Peluru berpandu balistik antara benua
Peluru berpandu balistik antara benua ataupun Intercontinental ballistic missile (ICBM). Peluru berpandu balistik antara benua merupakan peluru berpandu jarak jauh yang mampu mensasarkan mana-mana sasaran di bumi ini.
Peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) adalah peluru berpandu jarak jauh yang menggunakan trajektori balistik yang melibatkan pendakian dan penurunan yang tinggi termasuk penerbangan sub-orbital dan sebahagian trajektori orbital. ICBM tidak banyak beza dari segi teknikal berbanding peluru berpandu balistik seperti IRBM, SRBM atau nama barunya peluru berpandu pentas; ia dibezakan berdasarkan jarak maksima. Jarak maksima ICBM ditakrifkan oleh perjanjian pengawalan senjata, yang mengharamkan orbital atau senjata sebahagian orbital. Hanya tiga negara mempunyai sistem ICBM yang beroperasi, Amerika Syarikat, Russia, dan China, walaupun Korea Utara dipercayai sedang memajukan sistem ICBM.
ICBM awal membentuk kebanyakan sistem pelancar angkasa. Contoh termasuk: roket Atlas, roket Delta, roket Titan, roket R-7, dan roket Proton. ICMB moden cenderung bersaiz kecil (disebabkan peningkatan kejituan dan kepala peledak yang lebih kecil dan ringan) dan mengguna bahan api pepejal, menjadikan mereka kurang berguna sebagai pelancar pesawat angkasa.
ICBM moden biasanya membawa pesawat masuk kembali bebas sasar berganda (MIRV), setiap satu membawa kepala peledak nuklear berasingan, membenarkan sebiji peluru berpandu untuk memusnahkan banyak sasaran. MIRV merupakan perkembangan dari pengurangan saiz dan berat mendadak kepala peledak moden. Ia juga merupakan "jawapan mudah" kepada penggunaan sistem ABM– ia lebih murah untuk menambah kepala peledak kepada sistem peluru berpandu sedia ada berbanding membina sistem ABM yang mampu memusnahkan kepala peledak tambahan. Tambahan lagi ICBM moden cenderung menggunakan bahan api pepejal, yang mampu disimpan untuk jangka waktu yang lama, dan diletakkan sama ada di dalam silo peluru berpandu, yang memberi perlindungan tambahan dari serangan pertama, atau pada kapal selam, atau kereta api yang mudah alih dan oleh itu lebih sukar dijumpai untuk dimusnahkan.
Peluru berpandu luncur yang terbang rendah merupakan pilihan lain kepada peluru berpandu balistik.
Peluru berpandu balistik khusus Amerika Syarikat termasuk:
- roket Atlas (SM-65, CGM-16)
- roket Titan I (SM-68, HGM-25A)
- roket Titan II (SM-68B, LGM-25C)
- Minuteman I (SM-80, LGM-30A/B, HSM-80)
- Minuteman II (LGM-30F)
- Minuteman III (LGM-30G)
- Peacekeeper / MX (LGM-118A, MX)
- Midgetman
- Polaris
- Poseidon
- Trident
Peluru berpandu balistik khusus Soviet/Russian termasuk:
- SS-6 SAPWOOD / R-7 / 8K71
- SS-7 SADDLER
- SS-8 SASIN
- SS-9 SCARP
- SS-11 SEGO
- SS-17 SPANKER
- SS-19 STILLETO
- SS-20 SABER
- SS-24 SCALPEL
- SS-25 SICKLE
Peluru berpandu balistik khusus kapal selam termasuk:
- Kapal selam kelas Benjamin Franklin
- Kapal selam kelas Ohio
- Kapal selam kelas Resolution
- Kapal selam misil balistik tambahan Soviet/Russia