard Oil menguasai minyak Vietnam. Vietnam akhirnya digelar sebagai komunis, kerana menganggap minyak perlu dikuasai oleh negara, milik masyarakat, sehingga tidak ada ruang bagi kapitalis swasta, seperti Standard Oil untuk mengembangkan agenda kapitalisme.

Meletusnya perang Vietnam selama 20 tahun (1955-1975), yang menurut Smith tak lain adalah akibat “penipuan minyak”. Amerika melawan tentera Vietnam yang senjatanya diperoleh dari AS sendiri dengan harga sangat murah. Meskipun senjata AS sangat hebat dan telah mengorbankan 57,000 orang Amerika dan 500,000 orang Vietnam, Amerika kelihatan cuba melambat-lambatkan perang bagi tujuan propaganda.

Perang Iraq-Iran perjudikan minyak

Di Teluk Parsi, Amerika telah lama menabur benih penyembahan minyak dan mengapikan Perang Iraq-Iran pada 1980. Ketika Iraq cuba menduduki Iran pada September 1980, Washington menyatakan pendirian neutral dan menjatuhkan embargo kepada pihak-pihak yang bertikai.

Namun, ketika Iran mengancam kepentingan minyak Amerika Syarikat di Arab Saudi dan Kuwait, Washington menyokong Iraq dengan memberi pinjaman wang, perisikan, dan jualan senjata secara gelap.

Pencerobohan Iraq ke Kuwait pada 1990 telah membuat harga minyak naik kembali. Bebasnya Kuwait beberapa bulan kemudian telah membantu pengeluaran minyak di kawasan tersebut sehingga memulihkan pasaran dan harga turun semula. Ternyata segala bantuan Amerika ke beberapa negara Timur Tengah bukan atas nama keamanan atau keadilan, sebaliknya menacapkan sekukuhnya betapa minyak adalah tuhan baru yang perlu dijaga dengan baik.

Jadual di bawah menampilkan hakikat penguasaan negara umat Islam dalam pengeluaran minyak.

Rank

Negara

Majoriti

1.

Saudi Arabia

Islam

2.

Kanada

Kristian

3.

Iran

Islam

4.

Iraq

Islam

5.

Kuwait

Islam

6.

United Arab Emirates

Islam

7.

Venezuela

Kristian

8.

Russia

Kristian

9.

Libya

Islam

10.

Nigeria

Islam

11.

United States

Kristian

12.

China

Daoism

13.

Qatar

Islam

14.

Mexico

Kristian

15.

Algeria

Islam

16.

Brazil

Kristian

17.

Kazakhstan

Islam

18.

Norway

Kristian

19.

Azerbaijan

Islam

20.

India

Hindusm

Minyak dan pengaruhnya di Mesir

Krisis politik di Mesir ini telah mempengaruhi ekonomi dunia. Terusan Suez yang merupakan salah satu alur lalu lintas perdagangan terpadat di dunia membuat harga minyak mentah melonjak.

Teori geopolitik yang diajarkan Halford Mackinder (1919) menyatakan bahawa sesiapa pun yang menguasai Timur Tengah, yang dinamainya heartland, dia akan memimpin pertaruhan untuk membangun imperium global.

Isreal sedari awal telah cuba menguasai politik Mesir dan polisi luar Hosni Mubarak sehinggalah revolusi Mesir berlaku pada awal 2011.

Minyak digunakan sebagai senjata politik oleh negara-negara Arab yang terlibat dalam perang Arab-Israel pada 1973-1974. Amerika Syarikat dan sekutunya masih gigih hingga kini merancang agar negara-negara Timur Tengah terpecah dan tidak menggunakan minyak sebagai senjata politik.

Arab Saudi anak emas Amerika kerana minyak

Arab Saudi, pemilik minyak terbesar di dunia, kelihatan cukup dimanjakan oleh Amerika dengan pelbagai bentuk bantuan seperti persenjataan canggih, penasihat tentera dan infrastruktur. Amerika juga cuba melindungi Arab Saudi dan Kuwait dari pencerobohan Iraq pada 1990.

Sebagai balasan, Amerika Syarikat meminta bantuan wang minyak Saudi untuk membiayai operasi CIA menggulingkan regim kiri yang didukung Soviet di Afghanistan, Nikaragua, dan lain-lain.

Arab Saudi yang menjadi boneka Washington tidak mungkin mencegah pencerobohan Amerika ke Iraq pada 2003. Arab Saudi juga bacul melihat Israel menyerang Lebanon pada 2006. Bersama negara-negara Arab lain, Arab Saudi menyokong sekatan ekonomi terhadap Iran atas gesaan Amerika.

2

Amerika naik minyak terhadap Saddam

Tidak akan berlaku Qiamat sehingga tersingkap Sungai Furat (di Iraq) menampakkan gunungan emas (minyak) maka berperanglah manusia kerananya. Akibatnya terbunuhlah daripada setiap seratus, seramai sembilan puluh sembilan orang”. (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menampilkan ramalan Rasulullah berkenaan konflik minyak yang bakal menghancurkan Baghdad iaitu Kota Ilmu Islam suatu ketika dahulu.

