Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Tuesday, February 2, 2010

Catatan Perjalanan..

Berikut adalah catatan seorang lagi aktivis yang terlibat dalam tinjauan komuniti Rohingya Pulau Pinang

SABTU (23 Muharram 1431H bersamaan 09/01/2010)

Bermula alkisah…

Mentari membiaskan cahayanya ke seluruh permukaan bumi. Terasa hangat panas mentari menyengat2 umbun kepala kami. Namun kami tekad! Akan meneruskan juga misi yang berharga ini. Lebih kurang jam menunjukkan 10.35 pg, kami mula melangkah keluar dari kawasan maktab kami dengan masing2 mengandar sebuah beg di belakang. Langkah dimulakan dengan bacaan Bismillahirrohmanirrohim sebagai mengambil keberkatan n redhaNYA.

Kami berenam (naim pa, kak aini, kak izzah,kak aifa, kak izati & aku ) menuju ke Komtar dengan menaiki bas Rapid Penang dengan tambang RM2 setiap orang. Misi kami hari ini ialah ‘ Menjejak Rohingya !’. Hari ini kami ditugaskan untuk mendapat seberapa banyak yang mungkin maklumat tentang puak pelarian yang malang ini. Tujuan kami hanya satu, membantu mereka. Dengan semangat yang membakar di dada kami melangkah teguh meneruskan misi kami.
Jarum jam tepat menunjukkan pukul 11pg sebaik kami tiba di hadapan Pelangi Mall Pinang. Tidak terdetik pun walau secebis dalam hati kami untuk masuk ke dalam ke dalam Mall itu. Kerana dalam kotak fikiran kami, hanya Rohingya yang muncul. Sebelum memulakan langkah, sekali lagi kami memohon berkat dan redhaNYA dengan memanjatkan doa kepada Yang Maha Penyayang semoga keselamatan kami terjaga dan yang paling penting…. misi kami berjaya!

Kami terus melangkah meyelusuri bangunan2 pencakar langit yang berdiri megah di tengah bandar Georgetown. Dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain plak. Kami terus berjalan menuju ke tempat sasaran yang dikatakan tempat anak2 Rohingya meminta sedekah. Kami berpecah kepada 2 kumpulan. ( *kump 1- naim, kak aini n kak izati *kump.2- kak izzah, kak aifa n aku). Tidak berapa lama kami berjalan memerhati keadaan sekitar, kelihatan berdekatan dengan pondok telefon awam seorang budak perempuan ( mungkin umurnya 13tahun ) bersama dengan seorang kanak2 perempuan.

“ Nung kalih ( kat sana kot )” kataku kepada kak Izzah sambil melirikkan mataku kearah budak perempuan itu. Kak Izzah mengiakan kataku itu. Aku berjalan mendekati budak perempuan itu dengan debaran menghentak kuat di dada ( krn ni kali prtama aku ikut prgrm mcm ni…he3). Manakala, kak izzah n kak aifa sedang bersembang dengan 3 orang kanak-kanak lelaki yang juga sedang meminta sedekah berdekatan situ. Mereka berdua menghulurkan kek lapis sebagai umpan untuk mendekati kanak2 malang tersebut. Aku terus berjalan menghala kearah budak perempuan tadi.

Kelihatan budak perempuan tadi berjalan menjauhi aku sambil menggenggam erat tangan adiknya. Mungkin ingin terus mencari rezeki dengan mengharapkan belas manusia yang bertebaran berdekatan situ. Aku berdiri dengan menyandarkan badanku pada dinding pondok telefon awam sambil berpura2 tidak tahu dengan kewujudan mereka berdua. Seketika kemudian, aku dapati mereka berdua berpatah semula dan berjalan menuju kearahku. Sebaik jaraknya betul2 dekat dengan diriku, budak perempuan tadi menghulurkan bekas plastik kecil berwarna putih kepadaku. Mengharapkan moga2 aku meletakkan sekeping not wang kertas bagi memenuhi keperluan sehari2nya.

