Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Wednesday, February 3, 2010

Laporan Lawatan Wakil UNHCR ke Tapak Program Rohingya


LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA ENCIK MUHAMMAD DAN WAKIL UNHCR DI PERKAMPUNGAN ROHINGYA,BAGAN DALAM

Tarikh: 1 Februari 2010

Tempat: Madrasah Kampung Bagan Dalam

Masa: 3.00-6.00 petang

MASA

AKTIVITI

TINDAKAN

1.15 pm

Bertolak dari I4P dengan menaiki kereta

Rahim,Izzah,Aifa,Izzati dan Aini berkumpul & bertolak ke Butterworth bersama-sama

2.15 pm

Tiba di Masjid Jamek, Bagan Dalam dan menunggu kedatangan Encik Muhammad.

Encik Muhammad menelefon Izzah untuk bertanyakan arah tempat letaknya Masjid Jamik

2.30 pm

Bertemu Encik Muhammad dan solat Zohor


2.50 pm

Bersama Encik Muhammad,kami bertemu dengan wakil kaum Rohingya Encik Sabri di madrasah tempat kanak-kanak tersebut belajar.

· UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees)

3.00 pm

Kami tiba di madrasah tempat anak-ank Rohingya ini belajar mengaji Al-Quran. Kami agak teruja kerana ramai anak-anak Rohingya sedang membaca al-quran kerana pada pertama kali kami datang, tiada anak-anak yang berada di madrasah tersebut. Mereka tetap meneruskan pembacaan mereka walaupun kehadiran kami sedikit mengganggu konsantrasi mereka.


Kami ke bilik yang sedikit tertutup untuk berbincang beberapa perkara sementara menanti kehadiran wakil dari UNHCR.

3.10 pm

Encik Muhammad menerangkan kepada wakilRohingya, Encik Nur Islam dan Encik Sabri mengenai tujuan kedatangan kami serta kedatangan wakil-wakil daripada UNHCR. Encik Sabri bertanya kepada Encik Muhammad untuk memasukkan lebih ramai anak-anak mereka kerana kesemuanya berjumlah 80 orang,tidak adil kepada yang tidak dapat menyertai program ini.Beliau turut meminta ditubuhkan sekolah bagi anak-anak Rohingya.





Encik Muhammad menerangkan kerelevanan hanya 30 orang murid dipilih untuk program ini bagi mencapai objektif program selepas 3 bulan serta beberapa factor yang perlu diambil kira bagi melancarkan perjalanan program pertama.

3.15 pm

Encik Muhammad menerima panggilan telefon dari wakil UNHCR mengenai arah tuju lokasi madrasah tempat anak-anak Rohingya di mana kami sedang berkumpul. Abang Azmi sukarela untuk menjemput mereka untuk menemui tempat tersebut.


Kami merakamkan beberapa keeping gambar keadaan madrasah tersebut pada waktu itu sementara menanti kedatangan wakil UNHCR.

3.20 pm

Kedatangan wakil dari UNHCR ke madrasah dan kami bersalaman dengan 3 orang wakil UNHCR.

Kami menjemput mereka masuk ke madrasah tersebut. Kami mendapat respon yang sangat baik daripada wakil UNHCR ini yang kesemuanya agak peramah, mesra dan sopan membuatkan kami berasa amat selesa bersama mereka. Mereka kelihatan teruja dengan suasana di tempat tersebut.

- Kanak-kanak Rohingya tekun membaca Al-Quran membuatkan wakil-wakil Rohingya gembira melihat kesungguhan mereka.

- Kami semua mengambil tempat di bilik yang telah disediakan untuk beberapa perbincangan

3.30 pm

Wakil dari UNHCR, bertanyakan kepada Encik Muhammad mengenai perjalanan program ini.

- Penerangan Encik Muhammad mengenai rancangan program yang telah kami rancangkan

3.45 pm

Kami menerangkan kepada wakil UNHCR mengenai modul yang kami telah rancangkan. Kami mempersembahkan kepada mereka modul dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris. Kami dapat melihat wakil dari UNHCR amat berminat dengan program ini dan menyatakan mereka sangat berbesar hati dengan kesungguhan yang kami tonjolkan.

- Bersoal jawab dengan wakil UNHCR berkaitan program dan perancangan kami dari pihak fasilitator program tersebut nanti

4.10 pm

Wakil UNHCR beramah mesra dengan anak-anak Rohingya sambil meninjau keadaan madrasah tersebut.

Wakil dari UNHCR memberikan kad mereka kepada kami untuk memudahkan proses perhubungan kami selepas ini.





