Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Wednesday, December 21, 2011

Tinggalan bencana AS di Bumi Baghdad

Neraka AS di Bumi Baghdad

Muhammad Nuruddin Bashah

Neraka dunia, begitulah yang boleh digambarkan keadaan politik, sosial, ekonomi dan masa depan rakyat Iraq sepeninggalan tentera Amerika Syarikat. Walaupun Barack Obama mendabik dada mengatakan bahawa mereka telah menyelesaikan tugasan memakmurkan negara tinggalan Abbasiyah ini, hakikatnya Iraq telah berubah kepada jalur sosial yang jauh berbeza daripada tinggalan Saddam dan Baath.

Barack Obama telah mengumumkan bahawa tentera AS akan ditarik keluar sepenuhnya dari Iraq menjelang Disember 2011 dan hubungan antara dua negara itu akan normal selepas tentera AS ditarik keluar dari Iraq. Kedua-dua pemimpin negara juga bersetuju dengan keputusan yang mengatakan sejumlah 4,400 orang tentera AS telah terbunuh dalam tempoh sembilan tahun mereka di Iraq.

Perang ini didalangi oleh Yahudi dan Isreal seperti didedahkan oleh Jim Moran (Ahli Kongress AS Virginia) bahawa Perang ini dimulakan oleh AS atas desakan Yahudi malah AS berterima kasih atas cadangan dan galakan kewangan Yahudi dalam usaha menghancurkan Iraq.

Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki yang selesai berjabat tangan di Auditorium Mahkamah Selatan di Rumah Putih, Washington pada Isnin, 12 Disember 2011 dikatakan yakin jalinan hubungan diplomasi antara dua negara ini akan berjalan denga lancar. Adakah Al Maliki terlalu yakin dengan ketulusan Obama? Atau Baghdad sendiri sudah tiada pilihan melainkan memilih menjadi boneka AS atau satelit perang AS di Teluk Parsi?

Dalam hal ini, Obama selaku ketua Perang penjajahan yang tidak popular ini sanggup beberapa kali mengeluar kenyataan berkenaan jasa dan kebaikan yang telah Washington curahkan di Iraq. Negara Uncle Sam digambarkan sebagai pembuka tirai demokrasi, keadilan, kemajuan dan kemodenan sosial di Iraq sedangkan luka yang ditanggung oleh para rakyat terlalu perit. Parut perang ini perlu diungkit agar generasi terkemudian Iraq tahu betapa kehadiran AS di negara itu adalah bencana bukannya syurga.

Kumpulan tentera AS terakhir dijangka keluar dari Iraq menjelang 31 Disember.Walau bagaimanapun, beribu-ribu tentera yang lain masih kekal di Afghanistan membuktikan mereka masih belum menyelesaikan ’assigment’ penting membogel tamadun Islam di dua buah negara Islam berkenaan. Kini 6,000 orang kekal di Iraq berbanding 170,000 orang yang pernah berada ketika kemuncak perang berlaku pada 2007.

Pengeluaran tentera AS bakal menamatkan perang di mana hampir 4,500 rakyat Amerika telah terbunuh, manakala kira-kira 32,000 orang cedera.

Iraq dan sejarahnya telah lama melalui ratusan siri peperangan malah telah menghadapi sebuah perang kuno yang mengubah landskap politik dan polisi agama negara iaitu kejatuhan Baghdad terhadap Monggol pada 1258 M. Kini sekali lagi Iraq menghadapi ancaman pengubah budaya oleh Amerika dan Yahudi malah mereka sememangnya berhasrat melahirkan negara Islam mandul di bumi ulama’ ini. Walaupun Baath pernah menzalimi sejumlah besar ulama’ negara itu, ia tetap meletakkan tradisi ilmu agama di tempat yang cukup tinggi malah masih menjadikan rakyatnya Islam dalam pelbagai aspek.

Apa kesan sesebuah perang?

Pertamanya rakyat di sesebuah negara yang berperang akan diancam kematian kerana peperangan menyebabkan banyak nyawa orang awam melayang baik yang dewasa, kanak-kanak, mahupun warga tua. Dalam perenggan di bawah anda akan melihat statistik kematian golongan intelegensia dan akademik yang ramai di Iraq.

