Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Thursday, March 18, 2010

Pelarian Rohingya di Bangladesh Semakin Tertindas

Akhbar Sinarharian pada 2 hari yang lalu (16 Mac) melaporkan kesukaran hidup yang mula mencengkam pelarian Rohingya yang menumpang hidup di bumi Bangladesh. Perkara ini bermula beberapa bulan lalu apabila pihak berkuasa Bangladesh mula mengambil tindakan drastik terhadap pelarian Rohingya di sana dengan menangkap serta menghantar mereka pulang ke Myanmar. Namun, yang lebih memeritkan ialah pelarian Rohingya yang masih selamat di Bangladesh kini terpaksa menyabung nyawa pula bertahan untuk terus hidup lantaran bantuan makanan kepada mereka disekat oleh Bangladesh.

Setakat yang direkodkan, terdapat kira-kira 28 ribu orang Rohingya diberi taraf pelarian oleh Bangladesh dan daripada jumlah ini, 17 ribu berdaftar secara rasmi di kem pelarian Nayapara. Selebihnya tinggal di kem pelarian kedua iaitu di Kutupalong. Pelarian yang tinggal di kem-kem ini menerima bantuan makanan, tempat berlindung dan pendidikan yang diberi atas inisiatif agensi-agensi antarabangsa.

Terdapat sekurang-kurangnya 200 ribu pelarian Rohingya yang tinggal di luar kawasan kem akibat daripada keenganan Bangladesh memberikan status pelarian kepada mereka. Mereka terpaksa tinggal di celahan rumah penduduk setempat atau berdekatan dengan kawasan kem pelarian. Kehidupan mereka nyata lebih buruk berbanding keadaan di kem pelarian hinggakan ada juga yang terpaksa mengemis daripada pelarian Rohingya yang tinggal di kem-kem rasmi ini.

Bangladesh memberi alasan bimbang jika taraf pelarian terus diberi dan mereka ditempatkan di kem-kem pelarian, lebih ramai pelarian Rohingya yang akan terdorong menyeberangi perbatasan Myanmar-Bangladesh. Menurut pegawai di Bangladesh, negara tersebut sudah terlalu sesak.

Laman web AsiaNews juga melaporkan bahawa wakil negara Bangladesh memberi alasan sekatan bantuan makanan dilakukan bagi memastikan bantuan tersebut tidak diberi oleh pihak pengganas. Pada masa yang sama, pegawai PBB telah mengeluarkan kenyataan bahawa kanak-kanak Rohingya bakal berdepan dengan bkebuluran sekiranya bantuan tersebut dihentikan.

"Krisis kemanusiaan (yang dihadapi Rohingya) kian meruncing," kata seorang aktivis, Chris Lewa. Selain berdepan dengan masalah kebuluran, pelarian Rohingya di luar kem turut mmenghadapi masalah dari aspek sanitasi, sumber air yang bersih, kemudahan perubatan serta peluang pekerjaan.

Kira-kira 290 km di selatan Dhaka dalam kawasan Kutupalong, tinggal sebahagian besar pelarian Rohingya yang tidak mempunyai sebarang dokumen dan terpaksa memberi rasuah kepada pegawai perhutanan agar tidak dihantar balik dalam keadaan mereka sendiri di sana tidak berpeluang untuk bekerja.

"Hutan kini dimusnahkan oleh mereka," kata A. F. M. Fazle, seorang pegawai. Dia merujuk kepada kegiatan pelarian Rohingya tersebut yang menebang pokok secara haram untuk dijual sebagai kayu api.

Nasib pelarian Rohingya tidak terbela selagimana negara asal mereka, Myanmar masih meneruskan dasar tidak mengakui etnik ini sebagai salah satu golongan minoriti dari negars tersebut. Dasar pemerintahan junta Myanmar telah mengakibatkan tanah orang Rohingya dirampas dan hak-hak kemanusiaan mereka dinafikan. Keputusan mereka melarikan diri ke Bangladesh, Thailand malah Malaysia sendiri adalah usaha mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup yang telah pasti tidak terjamin di negara sendiri.


Wardah bt Abdul Rahman
Kamunting, Perak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...