Aku memandangnya dengan hatiku sayu melihatkan keadaan dirinya yang sama sekali tidak serupa dengan kehidupanku semasa umurku sebaya dengan umurnya. Aku terus membuka beg duitku dan menghulurkan kepadanya sekeping not wang kertas yang berharga RM1. Sambil2 itu, aku terus memulakan temu bual untuk mendapatkan maklumat tentang puak mereka seberapa banyak yang mungkin.

Nama budak perempuan itu, aisyah. Nama adiknya aku tidak pasti mungkin fatma atau Fatimah. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas ketika aisyah memanggil adiknya kerana bising dengan bunyi kenderaan yang lalu-lalang di situ. Kata Aisyah, ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya terlantar sakit kat rumah. Mempunyai 8 adik-beradik, aisyah yang ke-6. Mempunyai 2 orang abang-seorang bekerja kat alor star dan seorang lagi aku tak pasti mungkin butterworth kot. Menurutnya dia datang ke sini pada hujung minggu dari 9pg hingga 7 petang untuk meminta sedekah dengan orang lalu lalang di sekitar situ. Itulah sahaja maklumat yang aku peroleh daripada Aisyah.

Kemudian aku menemu ramah seorang budak lelaki berumur 5 tahun. Namanya Abdur Rahim. Pada mulanya dia ingin melarikan diri daripadaku, mungkin dia memikirkan aku akan mengapa-apakan dia. Tetapi selepas aku memujuknya, dia bersetuju. Kemudian, aku mengajaknya mencari tempat yang boleh kami melabuhkan punggung. Sebaik kami duduk, aku mengeluarkan sebungkus kek lapis dan menghulurkan kepadanya bagi mengisi perut. Pada tanggapanku mungkin dia lapar.

Kek lapis yang diberi, dipegangnya erat2 tanpa dibuka. Aku memintanya supaya memakan kek lapis yang diberikan. Dia menolak. Aku kehairanan.

“ Nape tak nak makan? Bukalah! ” pintaku bersungguh2.
“ Kat rumah, ade baby, nk bagi kat baby ” jelasnya kepadaku. Aku terkejut. Tahulah aku kenapa Abdur Rahim menolak untuk makan kek lapis tadi. Dalam hatiku, aku terus memuji kebaikan kanak-kanak itu. Walaupun umurnya baru setahun jagung, tapi fikirannya jauh lebih matang. Menurutnya, rumahnya berada di kawasan Bagan Ajam. Ayahnya ditangkap oleh Myanmar( mungkin junta ). Ibunya terlantar sakit kat rumah, sakit sehingga tidak dapat bangun.

Aku mengajukan soalan, kenapa kawan2 yang lain melarikan diri daripada diriku. Aku menyatakan kepadanya bahawa aku bukan orang jahat. Abdur Rahim menggelengkan kepala tidak tahu. Seketika kemudian, kelihatan di kejauhan, seorang kanak2 lelaki yang lebih tua daripada Abdur Rahim ( agakku sekitar 10 tahun ), menjerit memanggil nama Abdur Rahim supaya mendekatinya. Pada mulanya aku tidak mahu melepaskan Abdur Rahim kerana mungkin dia tidak akan datang kepadaku lagi selepas itu. tetapi selepas dipanggil berkali2 oleh budak lelaki yang tidak aku kenali itu, aku melepaskannya dengan memintanya supaya dia memanggil yang lain untuk datang berjumpa denganku.

Aku memerhati sahaja kelibat mereka dari jauh. Tidak semena2, betullah anggapanku tadi, budak yang tidak dikenali tadi terus membawa Abdur Rahim meninggalkan aku. Aku mengeluh berat. Huh! Namun semangatku masih menyala membuatkan aku bersemangat ingin mencari dan mengesan orang2 Rohingya yang berada di sekitar bandar tersebut. Aku terus melangkah menuju ke arah kak izzah n kak aifa berada. Kemudian aku menceritakan apa yang aku alami sebentar tadi.