- Merakamkan beberapa keping foto

- Wakil dari UNHCR;

· Ellie Al Daqqa (Head, Individual Case Unit)

· Darlinda Kamarul Jabar(Individual Case Unit)

4.20 pm

Wakil Rohingya meminta diri untuk berangkat pulang dan kami bergerak ke restoran yang telah ditempah untuk menikmati jamuan ringan.

- Ketika makan di sana, kami sempat bersembang dengan wakil-wakil UNHCR tersebut mengenai pelbagai perkara berkaitan diri kami dan penglibatan mereka dalam komuniti UNHCR.

5.10 pm

Wakil UNHCR meminta diri untuk ke hotel, tempat penginapan mereka memandangkan mereka masih mempunyai beberapa urusan untuk diselesaikan pada keesokan harinya.

- Kami bergerak ke masjid jamek yang berhampiran untuk solat asar

5.30 pm

Kami bersama Encik Mohammad bergerak ke perkampungan etnik Rohingya sekali lagi untuk mengagihkan daging-daging kambing yang telah ditinkan dari program QURBAN FoodAid di bawah Muslim Aid.

- Etnik Rohingya kelihatan begitu teruja & terharu dengan sumbangan yang disampaikan

- Encik Mohammad mengambil gambar mereka

5.45 pm

Kami berangkat pulang

- Encik Muhammad memberikan RM100 kepada kami sebagai tambang perjalanan kami pada petang itu

Disediakan oleh;

Nur ‘Aifaa Abdullah & Nurul Izzah Yaacob

Tuesday, February 2, 2010

Catatan Perjalanan..

Berikut adalah catatan seorang lagi aktivis yang terlibat dalam tinjauan komuniti Rohingya Pulau Pinang

SABTU (23 Muharram 1431H bersamaan 09/01/2010)

Bermula alkisah…

Mentari membiaskan cahayanya ke seluruh permukaan bumi. Terasa hangat panas mentari menyengat2 umbun kepala kami. Namun kami tekad! Akan meneruskan juga misi yang berharga ini. Lebih kurang jam menunjukkan 10.35 pg, kami mula melangkah keluar dari kawasan maktab kami dengan masing2 mengandar sebuah beg di belakang. Langkah dimulakan dengan bacaan Bismillahirrohmanirrohim sebagai mengambil keberkatan n redhaNYA.

Kami berenam (naim pa, kak aini, kak izzah,kak aifa, kak izati & aku ) menuju ke Komtar dengan menaiki bas Rapid Penang dengan tambang RM2 setiap orang. Misi kami hari ini ialah ‘ Menjejak Rohingya !’. Hari ini kami ditugaskan untuk mendapat seberapa banyak yang mungkin maklumat tentang puak pelarian yang malang ini. Tujuan kami hanya satu, membantu mereka. Dengan semangat yang membakar di dada kami melangkah teguh meneruskan misi kami.
Jarum jam tepat menunjukkan pukul 11pg sebaik kami tiba di hadapan Pelangi Mall Pinang. Tidak terdetik pun walau secebis dalam hati kami untuk masuk ke dalam ke dalam Mall itu. Kerana dalam kotak fikiran kami, hanya Rohingya yang muncul. Sebelum memulakan langkah, sekali lagi kami memohon berkat dan redhaNYA dengan memanjatkan doa kepada Yang Maha Penyayang semoga keselamatan kami terjaga dan yang paling penting…. misi kami berjaya!

Kami terus melangkah meyelusuri bangunan2 pencakar langit yang berdiri megah di tengah bandar Georgetown. Dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain plak. Kami terus berjalan menuju ke tempat sasaran yang dikatakan tempat anak2 Rohingya meminta sedekah. Kami berpecah kepada 2 kumpulan. ( *kump 1- naim, kak aini n kak izati *kump.2- kak izzah, kak aifa n aku). Tidak berapa lama kami berjalan memerhati keadaan sekitar, kelihatan berdekatan dengan pondok telefon awam seorang budak perempuan ( mungkin umurnya 13tahun ) bersama dengan seorang kanak2 perempuan.

“ Nung kalih ( kat sana kot )” kataku kepada kak Izzah sambil melirikkan mataku kearah budak perempuan itu. Kak Izzah mengiakan kataku itu. Aku berjalan mendekati budak perempuan itu dengan debaran menghentak kuat di dada ( krn ni kali prtama aku ikut prgrm mcm ni…he3). Manakala, kak izzah n kak aifa sedang bersembang dengan 3 orang kanak-kanak lelaki yang juga sedang meminta sedekah berdekatan situ. Mereka berdua menghulurkan kek lapis sebagai umpan untuk mendekati kanak2 malang tersebut. Aku terus berjalan menghala kearah budak perempuan tadi.

