Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Tuesday, March 29, 2011

Bekas pemimpin rejim Khmer Rouge kemuka rayuan

Anda tahu tak betapa kejamnya Komunis Kemboja yang bernama Khmer Rouge? Kalau belum sedar kaji lah mulai sekarang

Bekas pemimpin rejim Khmer Rouge kemuka rayuan



PHNOM PENH - Peguam bela kepada bekas pemimpin rejim Khmer Rouge mengemukakan rayuan bagi membebaskannya dari hukuman 30 tahun penjara dalam sidang di Mahkamah Jenayah Perang Kemboja yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Kaing Guek Eav, 68, atau lebih dikenali sebagai Duch didapati bersalah melakukan jenayah perang dan kekejaman terhadap kemanusiaan yang menyaksikan kematian seramai 15,000 mangsa melalui hukuman berbentuk seksaan semasa tertuduh menjadi komandan penjara di penjara Tuol Sleng pada akhir tahun 1970-an.

Perbicaraan terdahulu menyaksikan Guek Eav berulang kali memohon maaf di atas perbuatan tidak berperikemanusiaannya semasa bertugas di pusat tahanan yang turut dikenali sebagai S-21.

Dalam perbicaraan yang diadakan, semalam, peguam Kang Ritheary membahaskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas Guek Eav kerana bukan dia sahaja yang berkhidmat sebagai pemimpin kanan rejim itu dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah tersebut.

Sebelum ini, Guek Eav dijatuhi hukuman 35 tahun penjara tetapi mahkamah bertindak mengurangkan hukuman kerana dia pernah ditahan secara tidak sah selama beberapa tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...