Menurut kak izzah & kak aifa, ibu kepada kanak2 tadi sebenarnya juga berada di kawasan ini. Kami mengambil keputusan untuk menjejak golongan ibu2 Rohingya pula. Kami terus menggagahkan kaki mencari mereka dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Puas kami mencari, tidak juga kami menemui mereka.

Kemudian kak izzah & kak aifa menunjukkan kepadaku seorang mak cik yang berada lebih kurang 50 meter daripada tempat kami berdiri. Kelihatan dia sedang berdiri berdekatan dengan bus stop yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Mereka mengatakan kemungkinan itu mungkin salah seorang daripada ibu2 Rohingya yang sedang kami cari.
Aku dapati mak cik itu, sekejap2 dia menoleh ke arah kami. Aku terus berpaling membelakanginya. Seketika kemudian, aku melihatnya sekali lagi. Dia masih di situ dengan berkeadaan seperti tadi. Kelihatan dia resah. Aku terus mengambil keputusan untuk mendekati mak cik itu dengan bersendirian. Aku meminta kak izzah & kak aifa supaya menungguku disitu. Aku terus melangkahkan kaki setenang yang boleh.

Sebaik aku melintas jalan untuk mendekati mak cik tadi. Aku dapati dia juga bergerak membelakangiku seolah2 melarikan diri daripadaku. Dia terus berjalan mengikut arus orang ramai yang berjalan di situ tanpa berpaling kepadaku lagi. Oleh kerana orang ramai bersesak2 di situ, aku hanya dapat melihat bahagian kepalanya sahaja yang dilitupi dengan kain tudung yang berwarna putih bersih. Aku terus melangkah ke arahnya berhati2 sambil meredah orang ramai yang sedang lalu-lalang di situ. Jarak antara aku & dia semakin dekat.

Tidak lama kemudian, aku dapati mak cik tadi telah hilang daripada pandanganku. Aku terus mencari ke hulu, ke hilir. Namun hampa, aku tidak menjumpainya. Pada telahanku memang benar, mak cik tadi melarikan diri daripadaku. Aku kehairanan. Kenapa mereka melarikan diri daripadaku? Persoalan itu terus menerus menghentak2 fikiranku. Aku tidak memahaminya.
Aku berjalan berpatah balik menuju tempat kak izzah & kak aifa menunggu sambil mataku liar memerhati sekeliling mencari makcik tadi. Namun tidak juga aku temuinya semasa aku mendekati kak izzah & kak aifa. Kami kecewa. Pada tanggapan kami, mereka(puak Rohingya) telah ‘ mark ’ kami dengan pandangan yang negatif. Sebab itulah kebanyakan mereka melarikan diri daripada kami. Kami amat sedih dengan apa yang terjadi. Kami datang nak tolong mereka, tapi kami pulak yang jd mangsa pandangan negatif mereka. Bagi aku tidak mengapa jika mereka menganggap kami ni orang jahat, mungkin mereka trauma dengan perkara yang terjadi kepada mereka sebelum ini.

Kemudian, kami mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk melepaskan lelah. Kak izzah & kak aifa duduk di atas kerusi yang disediakan berdekatan tempat kami berdiri. Aku masih berdiri berjalan2 sambil melihat barangan yang dijual oleh kedai2 yang ada berdekatan tempat kami berehat. Kemudian aku memberitahu kepada kak izzah & kak aifa untuk berjalan di bahagian tepi bangunan tadi untuk bersiar2. Aku meninggalkan mereka berdua di situ. Aku terus berjalan keseorangan sambil memerhati suasana sekeliling. Bermacam2 ragam manusia yang dapat aku lihat di kawasan itu.