Kedua ia menyebabkan kemusnahan besar harta benda persendirian dan awam yang rosak atau runtuh serta terbakar dan tulisna ini terlalu sempit untuk membincangkan statistik kemusnahan harta benda di Iraq termasuk khutub khanah yang amat bernilai.

Ketiga, pelbagai masalah sosial seperti gejala depresi/ tekanan perasaan / traumatism meningkat terutama dalam kalangan kanak serta menjejaskan pembangunan sumber manusia pada masa depan. Masalah lain seperti peningkatan jenayah seperti rogol, rompak dan kemelesetan akhlak.

Keempat, kesan terbesar adalah terhadap sektor pendidikan yang kian terancam. Kadar keciciran meningkat kerana sekolah terpaksa ditutup serta nisbah pelajar terhadap bilik darjah adalah melebihi 46:1.

Kelima, krisis makanan dan kesihatan telah dialami oleh rakyat serta kurang bahan makanan dan bekalan ubat-ubatan yang boleh didapati.

Kesihatan yang merosot

Dahulu Iraq mempunyai sistem penjagaan kesihatan negara terbaik di Timur Tengah. Arab Saudi yang mewah dengan pendapatan petrol misalnya, hanya memiliki sebahagian kecil kelebihan yang dimiliki Iraq ini.

Iraq mempunyai kemudahan sosial yang moden dengan pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan kelas pertama. Malah rakyat Iraq telah menikmati salah satu piawaian hidup yang tertinggi di Timur Tengah.

Misalnya pada tahun 1991, terdapat 1,800 pusat penjagaan kesihatan di Iraq. Walau bagaimanapun, lebih sedekad kemudian, jumlah tersebut berkurang hampir separuh dan hampir satu pertiga daripadanya memerlukan proses pemulihan secara besar-besaran.

Iraq telah menggunakan hasil minyak negara yang mencakupi 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang moden dengan hospital ala Barat yang besar dan teknologi moden. Pusat pengajian perubatan dan kejururawatan di Iraq telah menarik pelajar dari seluruh Timur Tengah malah ramai pakar perubatan Iraq telah dilatih di Eropah dan AS.

Dalam tahun 1990, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang utama telah mencapai kira-kira 97% penduduk bandar dan 78% penduduk luar bandar. Malangnya, Perang Teluk pada tahun 1991 dan lebih 13 tahun sekatan pembunuhan yang ditaja oleh AS telah memusnahkan ekonomi dan infrastruktur Iraq.

Kini tahap kesihatan kanak-kanak Iraq cukup menyedihkan. Menurut Penunjuk Pembangunan Dunia oleh Bank Dunia (2009), jangka hayat di Iraq adalah 65 pada tahun 1990, meningkat kepada 71 pada 1996 dan menurun kepada 67 pada tahun 2007. Dengan konflik Sunni-Syiah yang ditajai oleh Yahudi-AS menyebabkan urusan penyelenggaraan hospital menjadi teruk dan menimbulkan masalah mazhab, kasta dan diskriminasi.

Menurut Menteri Kesihatan Iraq, Soleh al-Hasnawi, selama lebih 35 tahun kemudahan kesihatan di Iraq tidak pernah mengalami apa-apa kemajuan. Kemudahan kesihatan terakhir yang pernah dibina di negara itu adalah pada tahun 1970-an dan di Baghdad adalah antara tahun 1984-1985. Hal ini jelas menunjukkan penderaan konflik perang di Iraq telah mengakibatkan kadar pelaburan berkurang, berlakunya pengabaian serta lebih masa dan usaha diperlukan bagi meningkatkan kembali sistem kesihatan dan institusi di Iraq.

ILCS Data on Iraqi Infrastructur telah menyenaraikan tiga masalah infrastruktur utama yang sedang dihadapi oleh Iraq iaitu air, elektrik dan sanitasi. Menurut definisi PBB, dianggarkan hanya 54% daripada isi rumah mempunyai akses kepada sumber air yang selamat dan stabil. ‘Selamat’ bermaksud sambungan isi rumah, paip awam, lubang telaga dilindungi dengan baik. Air di Baghdad adalah ‘selamat’ walaupun diketahui is tidak boleh diminum. Selain daripada kawasan luar bandar di kawasan utara, majoriti sumber elektrik rumah di Iraq disambung ke grid, 29% mempunyai sumber sekunder manakala 78% isi rumah mengalami masalah voltan setiap hari. 36% isi rumah pula berdepan dengan masalah kemudahan tandas yang tidak lengkap.

