PERCUBAAN
MENAFIKAN SEJARAH KERAJAAN ISLAM ARAKAN
Muhammad
Nuruddin bin Bashah
Bc Hons
Eng UM
Tidak ramai yang peduli nasib etnik Rohingya dari segi makan
minum mereka, masa depan sosial, taraf pendidikan apatah lagi mahu membela
sejarah mereka yang absah di bumi Arakan.
Semasa Setiausaha MAPIM, Cikgu Hj Azmi bin Abd Hamid menulis
surat menggesa supaya diambil tindakan terhadap kekejaman Ranggon terhadap
rakyat Rohingya selepas tercetus konflik mutakhir 3 Jun 2012, jawapan dingin
sahaja yang diperoleh. ASEAN, PBB, OIC, malah Aung Su Kyi hanya membisu dan
tidak membalas sebarang surat yang dikemukakan oleh NGO Malaysia. OIC dan PBB
hanya bersuara selepas sebulan penyembelihan rakyat Rohingya berlaku. PBB pula
jelas menunjukkan sikap bacul apabila mengosongkan pejabat mereka di Myanmar ketika
tragedi berdarah tersebut berlaku.
Aung San Suu Kyi sendiri tidak dapat memberi jawapan yang
mengembirakan umat Islam bila merujuk isu terkini pasca 3 Jun 2012. Laman
sesawang Islamic Geography melaporkan
Aung San Suu Kyi, pejuang demokrasi dan pejuang kebebasan rakyat Burma
yang mendapat anugerah Nobel Keamanan ketika ditanya tentang nasib kaum
minoriti Muslim Rohingya , telah menjawab :“I do not know. We have to be very
clear about what the laws of citizenship are and who are entitled to them.
(Saya tidak tahu. Kita harus perjelas dulu tentang undang-undang
kewarganegaraan seperti apa dan siapa
yang mempunyai hak untuk (status warganegara) tersebut.
Jika anda boleh menemuramah pekerja asing Myanmar di Malaysia,
mereka tidak dapat menerima langsung etnik Rohingya sebagai sebahagian daripada
sejarah negara mereka. Malah sokongan massa dari kalangan etnik Shan yang beragama
Buddha cukup utuh terhadap kempen menghapuskan etnik ini dari bumi Myanmar atas
alasan ia bukan etnik asal Burma. Walau
bagaimanapun etnik Rakhine adalah yang paling ekstrim membenci Rohingya. Kaum
Muslim pelbagai etnik di kawasan lain terutama Rangoon masih selamat dan tiada
permasalahan besar. Soalnya dari mana munculnya etnik ini? Adakah mereka umpama
Yahudi yang berkeliaran serata Eropah dan hanya bersatu pada tahun-tahun
tertentu untuk menubuhkan negara pada 1948?
Adakah Rohingya sebegitu jalur sejarahnya? Penyelesaian tidak
bertanggungjawab dinyatakan oleh Presiden Thein Sein awal bulan Julai 2012
iaitu Rohingya perlu dihantar keluar atau dimasukkan ke kem pelarian.
Ia tidak menghairankan memandangkan kenyataan media
Kementerian Luar Negara Myanmar pada 1992 yang menegaskan pendirian mereka bahawa
tiada nama etnik Rohingya dalam sejarah negara mereka.
Beberapa web Myanmar menyelar BBC dan CNN yang dikatakan
menyokong Rohingya yang digelar terroris oleh rakyat Myanmar. Banyak kenyataan
rasis dikeluarkan oleh rakyat Myanmar yang secara total menuduh Rohingya adalah
Benggali dari Bangladesh. Istilah pengganas Benggali sebenarnya disuburkan oleh
Parti Sosialis Burma sejak tahun 70an selepas beberapa siri penyingkiran rakyat
Rohingya melalui tema ketenteraan sahaja tidak berjaya menarik sokongan rakyat.
Laman sesawang seperti http://myanmar-broadcasts-news.blogspot.com
adalah antara laman yang mengherot pandangan dunia untuk menuduh kononnya Rohingya
yang hanya mampu berkain pelikat itu sebagai pengganas yang ditakuti oleh
Buddha.
Sejarah Burma ditulis oleh si pemenang politik malah menjadi
agenda utama orientalis Barat. Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur
terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit
sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan
bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan (kerana sejarah ditulis oleh penjajah) pernah diungkap oleh Prof Madya Dr Mat Rofa
Ismail ketika beliau mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan
Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang sebelum ini.
Penanaman ideologi
rasis dalam doktrin regim junta tentera
Laporan IHRC berkenaan isu Rohingya merekodkan sejarah
bagaimana junta tentera memainkan isu konflik lama di Arakan sebagai bahan bagi
meraih sokongan rakyat terhadap pemerintahan tidak popular mereka.