Kelihatan budak perempuan tadi berjalan menjauhi aku sambil menggenggam erat tangan adiknya. Mungkin ingin terus mencari rezeki dengan mengharapkan belas manusia yang bertebaran berdekatan situ. Aku berdiri dengan menyandarkan badanku pada dinding pondok telefon awam sambil berpura2 tidak tahu dengan kewujudan mereka berdua. Seketika kemudian, aku dapati mereka berdua berpatah semula dan berjalan menuju kearahku. Sebaik jaraknya betul2 dekat dengan diriku, budak perempuan tadi menghulurkan bekas plastik kecil berwarna putih kepadaku. Mengharapkan moga2 aku meletakkan sekeping not wang kertas bagi memenuhi keperluan sehari2nya.

Aku memandangnya dengan hatiku sayu melihatkan keadaan dirinya yang sama sekali tidak serupa dengan kehidupanku semasa umurku sebaya dengan umurnya. Aku terus membuka beg duitku dan menghulurkan kepadanya sekeping not wang kertas yang berharga RM1. Sambil2 itu, aku terus memulakan temu bual untuk mendapatkan maklumat tentang puak mereka seberapa banyak yang mungkin.

Nama budak perempuan itu, aisyah. Nama adiknya aku tidak pasti mungkin fatma atau Fatimah. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas ketika aisyah memanggil adiknya kerana bising dengan bunyi kenderaan yang lalu-lalang di situ. Kata Aisyah, ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya terlantar sakit kat rumah. Mempunyai 8 adik-beradik, aisyah yang ke-6. Mempunyai 2 orang abang-seorang bekerja kat alor star dan seorang lagi aku tak pasti mungkin butterworth kot. Menurutnya dia datang ke sini pada hujung minggu dari 9pg hingga 7 petang untuk meminta sedekah dengan orang lalu lalang di sekitar situ. Itulah sahaja maklumat yang aku peroleh daripada Aisyah.

Kemudian aku menemu ramah seorang budak lelaki berumur 5 tahun. Namanya Abdur Rahim. Pada mulanya dia ingin melarikan diri daripadaku, mungkin dia memikirkan aku akan mengapa-apakan dia. Tetapi selepas aku memujuknya, dia bersetuju. Kemudian, aku mengajaknya mencari tempat yang boleh kami melabuhkan punggung. Sebaik kami duduk, aku mengeluarkan sebungkus kek lapis dan menghulurkan kepadanya bagi mengisi perut. Pada tanggapanku mungkin dia lapar.

Kek lapis yang diberi, dipegangnya erat2 tanpa dibuka. Aku memintanya supaya memakan kek lapis yang diberikan. Dia menolak. Aku kehairanan.

“ Nape tak nak makan? Bukalah! ” pintaku bersungguh2.
“ Kat rumah, ade baby, nk bagi kat baby ” jelasnya kepadaku. Aku terkejut. Tahulah aku kenapa Abdur Rahim menolak untuk makan kek lapis tadi. Dalam hatiku, aku terus memuji kebaikan kanak-kanak itu. Walaupun umurnya baru setahun jagung, tapi fikirannya jauh lebih matang. Menurutnya, rumahnya berada di kawasan Bagan Ajam. Ayahnya ditangkap oleh Myanmar( mungkin junta ). Ibunya terlantar sakit kat rumah, sakit sehingga tidak dapat bangun.

Aku mengajukan soalan, kenapa kawan2 yang lain melarikan diri daripada diriku. Aku menyatakan kepadanya bahawa aku bukan orang jahat. Abdur Rahim menggelengkan kepala tidak tahu. Seketika kemudian, kelihatan di kejauhan, seorang kanak2 lelaki yang lebih tua daripada Abdur Rahim ( agakku sekitar 10 tahun ), menjerit memanggil nama Abdur Rahim supaya mendekatinya. Pada mulanya aku tidak mahu melepaskan Abdur Rahim kerana mungkin dia tidak akan datang kepadaku lagi selepas itu. tetapi selepas dipanggil berkali2 oleh budak lelaki yang tidak aku kenali itu, aku melepaskannya dengan memintanya supaya dia memanggil yang lain untuk datang berjumpa denganku.

Aku memerhati sahaja kelibat mereka dari jauh. Tidak semena2, betullah anggapanku tadi, budak yang tidak dikenali tadi terus membawa Abdur Rahim meninggalkan aku. Aku mengeluh berat. Huh! Namun semangatku masih menyala membuatkan aku bersemangat ingin mencari dan mengesan orang2 Rohingya yang berada di sekitar bandar tersebut. Aku terus melangkah menuju ke arah kak izzah n kak aifa berada. Kemudian aku menceritakan apa yang aku alami sebentar tadi.

Menurut kak izzah & kak aifa, ibu kepada kanak2 tadi sebenarnya juga berada di kawasan ini. Kami mengambil keputusan untuk menjejak golongan ibu2 Rohingya pula. Kami terus menggagahkan kaki mencari mereka dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Puas kami mencari, tidak juga kami menemui mereka.

