Sumber: Majalah i (Jun 2010)
Kempen kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan ternyata berbuah manis bagi kaum Muslim. Sebaik sahja George W Bush semasa menjadi presiden AS memukul genderang perang untuk mengaitkan Muslim dengan keganasan, pertumbuhan Islam justeru berkembang pesat. Hasilnya, kini mulai dapat disaksikan. Di sebahagian wilayah di AS, generasi muda Islam mulai memainkan peranan. Mereka juga mulai dipertimbangkan pengaruhnya dalam arena politik setempat. Bahkan, sebahagian anak muda Islam mulai menjadikan geliat politik di AS sebagai jalan untuk berdakwah.
Seorang pemuda Muslim di Chicago, Dana Jabri, mengaku yakin bahawa satu-satunya cara yang boleh dia tempuh untuk memajukan Muslim di AS adalah terlibat dalam dunia politik. Perempuan berusia 16 tahun keturunan Syria itu pernah bekerja dengan salah seorang tokoh parti yang maju menyertai pilihan raya tempatan. Dia pun mengaku punya keprihatinan kuat terhadap masalah yang kini dihadapi AS. “Saya ingin menjadi senator pertama di AS yang memakai tudung,” ujarnya.
Jabri hanyalah salah seorang dari sekian banyak generasi muda Islam yang ingin memajukan Islam melalui jalur politik. Kebanyakan mereka adalah keturunan para pendatang yangbanyak dirugikan oleh kempen perang global melawan keganasan selepas penyerangan menara kembar WTC. Pengarah eksekutif organisasi pemuda antara agama Chicago, Eboo Patel, mengungkapkan bahawa generasi muda Muslim di AS ketika ini telah berkembang sangat pesat.
“Mereka menjadi generasi yang mempercepat perkembangan Islam,” tuturnya. Kaum muda Muslim ini juga menjadi penerus perjuangan generasi sebelumnya. Patel menambahkan, generasi Muslim pertama di AS telah meletakkan infrastruktur dasar berupa masjid, sekolah, kuburan, juga sistem perkahwinan Islami. Generasi muda Muslim yang ada ketika ini, ujarnya, akan meneruskan langkah tersebut dengan fokus pada organisai awam, termasuk institusi politik.