Persatuan Islam Untuk Kemajuan
Rohingya, Arakan, Burma
United Islamic Rohingya Organisation(UNIROD)Arakan, Burma
بسم ا لله ا لر حمن ا لر حيم
أ لسلام عليكم و
ر حمة ا لله و ر بر كا ته
أ و ل هجر ة 1434
Awal Hijrah 1434-2012
مقد مة
Awal Tahun Hijrah (Tahun Baru Islam) 01-01-1434H
adalah salah satu sejarah penting yang telah direkod di mana peristiwa Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda telah berhijrah dari Kota Makkah ke
kota Madinah Al-Munawwarah. Penghijrahan baginda dan para sahabat pada awal Muharram
adalah untuk meneruskan dakwah al-Islamiyyah demi mempertahankan Agama
Allah dan kalimah syahadah serta
mengembalikan Izzah Islam di Kota Makkah dan seluruh alam.
Sejarah Ummat Islam Rohingya
Ringkas
Umat Islam Rohingya adalah kaum beragama Islam yang mengikut ahli Sunnah
Wal Jama’ah dan tinggal di Wilayah Arakan. Sejarah Wilayah Arakan secara
umumnya pernah bertuankan raja yang beragama Islam seperti Sultan Zabuk Shah,
Sultan Salim Shah, dan Sultan Ahmad Shah. Sejak tahun 1614M, wilayah Arakan
(ArakanYoma) adalah sebuah Wilayah Islam sebelum kemerdekaan Burma. Negara
Myanmar telah diisytiharkan pada tahun 1989 selepas rampasan kuasa oleh tentera
pada tahun 1988 dan kekal sehingga ke hari ini.
Pengisytiharan Demokrasi di Myanmar selepas pilihan umum pada 07/11/2009 adalah palsu. Tentera Myanmar
terus memerintah dan mentadbir walaupun Negara tersebut dikatakan demokrasi.
Dalam Hal ini wajarlah kita merujuk pada sejarah dunia Islam
seperti Kesultanan Melayu Melaka yang melaksanakan Undang-Undang Islam pada
zaman pemerintahannya dahulu dan demikian juga dengan Kesultanan Islam Arakan.
Sejarah membuktikan hal ini benar. Misalnya Kerajaan Union Of
Burma pernah menyiarkan dalam rancangan televisyen perihal orang
Rohingya dalam Bahasa Rohingya dan diterbitkan oleh penerbitan Qira’at al-Qur’an TV Burma di Ibu Negara Rangon. Rancangan ini
diterbit oleh Qa’ari Maulana Irsyad dari kampung Udong di Daerah Selatan Maungdaw
Arakan (sekarang telah diisytihar sebagai negeri Rakhine)
Dunia menyaksikan juga bahawa suatu ketika UNION OF BURMA pernah melantik
ahli Perlimen (MP) berbangsa Rohingya dari Wilayah Arakan sebagai ahli parlimen
Kerajaan Burma.
Negara Myanmar yang dulunya dikenali sebagai Burma pada tahun 1989 telah melaksanakan
operasi sebanyak 17 kali terhadap Rohingya secara kejam dan mengusulkan dalam
Perlembagaan Parlimen bahawa kaum Rohingya adalah Pendatang haram di
Myanmar.
Sehingga kini, seramai
1.6 juta umat Rohingya yang menjadi pelarian di seluruh dunia .
Pada tarikh 3 Jun 2012
lalu, kerajaan Myanmar telah berkolaborasi
bersama Pemimpin Rakhine dan memperguna Sami Buddha dan kaum Pemuda Rakhine sebagai alat
untuk melakukan pembunuhan besar – besaran dan menghapuskan Rohingya.Mereka
membunuh, merogol hingga mati dan merampas harta di Wilayah Arakan tampa mempedulikan negara-negara
Islam seperti OIC/ UN/ ASEAN.
Pada 11 Jun 2012 Presiden Myanmar TIEN SIEN yang zalim seumpama zionis di Asean
telah mengisytiharkan kaum Rohingya sebagai bukan warga negara walaupun dalam
masa yang sama Rohingya telah menjadi pegundi
pada hari pilihan raya umu 07/11/2009. Cukup aneh!