Kemudian kak izzah & kak aifa menunjukkan kepadaku seorang mak cik yang berada lebih kurang 50 meter daripada tempat kami berdiri. Kelihatan dia sedang berdiri berdekatan dengan bus stop yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Mereka mengatakan kemungkinan itu mungkin salah seorang daripada ibu2 Rohingya yang sedang kami cari.
Aku dapati mak cik itu, sekejap2 dia menoleh ke arah kami. Aku terus berpaling membelakanginya. Seketika kemudian, aku melihatnya sekali lagi. Dia masih di situ dengan berkeadaan seperti tadi. Kelihatan dia resah. Aku terus mengambil keputusan untuk mendekati mak cik itu dengan bersendirian. Aku meminta kak izzah & kak aifa supaya menungguku disitu. Aku terus melangkahkan kaki setenang yang boleh.

Sebaik aku melintas jalan untuk mendekati mak cik tadi. Aku dapati dia juga bergerak membelakangiku seolah2 melarikan diri daripadaku. Dia terus berjalan mengikut arus orang ramai yang berjalan di situ tanpa berpaling kepadaku lagi. Oleh kerana orang ramai bersesak2 di situ, aku hanya dapat melihat bahagian kepalanya sahaja yang dilitupi dengan kain tudung yang berwarna putih bersih. Aku terus melangkah ke arahnya berhati2 sambil meredah orang ramai yang sedang lalu-lalang di situ. Jarak antara aku & dia semakin dekat.

Tidak lama kemudian, aku dapati mak cik tadi telah hilang daripada pandanganku. Aku terus mencari ke hulu, ke hilir. Namun hampa, aku tidak menjumpainya. Pada telahanku memang benar, mak cik tadi melarikan diri daripadaku. Aku kehairanan. Kenapa mereka melarikan diri daripadaku? Persoalan itu terus menerus menghentak2 fikiranku. Aku tidak memahaminya.
Aku berjalan berpatah balik menuju tempat kak izzah & kak aifa menunggu sambil mataku liar memerhati sekeliling mencari makcik tadi. Namun tidak juga aku temuinya semasa aku mendekati kak izzah & kak aifa. Kami kecewa. Pada tanggapan kami, mereka(puak Rohingya) telah ‘ mark ’ kami dengan pandangan yang negatif. Sebab itulah kebanyakan mereka melarikan diri daripada kami. Kami amat sedih dengan apa yang terjadi. Kami datang nak tolong mereka, tapi kami pulak yang jd mangsa pandangan negatif mereka. Bagi aku tidak mengapa jika mereka menganggap kami ni orang jahat, mungkin mereka trauma dengan perkara yang terjadi kepada mereka sebelum ini.

Kemudian, kami mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk melepaskan lelah. Kak izzah & kak aifa duduk di atas kerusi yang disediakan berdekatan tempat kami berdiri. Aku masih berdiri berjalan2 sambil melihat barangan yang dijual oleh kedai2 yang ada berdekatan tempat kami berehat. Kemudian aku memberitahu kepada kak izzah & kak aifa untuk berjalan di bahagian tepi bangunan tadi untuk bersiar2. Aku meninggalkan mereka berdua di situ. Aku terus berjalan keseorangan sambil memerhati suasana sekeliling. Bermacam2 ragam manusia yang dapat aku lihat di kawasan itu.

Tidak semena-mena, di kejauhan ( dekat ngan simpang 3 ) aku terlihat sekelompok manusia ( sekitar 20 org ) yang sedang berkumpul di satu tempat yang terbuka. Mereka terdiri daripada kanak2 yang aku terserempak tadi dan 3 orang wanita yang dewasa. Kelihatan kanak2 sedang tekun mendengar kata2 daripada yang diucapkan oleh wanita2 yang jauh lebih berumur daripada mereka sambil duduk mencangkung. Pada tanggapanku, mungkin wanita2 itu sedang mengingatkan kepada kanak2 tentang kehadiran kami yang tidak di undang ini supaya menjauhi kami.

Tetapi malangnya, sebaik sahaja aku berniat hendak menyorok untuk memerhatikan mereka, mereka telah menyedari kehadiran aku di situ. Aku terus melangkah mengikut jalan ke sebelah kanan sambil mencari akal untuk menyapa mereka. Seketika kemudian, aku dapati mereka berjalan ke arahku. Sebaik mereka melintasi aku, aku tidak melepaskan peluang ini untuk menanyakan kepada mereka. Tetapi mereka memandangku dengan pandangan yang pelik tanpa menjawab sepatah pun soalanku tadi.

