Laporan secara terus
dari daerah Maungdaw, Arakan, Myanmar.
Tarikh : 1 Januari 2013.
Oleh : N.M & UNIROD.
Assalamualaikum. wr-wbth
Kepada pemimpin Islam dan semua umat Islam yang beriman,,
Sejak Jun 2012, muslim minoriti di wilayah Arakan tetap menghadapi tekanan dan kehidupan mereka sangat terancam kerana kerajaan telah mengusulkan undang-undang khas bagi Rohingya. Kesannya, mereka akan mati dalam keadaan kebururan tanpa makanan dan kehilangan pendapatan seharian. Undang-undang khas tersebut ialah:
Assalamualaikum. wr-wbth
Kepada pemimpin Islam dan semua umat Islam yang beriman,,
Sejak Jun 2012, muslim minoriti di wilayah Arakan tetap menghadapi tekanan dan kehidupan mereka sangat terancam kerana kerajaan telah mengusulkan undang-undang khas bagi Rohingya. Kesannya, mereka akan mati dalam keadaan kebururan tanpa makanan dan kehilangan pendapatan seharian. Undang-undang khas tersebut ialah:
1) 90% pekerja buruh tidak boleh bekerja kerana
kerajaan meletakkan pos kawalan askar berseragam khas dan mempunyai kuasa untuk
menembak mati sesiapa sahaja pada bila-bila masa tanpa kebenaran dari pihak atasan.
2) Tidak dibenarkan sama
sekali berkumpul melebihi lima orang Islam pada satu-satu masa.
3) Rumah ibadah orang
Islam (masjid, surau serta madrasah) kekal ditutup.
4) Solat Jumaat dan
solat berjamaah tidak dibenarkan.
5) Majlis perkahwinan
dan majlis kenduri tidak dibenarkan.
6) Perjalanan dari
kampung ke kampung dihadkan dan perlu mendapat kebenaran ketua pos kawalan.
7) Semua aktiviti perniagaan
dan pelabuhan telah ditutup untuk orang Islam sahaja.
8) Kutipan hasil dalam
negeri semakin menekan dan menabah.
9) Alim ‘ulama tidak
dibenarkan keluar berpakaian berimej agama Islam.
10) Semua urusan dan
perjalanan mesti berhenti sebelum jam 7 petang atau Maghrib.
11) Semua penduduk Islam
mesti berada dalam rumah masing-masing selepas pukul 7 malam.
Kebanyakan penduduk Rohingya
dijangkiti penyakit juantis dan malaria -cirit birit. Kanak-kanak dan warga mas
-oku kekurangan zat makanan dan keperluan perubatan tidak mencukupi.
Orang-orang VIP dalam
agama dan jutawan -ilmuwan semuanya dalam keadaan berjaga-jaga dan tinggal di
tempat rahsia dan tersembunyi kerana diancam kerajaan. Mereka mungkin boleh
ditahan bila-bila masa di mana-mana rumah pada waktu malam atau siang.
Lebih kurang 1,300
Rohingya kebanyakannya pemuda telah ditahan dan diseksa. Lebih 2,000 Rohingya
telah dibunuh secara kejam dan tidak dapat diuruskan solat jenazah. Lebih 500
wanita suci Islam telah dirogol secara bergilir-gilir oleh pasukan keselamatan
kerajaan di Maungdaw sahaja. 80% kedai/pusat perniagaan barang dan haiwan milik
orang Islam telah dirampas.
Semua penduduk di Arakan
bergantung kepada bantuan anak-anak dan saudara mereka yang berada di luar
negara.
Tindakan terakhir pada
hari ini ialah kerajaan mengunakan NASAKA @ askar untuk menekan penduduk Islam Rohingya
supaya memberi cap jari melalui sistem alaf baru. Akibatnya, muslim Rohingya
menjadi pendatang haram selama lamanya di Myanmar. Wallahu a'alam...
Mohammad Islam dari daerah
Maundaw, Arakan, Myanmar.