Wanita dilayan bagai binatang

Sumber-sumber pemerintah Iraq telah dikeluarkan dan ia cukup mengejutkan. Laman sesawang Arab Times mengeluarkan statistik bahawa kini telah ada satu juta janda di Iraq.

Menurut laporan itu, secara rasminya kini 2.500.000 kematian rakyat Iraq berlaku akibat penjajahan AS, selain 4 juta anak yatim piatu yang ditinggalkan oleh perang tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Iraq juga telah mengeluarkan angka yang menunjukkan sekitar 800.000 individu telah hilang di negara itu pada Januari 2008. Individu hilang juga melibatkan konspirasi rahsia AS menculik para ilmuan dan pemimpin masyarakat Iraq yang berpengaruh.

Lebih menyayatkan hati kita apabila gambar-gambar wanita berjilbab dan berpurdah di Iraq dirogol secara terbuka dan beramai-ramai. Maruah umat Islam cukup cemar. Gadis dan wanita dirogol di hadapan suami atau ayah mereka sendiri!

Perang menjejaskan sistem pendidikan.

Pada 28 Mac 2003, UNICEF telah melaporkan bahawa, ‘Sistem pendidikan di Iraq sebelum 1991 adalah antara yang terbaik di rantau ini dengan 100% Kadar Pendaftaran Kasar (Gross Enrolment Kasar) bagi sekolah rendah dan tahap literasi yang tinggi dalam kalangan lelaki dan wanita. Pusat Pengajian Tinggi khususnya institusi-institusi berasaskan sains dan teknologi berada pada tahap antarabangsa dan dianggotai kakitangan yang berkualiti tinggi.’

Pada tahun 1980-an, program kerajaan Iraq yang berjaya membasmi buta huruf dalam kalangan lelaki dan wanita Iraq telah dilaksanakan.

Namun begitu dari tahun 1984 hingga 2003, akibat peperangan dan sekatan ekonomi dunia terhadap Iraq telah menyebabkan masalah berikut;

  • Kadar Pendaftaran sekolah dan institusi pendidikan awam telah menurun.
  • 3.3% daripada KDNK sahaja yang digunakan untuk bajet pendidikan.
  • Kos purata setiap pelajar adalah $47 dolar AS
  • Kadar keciciran 20% dengan dua kali ganda lebih tinggi untuk kanak-kanak perempuan.
  • Manakala 15% kadar pengulangan kelas meningkat.

Masalah dan cabaran pendidikan di Iraq pada tahun 2003 menjelang Perang AS-Iraq:

  • Bekalan yang tidak mencukupi dan keadaan sekolah yang serba kekurangan.
  • 70% sekolah di seluruh Iraq kekurangan air dan tandas.
  • Majoriti sekolah tiada kelengkapan makmal, buku dan memiliki perpustakaan yang sangat terhad sedangkan Iraq suatu ketika dahulu menyimpan jutaan kitab ilmuan era Abbasiyyah!
  • Kurikulum yang ketinggalan zaman serta tiada guru untuk melatih pelajar akibat kematian guru yang sengaja dirancang.

Di bawah adalah kajian UNESCO yang menampilkan kematian para ilmuan, intelegensia dan ahli akademik yang kian bertambah. Kematian ahli akademik sudah cukup untuk meranapkan seluruh tamadun sesuatu bangsa atau negara.

Sejajar dengan Hadis Rasulullah dari Abdullah bin Amru bin Al –As : Bahawa Rasulullah saw telah bersabda “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak akan mencabut ilmu (agama) dari dada sekalian manusia akan tetapi ilmu itu dicabut dengan di matikan alim ulama. (Riwayat Imam Muslim)

Peratusan ahli akademik Iraq yang terbunuh/dibunuh/diculik

Sains : 31%

Perubatan : 23%

Sains sosial : 11%

Sains Kemanusiaan : 22%

Lain-lain : 13%


Kajian : UNESCO

Kadar kematian ahli akdemik Sains mengikut bidang

Kejuruteraan : 33%

Pertanian : 14%

Fizik : 13%

Kimia : 10%

Pakar sains yang paling ramai terbunuh di Iraq adalah di kalangan jurutera atau pensyarah kejuruteraan. Jurutera adalah pemangkin kebangkitan Iraq sepertimana Jepun yang musnah suatu ketika dahulu berjaya dibangunkan semula kerana ramai juruteranya berjaya diselamatkan kerajaan.