Tidak semena-mena, di kejauhan ( dekat ngan simpang 3 ) aku terlihat sekelompok manusia ( sekitar 20 org ) yang sedang berkumpul di satu tempat yang terbuka. Mereka terdiri daripada kanak2 yang aku terserempak tadi dan 3 orang wanita yang dewasa. Kelihatan kanak2 sedang tekun mendengar kata2 daripada yang diucapkan oleh wanita2 yang jauh lebih berumur daripada mereka sambil duduk mencangkung. Pada tanggapanku, mungkin wanita2 itu sedang mengingatkan kepada kanak2 tentang kehadiran kami yang tidak di undang ini supaya menjauhi kami.

Tetapi malangnya, sebaik sahaja aku berniat hendak menyorok untuk memerhatikan mereka, mereka telah menyedari kehadiran aku di situ. Aku terus melangkah mengikut jalan ke sebelah kanan sambil mencari akal untuk menyapa mereka. Seketika kemudian, aku dapati mereka berjalan ke arahku. Sebaik mereka melintasi aku, aku tidak melepaskan peluang ini untuk menanyakan kepada mereka. Tetapi mereka memandangku dengan pandangan yang pelik tanpa menjawab sepatah pun soalanku tadi.

Aku terus mencuba. Tapi malangnya, mereka terus melarikan diri dengan berlari2 anak sambil mengheret anak2 kecil supaya mengikuti mereka. Kelihatan langkah kanak2 itu tersangkut2 kerana terlalu cepat wanita2 tadi mengheret mereka melarikan diri daripadaku. Aku menghentikan langkahku sambil otakku ligat memikirkan kenapa mereka melarikan diri daripadaku. Jahat sangatkah aku? Terbayang dalam fikiranku air muka salah seorang daripada wanita tadi yang berubah sebaik aku menyapa mereka. Jelas kelihatan ketakutan di raut wajah wanita tadi. Aku semakin tidak memahaminya.

Aku terus menelefon kak izzah untuk memaklumkan apa yang berlaku. Kemudian aku masih memerhatikan mereka berlari2 anak menjauhi aku sementara aku masih berdiri tanpa meneruskan langkahku lagi. Kelihatan2 mereka berlari sambil menoleh ke arah belakang memastikan aku tidak mengejar mereka lagi.

Sebaik mereka betul2 berada jauh daripada pandanganku, aku terus mengekori mereka dengan berhati2. Lagakku seperti seorang penyiasat (…he3). Sekejap-sekejap aku berlari2 anak menuju ke tempat mereka berjalan tadi. Aku terus berjalan lurus ke hadapan. Seketika kemudian aku dapati dihadapanku jalan raya satu hala yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ. Aku dapati mereka telah berada di seberang jalan sambil berlari2 ank lagi.

Aku tersekat kerana kenderaan yang lalu-lalang terlalu banyak. Aku nekad melintas jalan raya yang mempuyai 4 lorong itu untuk menjejak puak Rohingya tadi bagi menerangkan niat sebenar kedatangan kami. Oleh kerana terlalu lama aku tersekat tadi, aku kehilangan jejak mereka sekelompok walaupun aku telah berjaya melintas jalan raya yang sibuk itu. Aku duduk di tepi jalan raya sambil melepaskan lelah. Aku hampa. Kemudian aku mengambil keputusan untuk kembali ke tempat kak izzah & kak aifa berehat td.

Sebaik aku berjumpa dengan mereka berdua, aku menceritakan apa yang terjadi. Aku menyatakan kekecewaanku tidak dapat menjejak mereka. Kemudian selepas kesemuanya berkumpul, kami terus berjalan menuju ke stesen bas yang berdekatan. Kami terus mengambil keputusan untuk pulang ke maktab semula. Ketika itu jam tepat menunjukkan pukul 1.20tgh, kami menaiki bas pulang dengan bayaran RM1 setiap orang.

Kami selamat sampai kat maktab pada pukul 1.35tgh. Aku ngan naim terus menunaikan solat zohor di surau recsam sebagai kesudahan dan penutup kepada perjalanan kami hari ini.

TAMAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...