Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Tuesday, March 9, 2010

Washington akan jadikan ketenteraan Tel Aviv terkuat di Asia Tengah!

Washington akan jadikan ketenteraan Tel Aviv terkuat di Asia Tengah!

Posted in Truth News by zainulfaqar on March 9, 2010

Sejauhmana hubungan diplomatik Washington-Tel Aviv menggangu emosi Kuala Lumpur sekarang? | gambar: eramuslim

DEMi mengimbangi kuasa nuklear yang dimiliki oleh Iran, Amerika Syarikat sanggup memperkasa kekuatan ketenteraan Israel supaya kerajaan haram itu boleh menjadi kuasa paling dominan di rantau Asia Tengah.

Memetik wawancara dari Yedioth Ahronoth, iaitu suatu akhbar di Israel, wakil Presiden AS Joe Biden membuat janji mulut sedemikian demi membuktikan bahawa AS masih tetap menjadi sekutu bagi Israel.

“Saya berjanji kepada rakyat Israel (bahawa) kami (AS) sebagai sekutu dalam mengatasi ancaman keamanan yang dihadapi oleh Tel Aviv (Israel), senjata nuklear Iran bukan sahaja (dianggap) ancaman bagi Israel, malah (dianggap) ancaman juga bagi AS,” tegas Biden ketika menghadiri satu majlis diplomasi di Tel Aviv.

Dalam kunjungan kontroversi itu, Biden turut meminta Israel tidak bersikap gelisah dengan pembangunan nuklear di Iran kerana AS berjanji memberi bantuan kententeraan dalam skala yang besar kepada Israel untuk menghadapi Iran di Timur Tengah.

Seperti beberapa tahun sebelum ini, menurut Biden, AS telahpun memberikan bantuan ketenteraan yang begitu banyak kepada Israel untuk menghadapi musuh bersama, iaitu Iran.

“Pemerintahan (Barrack) Obama (iaitu Presiden AS) memberikan bantuan ketenteraan terbesar (sebanyak) USD3 bilion per tahun kepada Israel.”

“Kami (AS-Israel) acapkali mengadakan konsultansi (berhubung) sial pertahanan kedua-dua negara, melipatgandakan keupayaan dan kualiti ketenteraan Israel di (beberapa) kawasan, memperluaskan katihan ketenteraan secara bersama serta kerjasama dalam sistem pertahanan-misil,” jelas beliau, yang juga boleh dipetik dari akhbar elektronik Al-Jazeera versi bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan sokongan kewangan dan ketenteraan AS ke atas Israel membolehkan kerajaan haram itu membantu AS menggagalkan program pembangunan nuklear di Iran.

Beliau berkata, Israel tidak seperti Iran yang merupakan ahli Nuklear Non-Proliferasi serta membuka laluan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat aktiviti nuklear di negeri Iran itu.

Beberapa siri siasatan oleh Pakaran Nuklear dari PBB mengakibatkan badan Tenaga Atom Antarabangsa itu mengesahkan bahawa pengayaan nuklear di Iran bukan bertujuan mengancam keselamatan.

Pun begitu, Washington dan Tel Aviv dilaporkan terus menuduh Iran membangunkan nuklear untuk tujuan ketenteraan, sedangkan Tehran pula menjelaskan bahawa program nuklear tersebut demi memenuhi keperluan am berkaitan teknologi semata-mata. -END

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...