Dianggarkan bahawa 25% daripada 18,000 doktor Iraq telah meninggalkan tanahair mereka sejak pencerobohan pada tahun 2003 manakala lebih 250 orang doktor telah diculik tanpa berjaya dikesan semula.

Perang ini adalah perang ciptaan Yahudi. Angelina Jolie selaku seorang Yahudi juga pernah berkata:

Kanak-kanak yang kita bincangkan ini, kesemuanya diperlukan oleh kita? Kita selaku komuniti antarabangsa dan inginkan mereka membesar sebagai seorang doktor, peguam, jurutera dan guru kerana inginkan mereka membangunkan semula negara ini (Iraq) dan memimpin semula negara ini kelak. Jadi saya ingin kita jangan anggap mereka sebagai golongan 10 daripada sejuta yang memerlukan bantuan sebaliknya menganggap mereka sebagai 10 daripada sejuta yang kuat dan upaya untuk melakukan tugasan yang hebat!

Sejauh mana keikhlasan kenyataan di atas? Kenyataan Angelina Jolie ini ada kebenarannya juga walaupun kita sedar ramai para selebriti dan pemimpin AS yang bermuka-muka dalam isu Palestin dan Iraq.

Kesan senjata Kimia dan Biologi

Amerika memang juara dalam menyuarakan penggunaan senjata pemusnah serta tanpa segan silu mengatur dunia akan peraturan nuklear tertentu. Mereka tidak mahu ada negara lain yang akan mampu memberi ancaman kepada mereka melainkan sekutunya atau negara yang terpaksa diberi mandat nuklear akibat kuasa veto negara tersebut dalam PBB.

Tapi lain pula ceritanya bila negara Israel yang berbuat demikian. Sokongan Amerika terhadap negara Yahudi ini tidak pernah putus malah apa sahaja yang dilakukan oleh negara ini dihalalkan dengan cukup mudah. Siapa yang menghalang mesti dihapuskan dengan apa cara sekalipun. Negara lain seperti Iraq, Iran, Korea Utara dan beberapa negara lain menjadi sasaran dasar luar Amerika ini.

Penggunaan senjata kimia atau biologi halal bagi Amerika walaupun diharamkan terhadap negara lain. Lihat saja kesan yang terpaksa ditanggung oleh generasi kanak-kanak Iraq sekarang. Kecacatan janin, kelahiran bayi bermata satu, barah, kerosakan otak dan sebagainya terpaksa diwarisi dari sikap tidak berperikemanusiaan mereka. Bom Cluster, Depleted Uranium dan Napalm Bomb cukup kuat untuk merosakkan generasi Iraq. Peningkatan bilangan pesakit yang mengalami kecacatan sejak lahir dan leukimia di negara yang pernah digugurkan senjata ini termasuk Iraq telah diakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pakar radiasi, Lauren Moret, ketika membentangkan isu ’Perang dan Senjata Terlarang’ pada Persidangan dan Pameran Menjenayahkan Perang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 29 Oktober 2009 yang lalu mengatakan bahawa bedilan bom bukan sekadar membunuh mangsa secara langsung malah turut memberi kesan kepada kadar kesuburan manusia sekaligus menurunkan kadar populasi dunia. Akibat bedilan bom, golongan wanita yang terselamat secara purata hanya mampu menghasilkan dua setengah anak sahaja. Beliau turut merujuk kepada siri pengeboman yang dilancarkan terhadap Iraq, Afghanistan dan Palestin sebagai contoh.

sumber gambar : http://greeneers.multiply.com/journal/item/1793?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem




Deformed Iraqi baby caused by USA use of depleted uranium to  hardened ammunition

Child with almost total deformity of the face; no recognisable features at all, and what appears to be one eye situated in the middle of the forehead.

Deformed Iraqi baby caused by USA use of depleted uranium to  hardened ammunition

Child with hydrocephalus.

Deformed Iraqi baby caused by USA use of depleted uranium to  hardened ammunition

Extreme hydrocephalus; deformity of face, body and ear. The line running down the right hand side of the head would appear to show that potentially two heads were forming.

Deformed Iraqi baby caused by USA use of depleted uranium to  hardened ammunition

Deformity of ear; possible deformation of lower body.