Junta tentera, yang dahulunya
dikenali sebagai State Law Od Restorartion
Council (SLORC) dan kemudian dikenali sebagai Majlis Keamanan dan Pembangunan Negeri (SPDC), telah
menjadi terkenal kerana penindasan kejam penduduk Myanmar.
Buruh paksa, termasuk
buruh bawah umur, dan pelbagai undang-undang zalim diperkenal oleh Junta yang
menyebabkan pemerintahan junta dibenci. Malah, kerajaan
junta tentera tiada sokongan massa.
Lantaran itulah isu Rohingya mampu menyatupadukan rakyat
Myanmar menyokong agenda kerajaan Junta kerana mereka kononnya memiliki musuh
yang sama.
Sejarah Sebelum
Masihi
Sejarah sebelum Masihi yang dipetik dari laman wikipedia
mencatatkan kerajaan bebas yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 3325 SM
oleh Raja Marayu. Agama Buddha diperkenalkan ke Rakhine dikatakan semasa hayat
Buddha sendiri. Menurut Rakhine Tawarikh, Buddha semasa masih hidup, pernah
melawat bandar Dhanyawadi pada 554 SM.
Orang Mon dipercayai menjadi kumpulan terawal yang berpindah
ke Lembah Ayeyarwadi dan menguasai selatan Myanmar pada pertengahan tahun 900
SM. Orang Mon ini menjadi orang Asia Tenggara pertama menganut agama Buddha
Theravada.
Islam muncul di
Arakan
Sepanjang sejarah yang panjang, sebanyak 8 ibukota telah ditubuhkan
dalam kerajaan Arakan dengan raja-raja yang bersilih ganti.
Arakan telah dipengaruhi
oleh kebudayaan Mongol, Burma, British, Thai,
Mons, Tibet, Arab, Moor, Turki, Pathan, Mughal
(India Islam), Asia Tengah,
Banggali dan banyak lagi. Mereka datang ke Arakan
sebagai peniaga, penceroboh, lanun, tahanan, pahlawan
atau agamawan serta mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam pembangunan rakyat Arakan
dari segi budaya dan
perkauman.
Alpha
Raja Narameikhla (1404-1434),
atau Min Saw
Mon, mengasaskan
Dinasti Mrauk
U Arakan pada
tahun 1430, selepas 24 tahun
dalam buangan di Bengal. Beliau kembali menguasai Arakan dengan bantuan
tentera dari Kesultanan Bengal. Benggali yang
datang bersamanya membentuk
penempatan mereka sendiri di rantau itu.
Namun begitu, ada percubaan menafikan
bahawa Narameikhla adalah seorang Muslim. Menurut Wikipedia, dikatakan Narameikhla
telah menyerahkan
beberapa wilayah kepada Sultan Bengal dan Arakan pula telah
diiktiraf kerajaan oleh Bengal. Apabila
secara rasmi Arakan bernaung di bawah Bengal, raja-raja Arakan dikatakan menerima gelaran Islam, walaupun
masih menganut agama
Buddha, dan disahkan penggunaan duit syiling Islam dari Bengal dalam
kerajaan. Narameikhla mencetak syiling sendiri dengan
aksara Burma pada
satu sisi dan aksara Parsi di pihak yang lain. Arakan kekal bernaung di bawah Bengal sehingga 1531.
Sebenarnya pada
tahun 1406 Masihi, Raja Narameikhla telah diserang oleh
raja Burma dan Baginda terpaksa mengambil perlindungan dengan Sultan Nasiruddin
Shah Bengal (Bangladesh). Dalam proses itu, beliau akhirnya memeluk Islam 24 tahun kemudian.
Beliau memilih untuk
menggunakan nama Sulaiman Shah dan kemudian dengan bantuan Bengal berjaya
mendapat kembali kerajaannya yang hilang. Pada tahun 1420 Masihi, negara Islam
yang pertama telah diisytiharkan di Arakan (wilayah Myanmar), di bawah
kepimpinan Sulaiman Shah.
Sultan Jalaluddin
Khan telah menghantar Wali Khan sebagai ketua 20,000 tentera Pathan untuk
membantu Narameikhla
(Sultan Sulaiman) ke takhta.
Pada tahun 1431,
Wali Khan mengguling Sultan Sulaiman dan menjadi pemerintah bebas pertama Islam
dari Arakan. Beliau mula memperkenalkan bahasa Parsi sebagai bahasa rasmi
Arakan.
Sultan Sulaiman
sekali lagi melarikan diri ke Bengal untuk mendapatkan bantuan dari Sultan
Bengal.