Atas alasan apa sekalipun, motif yang sebenarnya adalah minyak! Dengan alasan menyimpan senjata pemusnah massal, Amerika menumbangkan Saddam Hussein dan menguasai Iraq, pemilik takungan minyak ketiga terbesar di dunia. Rakyat Washington cukup sedar motif ini sehingga terungkap dalam poster-poster protes mereka yang berbunyi “No Blood for Oil”.

Minyak sebagai pertukaran keganasan Israel-Amerika

Sebenarnya negara Arab mampu menjadikan minyak dan gas sebagai senjata utama dan strategik mereka untuk mempengaruhi AS dan Britian menghentikan kezaliman Israel.

Negara-negara di Teluk Parsi, termasuk Arab Saudi, Iran dan Iraq, mempunyai rizab minyak sebanyak 679 billion tong atau 66% dari keseluruhan rizab minyak dunia. Mereka juga mempunyai rizab gas cecair asli sebanyak 1918 trillion kaki padu atau pun 35% dari keseluruhan rizab gas cecair asli di dunia ini.

Keseluruhan negara di Asia Barat, kecuali Israel, mempunyai rizab minyak sebanyak 685.6 billion tong dan rizab gas cecair asli sebanyak 2367.9 trillion kadi padu. Pecahannya, adalah seperti berikut:

Arab Saudi: 261.8 billion tong rizab minyak dan 228.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; Iraq, 112.5 ribu billion tong rizab minyak dan 112.6 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; Iran, 89.7 billion tong rizab minyak dan 939.4 trillion kaki padu gas cecair asli; Emiriyah Arab Bersatu: 97.8 ribu juta tong rizab minyak dan 204.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Mengapa minyak tidak menjadi punca kesatuan Arab untuk dijadikan tawaran kepada Israel? Ia disebabkan Islam yang menyatukan ummah tidak menjadi ideologi setiap negara Arab berkenaan. Lantaran itu kekayan mereka bukan menjadi senjata sebaliknya menjadi punca tubuh mereka diratah oleh kebuasan Israel dan proksinya.

Amerika meroyan kerana minyak

Minyak Amerika memang bakal habis dalam msa yang terdekat. Hakikat ini cukup menjadikan AS meroyan. Henry Kissinger, Bekas Setiausaha Negara AS, pernah menyatakan bahawa “minyak adalah satu komoditi penting yang tidak boleh dibiarkan dikuasai oleh negara-negara Arab” hanya menjadi amaran semata-mata kerana pengeluaran minyak di Timur Tengah masih ulung dikuasai oleh Timur Tengah.

Kedudukan telaga minyak dan gas cecair asli di negara-negara bukan Islam (berdasarkan perangkaan 2004) bagi wilayah-wilayah Amerika Utara: 54.2 billion tong rizab minyak dan 282.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, Amerika Tengah dan Amerika Selatan, 96 billion tong rizab minyak dan 250.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, Eropah Barat, 17.7 billion tong rizab minyak dan 182.4 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, Eropah Timur dan Russia: 50.7 billion rizab minyak dan 150.5 trillion kaki padu rizab gas cecair asli manakala China, 24 billion tong rizab minyak dan 42.8 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Perangkaan di atas cukup membimbangkan AS kerana pengeluaran minyak dan gas cecair asli di dunia melainkan di Asia Barat, Asia Tengah dan Lembah Caspian - dijangka merosot dan kering dalam tempoh terdekat. Malah rizab milik Amerika jauh rendah 4 kali berbanding Arab Saudi dan negara Arab lain.

1

Amerika terpaksa terlibat di Libya

Dalam menilai sokongan terhadap Revolusi Libya cuba kita ungkit kembali tragedi pemerintah junta Myanmar yang membantai dahsyat rakyatnya. Tetapi adakah Barat menunjukkan kepedulian seperti yang dilakukannya dalam konflik Libya? Tentu tidak kerana bumi Burma itu tidak memiliki makna strategik bagi Amerika dan sekutunya.

Amerika tidak ingin Libya jatuh ke tangan kelompok yang tidak mampu dikawal pada masa akan datang yang boleh menjadikan minyak sebagai senjata yang merugikan politik barat.

Atas sebab itulah NATO dan AS ghairah untuk masuk ke Libya dan membantu pemberontak, dengan harapan akan ada rundingan balas jasa yang akan diberikan kepada Amerika dan sekutunya.

Dalam erti kata lain Libya kini sudah masuk ke dalam cengkaman Amerika.

Kesimpulan

Hingga tarikh makalah ini ditulis, kiblat dunia masih terhadap minyak. Malah pada malam diisytihar sahaja kenaikan harga petrol, rakyat di negara terbabit akan mengalami kesesakan jalan raya yang amat dahsyat menampilkan keimanan rakyat terhadap minyak. Krisis ini menjadi petunjuk jelas bahawa minyak yang merupakan rezeki Tuhan kepada negara Arab akan tetap menjadi bahana kepada mereka.

Muhammad Nuruddin bin Bashah

31 Laluan Permai Puteh 8,

Taman Siputeh Permai,

31560 Siputeh,

Perak.

017 6291368

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...