Aku terus mencuba. Tapi malangnya, mereka terus melarikan diri dengan berlari2 anak sambil mengheret anak2 kecil supaya mengikuti mereka. Kelihatan langkah kanak2 itu tersangkut2 kerana terlalu cepat wanita2 tadi mengheret mereka melarikan diri daripadaku. Aku menghentikan langkahku sambil otakku ligat memikirkan kenapa mereka melarikan diri daripadaku. Jahat sangatkah aku? Terbayang dalam fikiranku air muka salah seorang daripada wanita tadi yang berubah sebaik aku menyapa mereka. Jelas kelihatan ketakutan di raut wajah wanita tadi. Aku semakin tidak memahaminya.

Aku terus menelefon kak izzah untuk memaklumkan apa yang berlaku. Kemudian aku masih memerhatikan mereka berlari2 anak menjauhi aku sementara aku masih berdiri tanpa meneruskan langkahku lagi. Kelihatan2 mereka berlari sambil menoleh ke arah belakang memastikan aku tidak mengejar mereka lagi.

Sebaik mereka betul2 berada jauh daripada pandanganku, aku terus mengekori mereka dengan berhati2. Lagakku seperti seorang penyiasat (…he3). Sekejap-sekejap aku berlari2 anak menuju ke tempat mereka berjalan tadi. Aku terus berjalan lurus ke hadapan. Seketika kemudian aku dapati dihadapanku jalan raya satu hala yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ. Aku dapati mereka telah berada di seberang jalan sambil berlari2 ank lagi.

Aku tersekat kerana kenderaan yang lalu-lalang terlalu banyak. Aku nekad melintas jalan raya yang mempuyai 4 lorong itu untuk menjejak puak Rohingya tadi bagi menerangkan niat sebenar kedatangan kami. Oleh kerana terlalu lama aku tersekat tadi, aku kehilangan jejak mereka sekelompok walaupun aku telah berjaya melintas jalan raya yang sibuk itu. Aku duduk di tepi jalan raya sambil melepaskan lelah. Aku hampa. Kemudian aku mengambil keputusan untuk kembali ke tempat kak izzah & kak aifa berehat td.

Sebaik aku berjumpa dengan mereka berdua, aku menceritakan apa yang terjadi. Aku menyatakan kekecewaanku tidak dapat menjejak mereka. Kemudian selepas kesemuanya berkumpul, kami terus berjalan menuju ke stesen bas yang berdekatan. Kami terus mengambil keputusan untuk pulang ke maktab semula. Ketika itu jam tepat menunjukkan pukul 1.20tgh, kami menaiki bas pulang dengan bayaran RM1 setiap orang.

Kami selamat sampai kat maktab pada pukul 1.35tgh. Aku ngan naim terus menunaikan solat zohor di surau recsam sebagai kesudahan dan penutup kepada perjalanan kami hari ini.

TAMAT

Laporan Tinjauan Komuniti Rohingya di Pulau Pinang

Berikut adalah laporan tinjauan yang dilakukan oleh sukarelawan Muslim Aid ke atas komuniti Rohingya di Pulau Pinang.

SABTU (9 JANUARI 2010)
10.30 am -Bertolak dari I4P menaiki bas RapidPenang ke Komtar Bayaran rm2 seorang
11.00 am -Tiba di Komtar dan bacaan doa oleh Abdillah
11.15 am - Menuju ke Chowrasta dan kami berpecah kepada dua kumpulan
-Naim,Aini,Izzati (Rahim tidak dapat mengikuti kerana perlu balik ke kampung untuk menguruskan kenduri)
-Abdillah,Izzah,Aifaa Kami bergerak menghala ke arah yang bertentangan
11.20 am - Kami cuba mendapatkan data dan maklumat sebanyak mungkin mengenai masyarakat Rohingya di Pulau Pinang dengan berbual dengan kanak-kanak Rohingya. Kesukaran berinteraksi dengan mereka sedikit mengugat kami kerana maklumat yang diberikan berubah-ubah. Kami memberi air dan kek lapis Apollo kepada kanak-kanak dan ibu tunggal. Kami cuba menjerat hati mereka untuk lebih selesa dengan kami.
11.30 am - Kami bertemu dengan pak cik pengayuh beca dan penjual jeruk yang menjerit memanggil mereka untuk datang kepada kami da secara tidak sengaja ini menyebabkan kanak-kanak Rohingya ketakutan dan lari daripada kami
- mereka menganggap kaum rohingya ini mempunyai sindiket dan mempertikaikan tindakan kerajaan membenarkan mereka datang ke Malaysia Kami menerangakn kepada pak cik tersebut bahawa mereka bukan lah mempunyai sindiket, mereka terpaksa melarikan diri daripada pemerintah mereka di Myammar yang kejam terhadap etnik mereka, dan mereka hanya mapu meminta sedekah kerana tidak dibenarkan terlibat dengan sektor pekerjaan.
11.45 am - Kami terpaksa berpecah dan cuba mencari di sekitar market dan sekeliling bangunan, namun tidak menjumpai mereka Berkumpul & berbincang seketika untuk mengatur strategi lain. – memasuki kawasan2 dalam gerai
12.30 pm - Kami bergerak ke Komtar kerana menurut Abdillah beliau melihat mereka berkumpul di kawasan situ untuk melarikan diri daripada kami. Menjejaki mereka ke seluruh kawasan Komtar
1.10 pm - Kami mengambil keputusan untuk balik semula ke maktab dan datang ke esokan harinya memandangkan tiada satu pun kelibat mereka(orang2 peminta sedekah Rohingya)
-Abdillah dan Naim mencadangkan kami terus ke Butterworth namun kerana kebimbangan akan tempat yang tidak pasti tujui jika kami meneruskan perjalan ke Butterworth sementelahan kami yang perempuan agak kepenatan kerana sepagian mengejar anak-anak Rohingya ini. Datang semula esok hari dan akan perbaiki strategi
-cara kami mendapatkan maklumat,
-menampilkan air muka yang ceria dan tidak serius sehingga mungkin menakutkan mereka
-cara berjalan
-tidak berkumpul serentak dalam satu-satu masa semasa menemui mereka
-mengambil masa yang lebih panjang untuk bercakap dengan mereka da tidak terlalu berterus terang mengenai tujuan kedatangan kami kerana ia mungkin menakutkan kami
-tidak berbual2 dan megambil maklumat daripada masyarakat sekeliling kerana ini akan menakutkan kanak-kanak dan ibu2 kaum Rohingya kerana bimbang kami datang untuk menangkap mereka.