Akhirnya akibat
hubungan 2 kerajaan Islam yang baik, pada 1433 Nadir Shah, Sultan Bengal telah
menghantar Ketua Sindhi Khan bersama 30,000 askar untuk membantu Sultan
Sulaiman. Setelah kejadian ini, Arakan bernaung di bawah Bengal. Arakan mula
membayar cukai tahunan kepada Bengal dan Bahasa Parsi terus digunakan sebagai
bahasa mahkamah. Insiden ini telah memberi kesan kepada penghasilan etnik
Rohingya di Arakan. Hakikatnya Arakan tidak pernah dijajah secara paksa oleh
raja Bengal kerana adalah suatu perkara biasa apabila kerajaan Islam kecil
memohon perlindungan daripada kuasa yang lebih besar.
Menurut propaganda wikipedia juga, walaupun selepas Arakan
(yang dikatakan kekal Buddha) mencapai
kemerdekaan daripada Sultan Bengal, raja-raja Arakan meneruskan adat
mengekalkan hakmilik Islam. Raja-raja
mengekalkan fesyen Islam pemerintah Mughal, walaupun masih menganut Buddha.
Mereka juga menggaji umat Islam yang berada dalam kedudukan yang berprestij
dalam pentadbiran diraja.
Jika benar Dinasri Mrauk-U adalah kerajaan Buddha yang hanya
bernaung di bawah Islam, mengapa tinggalan sejarah istana dan pemerintahan
Mrauk-U tidak dijaga oleh kerajaan Myanmar hari ini seperti mana mereka menjaga
sejarah dinasti-dinasti sebelumnya? Tambah
menghairankan ialah tinggalan Mrauk-U sebanrnya lebih mudah dijaga atau
dipulihara kerana ia adalah dinasti terakhir Arakan.
Hal ini dikatakan kekal sehingga kehadiran Dinasti
Konbaung Burma pada 1784.
Sebenarnya Bangsa Rakhine yang tinggal di Arakan datang dari
Barat, Parsi dan Indo Eropah. Rakhine yang beragama Islam diberi nama
Rohingya. Sebelum tahun 1784, Arakan ialah satu negara
yang bebas selama 354 tahun dan mempunyai 243 orang raja. Kawasan
jajahan Arakan merangkumi hingga daerah Chittagong, Bangladesh sekarang.
Dalam Kerajaan Mrauk-U 1 dan 2, terdapat 18 orang raja yang
mempunyai nama Islam antaranya:
1. Mun Saw Mwan ; dikenali Narameikhla ; Sulaiman Shah
2. Meng Khari ; Naranu ; Ali Khan
3. Ba Saw Pru ; Kalima Shah
4. Dawlya ; Mathu Shah
5. Ba Saw Nyo ; Mohammed Shah
6. Ran Aung ; Noori Shah
7. Salimgathu ; Sheik Abdullah Shah
Selepas Burma menjajah Arakan selama 41
tahun, mereka kemudiannya dijajah pula oleh British dan diserap masuk ke
dalam India British dari 1825 hingga 1947 iaitu selama 122
tahun. Pada tahun 1948, Arakan kembali berada dalam jajahan Burma.
Jauh sebelum itu Islam telah diperkenalkan di Arakan dalam tempoh beberapa
dinasti Hindu, yang di dahului Dinasti Chandra (788-957 M).
Peniaga-peniaga Parsi telah datang dalam tempoh 50 tahun
kedatangan Islam (610-660-M).
Naungan raja-raja keturunan Bengal merangsang pembangunan
pesat Bahasa Arab, Parsi, Rohingya, Bahasa Bengali dan Burma dalam
kesusasteraan. Penganut agama Buddha yang berkelulusan bidang kajian Islam turut
bertambah malah sejumlah besar mereka telah memeluk Islam.
Jika anda membuka laman http://en.wikipedia.org/wiki/Rakhine_people,
tiada disebut langsung etnik Rohingya di Arakan. Rakhine yang menganut Islam
yang dipanggil Rohingya seolah-olah cuba dipadam dari sejarah. Yang lebih lucu,
Dinasti Mrauk-U iaitu salah satu Dinasti terakhir Arakan yang menerima Islam
hanya dikatakan menjalin hubungan dengan kerajaan Mughal akan tetapi etnik yang
menguasai Arakan adalah Rakhine yang beragama Buddha. Tidak logik jika kerajaan
Buddha Rakhine mampu mendapat naungan dan hubungan istimewa dengan kerajaan
Mughal di India melainkan sah ada etnik lain yang mengawal kerajaan Arakan
selain rakhine Buddha iaitulah rahine yang beragama Islam (Rakhine-ya/Rohingya).