Deformed Iraqi baby caused by USA use of depleted uranium to  hardened ammunition

Born without eyes. I can offer no explanation as to the translucent quality of the skin other than it is possibly a result of flash photography at close range.

Perang Iraq ternyata AS kalah!

Kita pernah dikejutkan dengan kemarahan seorang wanita yang kematian anaknya, seorang tentera AS di Iraq. Malah kita tahu terlalu ramai rakyat AS yang kian membenci dasar luar AS kerana mengambil kehendak Israel sebagai obligasi sendiri.

Dalam tulisan yang bertajuk ’The truth of US losses in Iraq’, Ali Hussein Bakeer menganggarkan nilai kekalahan AS melalui sumber-sumber selain media perdana AS.

Anggaran yang diberikan oleh sumber asing bebas:

Menurut berita TBR (http://www.tbrnews.org) yang mengira secara berkala jumlah kematian dan kecederaan yang berlaku dalam kalangan tentera AS di Iraq serta mengeluarkan buletin yang sentiasa dikemaskini, jumlah sebenar bilangan askar yang terbunuh di Iraq setakat 23 Oktober 2006 telah mencecah 15,000 dan korban kecelakaan secara keseluruhan pula mencapai 27,000 orang.

Laman tersebut pada 23 Oktober 2006 telah menerbitkan artikel bertajuk ’Perang Republikan: Terima Kasih George!’ yang menyebut jumah sebenar kematian tentera AS di Iraq sehingga 19 Oktober 2006 yang sedang mencecah 15,000 dan semakin meningkat tanpa ada kesudahan. Begitu juga dengan korban kecelakaan keseluruhan yang telah mencecah 27,000 dan peningkatan jumlah ini terus berlaku (sehingga Disember 2011)

Laman web ini merujuk kepada operasi penentangan yang dijalankan ke atas pusat tentera Falcon, selatan Baghdad pada malam 10 Oktober 2006. Dalam operasi ini, lebih 300 tentera AS mati atau cedera. Walau bagaimanapun, jumlah kerugian yang disenaraikan adalah tidak rasmi. Pusat tentera ini sebenarnya menempatkan hampir 5,000 tentera AS tetapi sumber rasmi tidak mengakui jumlah ini sebaliknya mengatakan hanya 100 tentera berada di pusat ini. Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Brian Harring berkenaan pusat tentera yang sama, beliau mengatakan adalah suatu tanggapan yang kuat bahawa Pentagon dengan sengaja tidak menyiarkan angka kehilangan tentera AS yang sebenar.

Berdasarkan data, Kongres Amerika Syarikat sudahpun membelanjakan lebih dari US $345 bilion sejak mengambil bahagian dalam peperangan di Afghanistan 10 tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, US$ 22 bilion telah digunakan untuk menguruskan kegiatan berkaitan dengan perang. Defisit AS semakin meningkat dalam belanjawan tahunannya. Hutang Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada AS$14.3 trilion (RM43.76 trilion) dan Obama kini terpaksa meminta Kongres AS untuk meluluskan rang undang-undang bagi meningkatkan had hutang bagi melindungi ekonomi AS.

Ternyata kenyataan Emmanuel Todd dalam bukunya, ’After The Empire America Decline’ bahawa seluruh dunia tahu dan yakin bahawa Amerika tidak memiliki kewangan yang mencukupi untuk mengawal negara jajahan sebesar Iraq adalah benar. Dari tahun ke tahun, suntikan bajet yang cukup besar diperlukan baik Bush mahupun Obama untuk menyelesaikan permasahan sosial, perang dalaman dan menangani sisa-sisa mujahidin Iraq yang masih mendendami Amerika.

Untuk menjajah Iraq, Amerika Syarikat sehingga setakat ini telah membelanjakan lebih US$708 bilion dengan harapan di akhir nanti mampu dikutip melalui perkongsian operasi minyak yang akan dibahagi-bahagikan dengan beberapa syarikat milik pengusaha Amerika Syarikat.

Obama sebenarnya juga merupakan pemimpin yang suka berperang. Misalnya dalam kes Afghanistan, sebanyak US$723 bilion dijangka menjadi kos keseluruhan yang terpaksa ditanggung oleh Amerika Syarikat sejak berada di Afghanistan, iaitu suatu tempoh yang tidak pun sanggup dilalui oleh Rusia. Omongan Obama di Kaherah bahawa beliau akan berusaha menjadi duta keamanan di Timur Tengah serta Hadiah Nobel Keamanan yang diterimanya tidak berjaya menampilkan imej keamanan yang diharapkan rakyat AS terhadap Obama.