AHAD (10 JANUARI 2010)

2.00 pm - Bertolak dari I4P menaiki bas Milan ke Komtar Tiket rm1
2.20 pm - Tiba di Komtar dan bacaan doa oleh Abdillah Sedikit teruja dengan ‘plan’ baru
2.30 pm - Menuju ke Chowrasta dan bertemu dengan Rahim dan Zulzhafran di depan balai polis untuk dapatkan maklumat yang mereka perolehi (Rahim dan Zulzhafran berada di Chowrasta sejak jam 11 pagi dengan bermotor) Berbincang serba sedikit dan berpecah kepada 4 kumpulan kecil:
1)Rahim & Zulzhafran
2)Abdillah & Naim
3)Aifa & Izzah
4)Izzati & Aini
2.45 pm - Kami bergerak secara berpasangan supaya tidak ketara yang kami datang secara berkumpulan (mungkin akan menakutkan mereka (Rohingya). Kelihatan mereka berkeliaran di serata tempat. Dalam 15 orang(ibu & kanak-kanak). Bergerak seperti pengunjung lain
2.50 pm - Aifa dan Izzah- kami mendekati seorang wanita yang sedang mendukung anaknya yang berusia kira-kira stahun dan cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai keluarganya,tempat tinggalnya.
Menurut wanita tesebut,dia tinggal bersama 7 orang anaknya di sebuah rumah pangsa di Bagan Dalam dengan sewa RM150 sebulan. Suaminya ditangkap polis pada bulan jun tahu lepas.
-Aini dan Izzati pula mendekati mak cik (Rohingya) berdekatan kami untuk mendapatkan maklumat.
Aini: puak2 Rohingya tak sefahaman , menyuruh kami menangkap kaum mereka yang lain supaya pesaing mereka tidak ramai dan mereka akan mendapat duit sedekah yang banyak.
-Rahim dan Zulzhafran ke masjid untuk solat zohor dan juga cuba untuk mendapatkan maklumat di sana.
-Naim dan Abdillah mencari kanak-kanak dan kaum ibu Kami mendapat maklumat namanya ;
Mariah Bt Ismail
UHNCR Card No: 354-06C0035
Alamat : No.2,Tingkat 5,BC, berhampiran Pasific Mall
3.10 pm - Izzah mencadangkan untuk bergerak ke Butterworth memandangkan mereka(rohingya) masih belum menampakkan tanda-tanda untuk pulang ke rumah mereka.kami berkumpul di hadapan ruangan menunggu bas dan berbincang untuk terus pergi ke Butterworth walaupun tanpa mengetahui tempat sebenar petempatan kaum Rohingya ini Kami cuba untuk meneruskan perjalanan dan yakin berdasarkan maklumat tempat tinggal mereka yang rata-rata berdekatan Butterworth, Bagan Ajam dan Bagan Dalam
3.20 pm - Sambil menunggu bas, kami bertanyakan kepada wanita Rohingya tempat tinggal mereka di Butterworth, Bagan Ajam, Bagan Dalam dan Pasific
-mereka agak keberatan untuk menjawab kerana mereka amat berhati-hati dan kebimbangan untuk mempercayai orang luar.
-kami memberi wang sedekah dan air cendol untuk seorang peminta sedekah yang mendukung bayinya yang sedang menyusu. -bergerak ke Butterworth
3.45 pm -kami menaiki bas RapidPenang Shuttle yang percuma dari Chowrasta ke Jetty kami berbincang mengenai agenda seterusnya untuk terus mnyeberang ke Butterworth. Beberapa maklumat yang diperolehi:
-mereka hanya memelanjakan rm1.20 sahaja sehari untuk pengangkutan iaitu bg bayaran feri ke seberang penang. Pengangkutan bas adalah percuma untuk sekitar jeti(termasuk kawasan komtar)
4.00 pm - Kami menaiki feri ke Butterworth
4.30 pm - Kami tiba di Butterworth dan berhenti solat Asar di surau
-sempat bertanyakan kpada polis yang berkawal di situ mengenai etnik Rohinya, menurut pegawai polis tersebut ; Encik Zaidi, kanak-kanak dan etnik Rohingya tidak dibenarkan meminta sedekah di kawasan hentian bas,jika tidak mereka akan ditangkap.Encik Zaidi kemudian menunjukkan arah untuk ke flat dan kampung etnik Rohinya Kami solat asar dan meneruskan perjalanan