Jika merujuk pandangan Dr. Jacques P. leider pula, beliau
menyokong teori bahawa rakyat etnik Rohingya tidak wujud. Kata beliau, negara
di Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia memang terdapat masyarakat Islam. Di Arakan juga telah ada masyarakat Islam sejak tahun 1400. Gelombang kedua kehadiran muslim ialah ramai orang dari Bengal dan kawasan lain yang
datang untuk menetap di Rakhine semasa penjajahan British.
Jelas beliau juga, istilah Rohingya muncul buat kali pertama
pada akhir abad ke-18 dalam laporan seorang Inggeris yang pergi ke kawasan
Chittagong dan Arakan. Beliau bernama Francis Buchanan-Hamilton. Beliau juga seorang doktor perubatan dan
istilah ini muncul dalam satu kertas yang telah diterbitkan olehnya. Istilah itu kekal sebagai identiti kaum Islam
di Arakan.
Manakala menurut Harun Yahya di dalam bukunya bertajuk “The
Winter of Islam and the Spring to Come”, Myanmar mempunyai bilangan
rakyat seramai 48 juta, 15% darinya terdiri dari kaum Muslimin (Rohingya). Umat Islam tinggal di wilayah Arakan yang
merupakan wilayah terkaya dari segi deposit minyak dan gas, dan penduduk di situ
diIslamkan oleh pedagang-pedagang Arab.
Abad ke-18 Abad
kebangkitan Buddha Indo China?
Kelemahan Empayar Mughal India (1526–1858) adalah antara punca Buddha mampu menakluki
kerajaan Arakan. Islam memerintah India selama 700 tahun. Hubungan sejarah
Mughal dengan Arakan memang telah wujud. Contohnya pada 1660 M, putera Mughal,
Shah Shuja melarikan diri ke Arakan. Shah Shuja dan pengikut-pengikutnya dan yang
berjanggut Moor telah dibunuh oleh Raja Arakan pada 7 Februari 1661. Pada tahun
1665, Tentera Mughal telah menakluki Sandwip, Chittagong , Ramu. Maka Arakan
Utara menjadi kawasan Mughol Islam sejak
1666.
Kelemahan Islam di China selepas kejatuhan Dinasti Yuan dan
Ming ((1368-1644M)) juga menaikkan semangat Sukhothai
Buddha untuk menjajah Kerajaan Siam Ayutthaya Islam pada 1767. Selepas kejatuhan Ayutthaya pada
1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah
cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan
kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah
kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Maka 3
kerajaan Islam jatuh ke tangan bangsa
Buddha (Arakan, Ayutthaya dan Patani)
Kerajaan Mughal India dan maharaja Yuan China yang beragama
Islam mampu mengancam kerajaan IndoChina tetapi ia musnah apabila menjelang
abad ke-18.
Kesultanan Mughal yang dibangun pada tahun 1526 dan berakhir
pada tahun 1859 (perintah 333 tahun) dihapuskan kesultanannya oleh Inggeris,
tidak berhasil memusnahkan keseluruhan warisan India. Ini dapat dilihat dari
munculnya kembali pelbagai kekuatan seperti orang-orang Marata, orang Sikh dan
orang Afghan.
Kebangkitan Buddha Sukhotai (Thai) dan Buddha Burma hanya
berlaku sekitar 1700 apabila Dinasti Islam lemah di India dan China.
British mengusutkan
keadaan
Kedatangan dan hubungan British – Burma ada kaitan dengan
kedudukan British di India yang telah
mengambil alih India pada 1858) dan keadaan kucar kacir dalaman Burma sendiri.
Pada pertengahan kurun ke-18, Raja Alaungpaya telah menakluki
Pegu, lalu mendirikan dinasti baru diberi nama Konbaung pada tahun 1752. Dengan
pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan
semula Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi
wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784,
Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah,
berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas.
Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi
telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar.
Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan
serangan ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan
Chiengmai dan itu pun dapat diusir oleh Siam. Penaklukan Arakan telah membimbangkan
Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja
Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di
kawasan Manipur dan Assam.
Burma adalah negara yang sering mengalami perpecahan. Keadaan
sama juga berlaku pada zaman pemerintahan Raja Bodawpaya yang menaiki takhta
Burma pada 1782 M. Arakan telah menjadi salah satu titik pemberontakan yang
agresif saat itu sehinggalah Burma menjajah Arakan pada 1784 M.
Pemberontakan pejuang Arakan tidak berjaya malah mereka
terpaksa melarikan diri sehingga ke India. Sebagai contoh pada 1794 M, terjadi
satu perang pemberontakan, tentera Burma tidak mahu meninggalkan wilayah India
melainkan British menyerahkan 3 pemimpin Aerakan kepada mereka.