Rohingya terus digelar
pendatang haram dari Negara Bangladesh mengakibatkan Bangladesh dan rakyatnya
tidak mengiktiraf pelarian Rohingya malah kapal-kapal dan perahu Muhajirin
Islam Rohingya dihalau semula ke sungai Naf
.
Wahai saudara Seagamaku.
Ini lah nasib umat Islam Rohingya di Myanmar dan seluruh dunia selepas kewafatan
Nabi Muhannad S.AW.
Adakah kita sebagai umat
Islam masih mampu menjaga wasiat dan nasihat Baginda?
Jika ya, mengapa
negara-negara Islam tidak menjadi Al Ansar seperti penduduk di Madinah dan mengapa negara -negara Islam tidak mengiktiraf Muhajirin ini walaupun mereka layak berhijrah ke negara umat
Islam lain, malahan berhijrah adalah seruan Allah.
DUNIA ISLAM Seperti OIC
/ Liga Arab/ ASEAN mahupun United Nation (UN) EU/ASIAIN. Dengarlah seruan! Dimanakah
kedilan dunia ini tehadap minoriti Islam (Al-mustada’afin) seperti Rohingya?
Sedang Kezaliman berlaku
di Burma, berjuta-juta manusia juga telah menjadi Pelarian (al-muhajireen) di
Palestin/ Iraq/ Rusia/ Kasmir/ Afghan/ Gujrat/ Sudan / Somalia/ Cina/ Pakistan/
Bangladesh/ Thailand/ Filpina. Akan tetapi kaum Rohingya adalah yang paling tersengsara dan diketepikan
oleh dunia mahupun dunia jiran sendiri.
Saudara…? Renungkanlah
sendiri adakah wujud orang-orang bukan Islam menjadi pelarian di muka bumi
Allah? Adakah orang-orang bukan Islam diusir, dibakar dan tersengsara di negara-negara
Islam…?
Jawapannya TIDAK..!
Inilah ajaran Islam dan
bukti keadilan Nabi kita Muhammad S.A.W .
Mengapa golongan kuffar yang memusuhi Allah menghina dan menuduh Rasulullah S.A.W
dengan pelbagai label sedangkan di negara-negara Islam
kaum kuffar dan agama mereka selamat
sejahtera. Sebaliknya di negara-negara kuffar umat Islam dan agama mereka kekal
tidak seperti di Arakan Myanmar / Selatan Thailand/ Mindano Filpina dan sebagainya.
Sidang Awal Muharram
1434H,
Marilah kita memupuk kesedaran kesatuan Ummah menjadi suatu realiti demi
Kesatuan Dunia Islam dan membantu mereka yang menghadapi cabaran akhir zaman sebagai
khalifatullah di muka bumi Allah ini.
Allah yang maha
penyayang dan maha kuasa bersama RusulNya telah menjanjikan atas dasarNya ini
Kuasa di Dunia ini akan dikembalikan kepada Pejuang Agama (
خليفة ا لله في ا لا ر ض) untuk ahli-ahli
Penyokong dalam Perjungan Islam demi memelihara Agama Allah dan Umat ن من الله أ جر عظيمفا
لآ تخز ن فا ن ا لله معا
نا و معكم D’t sad I will be retrn Upon you
و ا لسلا م عليكم و رحمة
ا لله و بر كا ته
Penulis adalah Seorang
aktivis Rohingya di Pejabat TERAS. Berjuang bersama Tuan Haji Mohd Azmi (Cikgu
Azmi) sejak Awal Muharram 1429 H- 1434H
(6 Tahun menyertai perjuangan
Islam bersama TERAS-SHURA)
Mohammad Islam Bin
Sultan Ahmad
Penasihat : Persatuan Pemuda Ulama, Arakan نهضة ا لمفكر ين , أ ر كا ن
, بو ما Pengerusi
United Islamic Rohingya
Organisation (UNIROD) Arakan, Burma
AJK : SHURA
Ahli Majlis Syura :
Union of World Rohingya Organisation (UWRO)
Pengerusi : Pusat
Perkhidmatan Pelarian Rohingya (PPPR-TERAS)
Email : pppr-teras@yahoo.com
Fb : mohammad sultan ahmad