5.00 pm - Hujan turun dengan lebat. Ketika berteduh menanti hujan reda, Aifa & Izzah sempat berbual untuk menambahkan maklumat ttg penempatan Rohingya kpd penjual burger.Berdasarkan maklumat daripada abang yang menjual burger di situ, kami meneruskan perjalanan ke Bagan Dalam untuk ke kampung Musang kerana di sana terdapat petempatan kaum Rohingya dan dikatakan di situ petempatan mereka yang paling tersusun kerana adanya surau tempat mereka berkumpul dan ustaz yang mengajar mengaji al-Quran, Memaklumkan kepada Aini, Izzati, Abdillah & Naim untuk datang ke kawasan gerai makanan memandangkan Aifa & Izzah terpisah daripada mereka kerana hujan lebat. Jalan terdekat untuk ke kawasan mereka adalah melalui gerai makanan tersebut.
5.30 pm - Kami berlari-lari anak kerana hujan agak lebat di kawasan sekitar Butterworth sambil meneruskan perjalanan ke kampung Musang sambil melintasi Sekolah Prai dan deretan kedai-kdai Cina di sepanjang jalan. Sedikit gementar memandangkan kami kawasan sekitarnya agak asing dengan kami dan sekitarnya adalah kaum Cina & India. Hanya mengikut arah yang diberitahu secara ringkas oleh polis dan penjual burger itu serta mengikut gerak hati.
5.45 pm - Kami berteduh di kedai makan Cina dan bertanyakan kampung Rohingya kepada salah seorang pegunjung kedai makan. Alhamdulillah, akhirnya kami menjumpai lorong ke Kampung Musang dan kami semakin teruja kerana jalan perjalanan ke kampung itu kami terserempak dengan tiga orang kanak-kanak Rohinga yang sedang melastik sarang tebuan yang tergantung pada pokok. Kerana terlalu teruja, kami mengambil gambar mereka, namun secara tetiba mereka menjerit ‘No Foto’ berulang kali sambil menutup muka mereka.
6.00 pm - Kami memasuki kampung dan di sini petempatan mereka agak dhaif,namun kampung ini terdapat kaum cina,india, melayu dan rohingya. Kawasan petempatan cina dan india dipenuhi dengan anjing-anjing dan agak kotor dengan sampah sarap yang berada di segenap ceruk jalan. Suasana tempat mereka yang agak sunyi dan sedikit menyeramkan kami. -berdoa & tawakkal sahaja
6.15 pm - Kami sampai di perkampungan melayu dan di sini kawasan persekitaran agak bersih,tenang, dan rumah penduduk di sini agak tersusun dan tidaklah kelihatan dhaif . cukup erbeza dengan petempatan kaum india & Cina tadi. Mereka memandang kami dengan pandangan yang pelik - Bertanya beberapa penduduk di sekitar itu tentang arah menuju ke surau berdekatan kerana tujuan kami agar dapat bertemu Ust Hashim atau Ust Kadir.
6.20 pm - Berdasarkan maklumat peduduk setempat, kami di bawa ke kelas mengaji al-QURAN yang disewa oleh penduduk Rohigya untuk anak-anak mereka mengaji al-Quran. Ustaz yang mengajar mengaji itu memperkanalkan namanya Ustaz Ia Ul-Haq -merakamkan beberapa keeping gambar
6.25 pm - Rahim yang terpisah seketika dengan kami menghubungi Izzah dan menyatakan beliau berada di kampung yang sama dan telah menjumpai ketua orang Rohingya -Zulzhafran & Abg Azmi datang menjemput kami untuk ke rumah tersebut
6.30 pm - Kami bergerak ke rumah yang dimaksudkan
6.40 pm - Abang azmi selaku tuan rumah dan juga yang memberi sewa rumahnya kepada orang Rohingya dengan kadar rm2 sehari dan rm3 untuk bayaran makanan. Kami dipertemukan dengan Rafiq,Sabri dan Nur Islam yang merupakan mereka yang berpengaruh di kalangan orang Rohingya.
-mereka bersetuju dan mengalu-alukan kedatagan kami.
-menurut Abang Azmi, sebelum ini adik iparnya yang mengajar bahasa inggeris kepada kaum Rohingya kemudian adiknya ditukarkan ke Kuala Lumpur, dan tiada siapa yang mengajar kaum Rohingya ini.
-jika yang adapun,mereka terpaksa membayar rm30 sebulan untuk mengikuti kelas Maths, BI dan BM.
-menurut Nur Islam, sebelu ini mereka turut mencari guru Bahasa Melayu namun tidak menjumpainya.
-Sabri menyatakan beliau pernah ke UKM,Bangi pada 16 Disember 2009 dan telah berjumpa dengan Prof. Datuk Azizan Kasim untuk membicarakan tentang penubuhan sekolah anak-anak Rohingya ini. Kami menerangkan mengenai tujuan kami untuk membantu orang-orang Rohingya membaca dan menulis.