British mengabulkan hasrat Burma dan menyerahkan 3 pemimpin
tersebut walaupun sedar kedegilan dan sikap keras Burma akan membuka ruang
kepada Perancis untuk mengukuhkan tapak di IndoChina, pesaing utama British.
Apabila Arakan terletak di bawah kekuasaan Burma, maka
tindakan-tindakan terhadap orang Arakan telah dilakukan. Orang-orang Arakan
telah dikerah secara paksa untuk bekerja sebagai buruh dan bertugas dalam
perkhidmatan kerajaan. Dengan adanya tindasan dari pemerintah Burma, pada tahun
1794 telah terjadi satu pemberontakan dengan dibantu oleh orang-orang Arakan
yang telah melarikan diri dan menetap di Chittagong. Pemberontakan itu dapat
dikalahkan menyebabkan ramai orang-orang Arakan melarikan diri ke tanah jajahan
Inggeris. Peristiwa itu dipandang berat oleh British yang kemudiannya masuk bgi
menghalang kemaraan tentera Burma. British telah menghantar tenteranya ke
sempadan di bawah pimpinan Kolonel Erskine. Dengan ini, pelarian orang-orang
wilayah Arakan ke wilayah British telah menimbulkan persengketaan antara
British dan Burma.
British terpaksa menghantar Michael Symes pada 1795 M untuk
mengendurkan krisis Arakan-Burma. British mahu Residennya ditempatkan di
Rangoon dan ia merupakan taktik biasa awal penjajahan British. Sebagai
imbalannya, pelarian Arakan ke India diserah kembali kepada Burma. Kepten Hira
Cox telah menjadi Residen British pertama di Ranggon dan British terpaksa
menarik kembali Residennya yang ketiga kerana berlaku perselisihan faham berkenaan
isu adat istiadat Burma.
British hanya campur tangan sekali lagi selepas munculnya
pemerontakan besar Arakan pada 1811 M yang digelar pemberontakan Chin Byan
(1811-1815).
Pada tahun 1798, timbul sekali lagi pemberontakan di Arakan
tetapi gagal, menyebabkan pelarian
Arakan ramai memasuki Chittagong. Disebabkan ramai orang Arakan memasuki
Chittagong dan mengancam pemerintah Burma di Arakan maka pada Januari 1802,
pemerintah Arakan atas nama Kerajaan Burma mendesak British menyerahkan
orang-orang pelarian Arakan kepada Kerajaan Burma.
Burma juga menggugat akan menyerang India sekiranya tuntutan
itu tidak ditunaikan. Dengan adanya ancaman tersebut, maka British menyerahkan
pasukan tenteranya untuk mengawal sempadan antara India dan Burma. Untuk
menyelesaikan masalah pertikaian mereka maka British menghantar Kapten Syemes
ke Burma pada Mei 1802 bagi mengadakan perdamaian.
Siapakah Chin Byan?
Pada tahun 1811, satu pemberontakan di bawah pimpinan Chin
Byan telah meletus. Chin Byan secara diam-diam telah mengumpulkan kekuatannya
di wilayah British lalu menyerang Burma dengan menawan Miohaung. Chin Byan
telah meminta bantuan British dengan membuat satu perjanjian untuk meletakkan
wilayah di bawah tadbirnya di bawah kedaulatan British.
Hal ini telah meruncingkan hubungan antara British dengan Burma.
Untuk menyakinkan Kerajaan Burma bahawa British tidak terlibat dalam tindakan
Chin Byan itu maka dalam September 1811, Kapten Canning diutus ke negeri Burma.
Pemerintah Arakan-Burma telah mengancam untuk menyerang
Chittagong jika orang-orang pelarian Rohingya tidak diserahkan. Untuk mendapatkan
kepercayaan Myanmar, pada akhir tahun 1812, Inggeris melumpuhkan sebahagian
besar pasukan Chin Byan. Pergerakan Chin Byan tamat apabila Chin Byan meninggal
dunia pada tahun 1815.
Chin Byan adalah seorang Muslim dan dikatakan seorang pejuang jihad Wahabi
(memperjuang semangat salafi). Menurut Helen James dari Australian National
University, Australia, dalam tulisannya The Assassination Of Lord Mayo: The
First Jihad?, memang terdapat ketumbukan pejuang mujahidin yang beraliran
salafi di sekitar Arakan dan Bengal suatu ketika dahulu.
