Council on Foreign Relation menyiarkan melalui daily news letter menyiarkan kejayaan Korea Utara menunjukkan belangnya hari ini (12 Disember 2012). Walaupun menerima amaran antarabangsa, Korea Utara berjaya juga melancarkan roket jarak jauh (Yonhap). Ujian simulasi teknologi peluru berpandu jarak jauh ini melanggar resolusi 2009 PBB yang mengharamkan Pyongyang daripada ujian peluru berpandu balistik.
Walaupun alasan Korea Utara bahawa satelit cuaca telah diletakkan di orbit, tetapi Amerika Syarikat mengutuk pelancaran sebagai "sangat provokatif" manakala Jepun dipanggil untuk mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan (JapanTimes), walaupun sekatan lanjut sukar kerana China, sekutu utama Korea Utara, dijangka untuk menentang mereka[1].
Korea Utara telah berjaya melancarkan roket pada hari Rabu,didakwanya bertujuan meletakkan satelit cuaca ke orbit, telah dilabelkan oleh Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun sebagai ujian teknologi yang boleh menyampaikan kepala peledak nuklear yang mampu mencecah sejauh benua Amerika Syarikat[2].
“Rejim Korea Utara adalah sememangnya tidak stabil dan disyaki sudah mempunyai sebuah peranti nuklear, pilihan Barat untuk respons kepada tindakan provokatif Pyongyang itu - yang peluru berpandu terbaru melintasi Pulau Okinawa sebelum jatuh ke perairan luar di Filipina masih dingin. Korea Utara mempunyai sejarah yang panjang berkongsi teknologi nuklear dan peluru berpandu dengan Iran, "tulis Con Coughlin untuk Telegraph.
Kata Williamson Lucy untuk BBC pula, pelancaran satelit Korea Utara sebenarnya untuk menutup program jarak jauh peluru berpandu, direka untuk membangunkan senjata yang boleh menyerang Amerika Syarikat, jelas Amerika dalam nada paranoid.
Hanya itu respon Amerika? Washington dikatakan akan menekan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengutuk Korea Utara yang telah melancarkan roket pada Rabu lepas , demikian menurut salah seorang pegawai pentadbiran kanan kepada CNN[3].
Bagaimana jika itu tindakan Negara Islam? Hamas contohnya. Apa tindakan Amerika jika Hamas mencuba roket jarak dekatnya seperti itu walaupun fakta terkini mendapati jarak roket Hamas telah meningkat 2 kali ganda daripada 40 km kepada 90 km?
Bagaimana dengan kempen Amerika terhadap Iraq pada tahun 2003 dahulu sedangkan terbukti tiada langsung bayang senjata pemusnah massa di bumi Iraq. Malah dikejutkan kini Amerika menyeludup kira-kira 3000 tenteranya ke Iraq semula sedangkan mereka telah mengeluarkan majoriti tenteranya pada tahun 2011 yang lalu[4].
Malah Bush sendiri mengaku bahawa tiada WMD berpangkalan di Iraq[5]! Dalam video youtube pengakuannya, ramai rakyat Amerika sendiri memaki hamun tindakan beliau.
Korea Utara penganut ajaran Komunis. Komunis adalah projek besar Yahudi sedunia untuk mencetus timbang tara kepada kegiatan kapitalisme mereka, agar dunia leka dalam Perang Dingin. Sebenarnya tidak wujud perang antara blok melainkan watak-watak yang dipermainkan oleh pemodal yahudi.
Korea Utara adalah budak ciptaan yahudi juga tidak hairan Amerika hanya bermain wayang dengannya.
Demikian sejarah mengajar kita tatkala Hitler membina U-Boat, memecah perjanjian Versaile, menakluki Eropah, kenapa tidak diketauk sahaja kepala Hitler? Kenapa tidak dimusnahkan kilang-kilang U-Boat, tropedo dan persenjataan lain milik Jerman, kenapa dibiar mereka naik dan membuat kajian demi kajian dalam masa tidak sampai 5 tahun? Hitler jelas boneka ciptaan yahudi.
Saddam, belum sempat menjawab tuduhan telah diserang. Afghanistan belum terbukti wujudnya Osama telah dipadang jarak padang terkukur oleh Amerika.
Korea Utara sama seperti Jerman. Mereka bermain wayang. Sehebat mana pun latihan Korea Utara, Amerika tidak akan serang, hanya berbicara melalui lidah PBB sahaja. Inilah sandiwara dunia.
Muhammad Nuruddin Bashah
Siputeh 1.37 pagi 13 Dis 2012