Alamat : Kampung Bagan Dalam, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
6.50 pm - Kami di bawa ke tempat anak-anak Rohingya belajar mengaji al-Quran yang merupakan kelas yang disewa
-majoriti kanak-kanak Rohinya pandai bercakap melayu,terdapat juga segelintir yang mampu membaca dan menulis.
- kaum ibu pula tidak mampu membaca dan menulis Kami akan membahagikan murid mengikut tahap umur dan pencapaian
7.00 pm - Kami meminta diri untuk pulang dan berjanji akan datang semula pada hari Selasa ini untuk mengambil senarai nama. Rahim akan datang semula pada hari Selasa (12 januari) untuk mengambil senarai nama


Disediakan oleh : Nur 'Aifa Abdullah


Program Pendidikan untuk Kanak-Kanak Rohingya Pulau Pinang


Kami kini sedang menunggu jawapan dari pihak United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) berkenaan permohonan sejumlah dana bagi melicinkan perjalanan program pendidikan yang dirancang untuk kanak-kanak Rohingya di Pulau Pinang. Kami akan bergerak sebagai sukarelawan Muslim Aid Malaysia dan dipandu oleh Encik Muhammad bin Kamarulazizi (Abg Mat) selaku Programme Development Manager Muslim Aid Asia merangkap pengurus projek ini secara keseluruhannya.

Kertas cadangan (proposal) telah dihantar pada pertengahan bulan Januari yang lalu melalui Muslim Aid. Malah, wakil UNHCR telah datang melawat sendiri penempatan Rohingya di Pulau Pinang pada hari Sabtu, 31 Januari baru-baru ini. Respon yang diberikan adalah positif dan amat menggalakkan. Kedatangan mereka telah diiringi oleh Abg Mat dan pasukan yang telah dibentuk untuk program ini.

Berikut adalah sukarelawan Muslim Aid yang terlibat merangkap fasilitator yang akan terlibat secara langsung membantu golongan kanak-kanak Rohingya ini :

Coordinator 1 : Wardah bt Abdul Rahman, 25 years old, MSc students in Universiti Sains Malaysia, Penang.

Coordinator 2 : Muhammad Nuruddin bin Bashah, 28 years old, Production Engineer and actively involved with community programme.

Secretary : Nur ‘Aifa bt Abdullah, 22 years old, trainee teacher in Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Treasurer : Nuraini bt Ruzi, 20 years old, trainee teacher in Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Members : Nurul Izzah bt Yaacob, 21 years old, trainee teacher in Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Nurul Izzati bt Yaacob, 23 years old, trainee teacher in Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Muhammad ‘Abdillah bin Mat Ali, 19 years old, trainee teacher in Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Khairul Naim bin Jaafar, 19 years old, trainee teacher in Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Abdul Rahim bin Yahya, 19 years old, trainee teacher in Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Mohd Izzuddin bin Mohd Zin, 23 years old, students in University Sains Malaysia.


Laporan kajian lapangan (site survey) serta perkembangan berkenaan projek ini akan disiarkan dalam artikel yang akan datang. Semoga usaha ini diberkati Allah dan program yang dirancang berjalan lancar.


Wardah bt Abdul Rahman
Kamunting, Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...