Matlamat agama
Menurut Dr. Jacques P. Leider dalam tulisannya bertajuk Arakan
around 1830 - Social Distress and Political Instability in the Early British,
matlamat agama iaitu agenda
mengintegrasikan antara Buddha-Islam adalah antara agenda penting penjajahan
Burma ke Arakan. Malah Sami Buddha juga terlibat dalam usaha untuk menyatukan
semua agama di bawah Buddha.
Selepas kalah berperang dengan British, Perjanjian Yandabo telah ditandatangani pada 1826 M. Hal ini menyebabkan
Burma terpaksa menyerahkan
wilayah-wilayah Arakan, Tennaserim,
Assam, Manipur dan Chacar kepada British selain terpaksa menanggung
pelbagai pampasan dan menerima Residen British.
Ini adalah antara pintu mula Britih memisahkan Arakan dengan
Burma dan mengisolisasikan budaya Islam daripada penganut Buddha selama 122
tahun lamanya.
Semasa Perang Dunia Kedua, Arakan telah diberikan autonomi di bawah pendudukan Jepun dan diberikan tentera sendiri yang dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Arakan. Pasukan Pertahanan Arakan akhirnya menentang pula Jepun awal pada tahun 1945.
Pada tahun 1948, Arakan menjadi satu
bahagian dalam Kesatuan Myanmar. Sejurus
selepas, keganasan berlaku di sepanjang garisan agama antara Buddha dan Muslim pada tahun 1974, perlembagaan baru Ne Win memberi status "negeri" kepada
Arakan tetapi ia tidak bermakna apa-apa sejak junta tentera memegang kuasa semua di negara itu malah nama Arakan telah ditukar kepada "Rakhine" oleh junta tentera pada tahun 1989.
Sejarah hubungan
Arakan dengan Bengal
Jika berbahas isu campuran genetik Benggali-Rakhine, kita
boleh merujuk sumber daripada IHRC (Islamic Human Right Commission). Islam diamalkan secara meluas di Negeri Arakan dan terdapat
juga beberapa Bama
(Burma) memeluk Islam
serta wujudnya umat Islam campuran India
Burma warisan etno-budaya,
yang dikenali sebagai Zerbadees.
Sepanjang sejarah, Arakan mengekalkan hubungan sosio-ekonomi
dan komersial yang sangat dekat dengan Islam Bengal (kini Bangladesh). Semasa
pemerintahan Islam di Arakan, dari 1430 kepada 153I, sebilangan besar umat
Islam terutamanya dari Chittagong berhijrah dan menetap di Arakan.
Dari kira-kira 1580-1666
M, hampir satu abad, Chittagong adalah di
bawah pemerintahan Arakan. Dalam
tempoh ini, seburuk-buruk aktiviti lanun dan perdagangan
hamba memuncak. Mereka merampas dan memusnahkan
semua kampung-kampung dan penempatan di
Tebing Ganges.
Hari ini kehadiran sebilangan besar Rohingya di Bangladesh bukan
akibat sekali sahaja proses penghijrahan
tetapi telah lama berlaku pada tahun Masihi 957, 1044, 1544, 1660,
1666, 1752, 1784,
1785, 1796, 1798,
1811, 1930, 1938,
1942, 1954, 1955,
1958, 1959, 1966,
967, 1973, 1978 dan l99l-92 .
Selepas tahun 1824, apabila
British mengambil alih Burma, pelarian Arakan dikembalikan ke asal. Malah Rohingya
yang tidak mahu berhijrah semula akan kekal di Bangladesh dan dikenali
sebagai ‘Roai’.
Tiada sempadan politik antara Arakan dan Bangladesh kerana British kelihatan
mahu memisahkan kehidupan kaum Islam daripada kaum Buddha dan ini resepi umum
penjajahan British.
Tiada sekatan untuk menyeberangi Sungai Naf dari Arakan ke
Bengal seperti yang berlaku hari ini.
Konflik sepanjang
pemerintahan British ; siapa mula?
Proses pelarian berlaku kerana konflik Arakan-Burma adalah
suatu yang tradisi sejak penjajahan Burma 1784. Kini perlu kita fahami pula
proses konflik sepanjang penjajahan British.
Muslim Rohingya dan setiap
pribumi lain Arakan
dan Rakhine Buddha
tinggal sebelah menyebelah dalam keadaan aman damai sepanjang proses penjajahan Burma terhadap
Arakan sehingga abad ke-19 kerana
Rakhine juga adalah mangsa penjajahan Burma/British.
Hampir tiada
pergaduhan besar melainkan selepas munculnya gerakan mahasiswa Thakin. Parti Thakin, yang
bertujuan untuk mengakhiri
pendudukan British Burma yang bermula pada tahun
1826, telah menimbulkan isu konflik Buddha Rakhines
terhadap Muslim Rohingya.
