Pesawat pengintip Israel diguna di Afghanistan
TEL AVIV - Industri angkasa lepas Israel akan membekalkan pesawat-pesawat pengintip bagi kegunaan tentera Jerman dalam operasi di Afghanistan pada awal tahun depan.
Namun, syarikat pengeluar pesawat itu enggan menyatakan berapa banyak pesawat yang dijual dan harga keseluruhan pakej berkenaan.
Ia hanya menyatakan perjanjian tersebut bernilai berjuta-juta dolar.
Kerajaan Jerman mengesahkan ia menandatangani perjanjian bagi pembelian pesawat itu.
Pesawat-pesawat pengintip Israel sebelum ini digunakan bagi mengumpulkan maklumat perisikan mengenai militan di Afghanistan dan Iraq.
Heron ialah pesawat pengintip buatan Israel yang paling panjang.
Ia berupaya melakukan penerbangan selama 30 jam dengan kelajuan 225.3 kilometer sejam pada ketinggian 9,144 meter di angkasa.
Israel jual pesawat tanpa juruterbang kepada Jerman
|
|
BAITULMAQDIS 29 Okt. - Industri Aeroangkasa Israel berkata, mereka akan membekalkan pesawat pengintip tanpa juruterbang kepada Jerman untuk beroperasi di Afghanistan awal tahun depan.
Pesawat yang dinamakan Heron itu akan dikendalikan oleh tentera udara Jerman di utara Afghanistan pada awal tahun 2010 sebagai misi pengintipan, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataannya semalam.
Bagaimanapun, tidak didedahkan berapa banyak dan nilai pesawat canggih tersebut, tetapi ia melibatkan urus niaga bernilai berjuta-juta dolar.
Kementerian Teknologi Pertahanan dan Perolehan Persekutuan Jerman mengesahkan telah menandatangani perjanjian untuk pembelian pesawat berkenaan.
Israel sebelum ini telah pun membekalkan pesawat sedemikian kepada pasukan perisikan tentera campuran bagi mengumpul data-data mengenai pergerakan para militan di Afghanistan dan Iraq.
Heron adalah pesawat pengintip terbesar buatan Israel, memiliki keupayaan untuk terbang selama 30 jam dengan kelajuan 225.3 kilometer sejam pada ketinggian 9,144 meter pada satu-satu masa. - AP