Apabila Myanmar telah
dipisahkan dari India pada tahun 1937 dengan pemerintahan
kolonial masih kekal, Thakin
merampas kuasa di dalam Myanmar. Apabila British meninggalkan Burma sepanjang Perang
Dunia II, ia menjadi peluang kepada Rakhine atas hasutan parti Thakin untuk
membunuh secara berleluasa 100,000 Muslim Rohingya, membakar
300 kampung dan 80,000 orang terbuang ke Bengal. Pada 28 Mac 1942, Rakhines menyerang umat Islam
di Chanbilivillage Minbya Township dengan golongan wanita, lelaki dan
kanak-kanak disembelih dengan pedang dan
lembing.
Berdasarkan
maklumbalas Cikgu Hj Azmi Abd Hamid (MAPIM) yang telah menjengah ke Myanmar,
pelarian memohon sekurangnya dihadiahkan mereka payung kerana mereka tiada
langsung alat apa yang boleh diertikan
sebagai ‘bumbung’ sepanjang proses pelarian yang terkini pasca 3 Jun 2012
Siapa Rakhine siapa
Rohingya?
Asalnya mereka adalah etnik yang sama. Agama yang memisahkan
dua etnik ini.
Laman sesawang wikipedia mampu mengelirukan pembacanya jika
si pembaca tidak dapat membezakan siapa Rakhine dan siapa pula Rohingya. Etnik
mana yang menguasai Arakan dan etnik mana yang mewarisi pemerintahan dinasti
terakhir Arakan yang beragama Islam.
Menurut laman itu, negeri
Rakhine (Arakan) yang kini seramai 3.83 juta
penduduk adalah penganut ajaran Theravada Buddha, salah satu daripada empat
kumpulan utama Buddha etnik Myanmar (yang lain Bamar, Shan dan lain-lain). Mereka
dikatakan salah satu kumpulan pertama yang menjadi pengikut Buddha di Asia
Tenggara. Budaya Rakhine adalah budaya Burma tetapi dengan pengaruh India yang lebih,
mungkin kerana pengasingan geografi dari tanah besar Burma.
Kesan pengaruh orang India dikatakan oleh wikipedia kekal dalam
kebudayaan Rakhine, termasuk sastera, muzik, dan masakan. Jika dicari wajah Rakhine
dalam internet kita akan mendapati mereka tidak berwajah India sebaliknya lebih
mirip wajah Melayu. Manakala etnik Rohingya pula lebih mirip Benggali kerana
perkahwinan campur sepanjang sejarah pengIslaman mereka (walaupun asalnya
Rohingya juga daripada cabang bangsa Rakhine).
Bangsa rakhine Buddha sedang berdoa kerana takutkan
‘pengganas benggali(Rohingya)’
Nama Rohingya memang cuba dibuang daripada sejarah Arakan. Penulis
berpendapat demikian selepas membaca pandangan Aye Chan dari Kanda University of
International Studies, bahawa umat Islam
di Negeri Arakan boleh
dibahagikan kepada empat kumpulan yang berbeza, iaitu ;
- Benggali Chittagong dalam Sempadan Mayu,
- Keturunan Komuniti Muslim Arakan
dalam tempoh Dinasti Mrauk-U (1430-1784),
kini hidup dalam
Mrauk-U dan Kyauktaw
- Warisan tentera upahan Islam dalam Ramree
Pulau yang dikenali sebagai sebagai
Kaman
- dan umat Islam dari kawasan Myedu Myanmar Pusat, yang
ditinggalkan oleh penceroboh Burma di Daerah Sandoway
selepas penaklukan Arakan pada 1784.
Kata beliau, siapa pula Rohingya? Rohingya adalah umat Islam
di kawasan Sempadan Mayu, hari ini dikenali sebagai Buthidaung dan Maungdaw iaitu daerah terpencil di bahagian
barat negara merentasi Sungai Naf iaitu sempadan
Bangladesh.
Istilah "Rohingya"dikatakan beliau mula digunakan
dalam tahun 1950-an oleh penduduk Bengali berpendidikan dari kawasan sempadan
Mayu dan didakwa tidak boleh ditemui di mana-mana sumber
sejarah dalam bahasa apa-apa sebelum itu.
Pencipta istilah dikatakan daripada generasi kedua atau ketiga pendatang
Bengali dari Chittagong
di daerah moden
Bangladesh. Namun beliau masih bersetuju bahawa memang
wujud masyarakat Islam di Arakan sebelum negeri
ini diserap ke dalam British
India.
Perkataan "Rohingya" didakwa oleh
Aye Chan pertama kali dilafazkan oleh
Encik Abdul Gaffar,
Ahli Parlimen dari
Buthidaung, dalam artikelnya "Islam Sudeten,"
yang disiarkan dalam harian Guardian pada 20
Ogos 1951.
Kita tidak
seharusnya hairan jika sesuatu nama bangsa hilang dalam persuratan kerana
agenda genosid bukan suatu agenda mematikan nyawa sahaja sebaliknya proses
penghapusan jejak bangsa, warisan budaya dan tradisi juga cuba dihapuskan dan
tulisan sejarah memang ditulis oleh golongan yang berhasrat menghapuskan
warisan empayar Muslim di Arakan. Sebagaimana Barat berusaha memusnahkan tinggalan
sejarah Pattani Darussalam, begitu juga Barat akan berusaha memastikan pemerintah
tempatan seperti Burma menghapuskan segenap tinggalan sejarah dan ilmu tamadun
Mrauk-U yang muslim itu.
Bagi versi Islam kita boleh merujuk buletin yang dikeluarkan
oleh www.rohingya.com . Dalam tahun 957 M (jauh sebelum kehadiran Islam dalam Arakan), pencerobohan Mongol (paganisme tanpa agama) melanda Arakan dan meletakkan
orang Mongol sebagai raja di
Arakan. Campuran kahwin antara
penduduk tempatan dan Mongol menghasilkan
bangsa Rakhine. Mereka yang kini dikenali sebagai Rohingya bukan berasal
daripada orang asing tetapi adalah orang
asli tempatan.
Di Arakan, Rakhine dan Rohingya telah dilahirkan dengan
kedatangan orang-orang Aryan dari Timur Laut
dan berkahwin campur dengan penduduk tempatan melalui penilaian sejarah.
Rohingya bukanlah satu nama baru atau baharu dicipta .
Rohingya adalah nama dalam sejarah yang telah mengalami
perubahan. Sepertimana perubahan nama bandar daripada nama ;
- Akyab ke Sittwe,
- Rangoon kepada Yangon,
- Arakan dipanggil Rakhine,
- Burma kepada Myanmar dan
lain-lain lagi.
Selepas sejarah Islam muncul di Arakan, genetik kaum Rohingya
menjadi rencam kerana mengalami campuran perkahwinan antara ;
- Aryan tempatan dan Mongol serta Hindu.
- Arab dan pedagang Parsi
- Tentera Pathan army, Turki.
- Pengikut Shah Shuja daripada
Empayar Mughal India.
- Hamba-hamba Benggali.
Kesimpulan bagi tulisan ini, penulis boleh senaraikan
beberapa plot tindakan anti Rohingya atau erti kata lain aktiviti anti Islam
berlaku pada jangka waktu berikut:
Sue Paw
first of all I would like to say
something about me I am sue paw I born Burma in1985 in yagoon midical hospital.
my father was government worker and my grant father was military officer in
arakn 1958 , my grand father has dies 1970 but I am only the one grand daughter
he left a note book of his life history this note has 8 page of about rohingya.
while I have got admission in yongon unviersity.in first year in colege were a
debate about burma ethnic people hostory, suddenly I spoke with my mum to help
me and she gave my grand pa diary I studied my grnd pa diary. at the middille
of diary I read about rohingya and its was my fist time hearing about rohingya.
its was a very interesting history. I am wrtting according to my grand pa
diary. rohingya are very kind loving people rohingya were traveller from arab
and one day arab ...
boat leaked and boat people were
statrted to stay in arakan state they have got married local woman they birth
child in a family bout 10/25 children has bith by them its was increasing large
part. he also said that they are living for century. there is long hisory about
I have all history about them.after one day I discussed with my college teacher
she said that rohingya are not from burma. arakan was a separation country
while the british were clonozing they creat this problem for them1948 Burma was
getting freedom that time also rohingya was in arakn. last month I went o visit
burma from singapore I have seen news that rohiingya are buring rekhinist house
I have called to my frn on mandely who work in bumrese tv she come to yangoon
last two week ago I asked all the the detail she siad the rohingya is most
vunerable people rekhinist people and burmese security force jointly killing them
and burning their houses but our tv showing that rohingya burming their house
its was a complelty made up. my question is that if we can live in burma why
not rohingya plese stop this racism if you really love burma and you want
areally democraccy please speake up for the truth and for rohingya. and I have
decided to do something for rohingya I will my to submite my grand diary to the
internationality territory in Thailand I will also throw a copy of my grand pa
on internate if I get back to singapore , pls don't beliv this history thanks.
Muhammad Nuruddin bin Bashah
017 6291368
31 Laluan Permai
Puteh 8,
Taman Siputeh
Permai,
31560 Siputeh,
Perak. 017 6291368
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203