Peperangan di Iraq, menurut tulisan Joseph Stiglizt melibatkan kos sebanyak US $3 trilion, dan anggaran tersebut dibuat sehingga tahun 2007, di mana bukunya, ’The Three Trillion Dollar War: The True Cost of the Iraq Conflict mula dipasarkan.

Menurut pemenang hadiah nobel bagi ekonomi pada tahun 2001 itu, operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Iraq telah melampau kos perang selama 12 tahun di Vietnam dan melampaui dua kali ganda dari kos Perang Korea.

Menurut sebuah kajian oleh Brown University pula, penglibatan AS di Afghanistan, Iraq dan Pakistan telah menelan biaya sekitar 4 trilion dolar dalam 10 tahun terakhir.

Akibatnya kadar pengangguran di AS meningkat sehingga 9%.

Ketika tentera Britain dan Amerika Syarikat (AS) mempertaruhkan nyawa menyerang Iraq atas sebab yang mereka sendiri tidak pasti, isteri dan anak-anak tentera terbabit turut berjuang untuk hidup berikutan ketiadaan sumber kewangan tetap untuk menyara mereka. Akhbar The Mirror menyebut, isteri dan anak-anak 30 tentera Britain yang disahkan mati dalam serangan terhadap Iraq, meminta kerajaan memberikan mereka pampasan sewajarnya bagi mengelakkan mereka menghadapi kemungkinan kebuluran dan tidak mempunyai kediaman.

Hubungan inter-mazhab yang rosak

Cara paling keji yang digunakan Amerika untuk melemahkan perjuangan rakyat Iraq ialah dengan mencetuskan perang saudara di antara penduduk yang bermazhab Sunnah dan Syiah. Masjid-masjid Syiah dibom oleh ejen-ejen CIA dan Mossad lalu menuduh golongan sunnah yang melakukannya. Tentera penjajah berserta pemimpin-pemimpin syaitan mereka akan menggunakan dan menghalalkan apa jua cara demi untuk menghancurkan Timur Tengah dan Islam.

Menurut ‘How Neocon Shiite Strategy Led to Sectarian War’ oleh Gareth Porter, perancang-perancang perang dalam pemerintahan Bush juga telah memutuskan bahawa para militan Syiah akan mendapatkan pilihanraya pada bulan Januari 2005 dan kinin jelas ia benar-benar berlaku. Dengan keputusan-keputusan itu, Iraq terjun ke dalam kancah perang etnik Sunah- Syiah yang tidak akan dapat dielakkan. (http://www.commondreams.org/headlines07/0207-04.htm )

Sepanjang tahun 2004 dan separuh pertama tahun 2005, para militan Syiah mengambil kesempatan terhadap dasar sokongan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan kuasa mereka di Baghdad dan mula bertindak ganas terhadap komuniti Sunni. Selepas kerajaan di bawah Parti Dawa Ibrahim Jaffari telah dibentuk, Briged Badar Syi'ah telah dipindahkan ke Kementerian Dalam Negeri, yang menjadi kenderaan aktiviti keganasan negara Syiah itu. Bush dengan liciknya enggan mengaku bahawa keganasan yang dilakukan oleh Briged Badar Syiah wujud di bumi Iraq.

Hanya pada bulan Oktober 2005, selepas berlaku perbalahan sengit dalam pentadbiran dalaman Washington, Kedutaan Besar AS mula menentang usaha Syiah untuk memaksa warga Sunni keluar daripada ibu negara. Namun ia sudah terlambat. Perang etnik tidak akan kembali menjadi reda dengan pertumpahan darah yang begitu dahsyat di kalangan Syiah-Sunnah dan ia sebenarnya agenda sulit Yahudi-AS di bumi ulama’ ini.

Legasi kepimpinan AS di Iraq?

Pada tahun 2003, Saddam Hussein telah digulingkan secara paksa oleh Amerika Syarikat, United Kingdom dan sekutu-sekutu mereka sejurus patung Saddam diruntuhkan.

Pada bulan Mac 2004, satu majlis pemerintahan telah ditubuhkan oleh majlis tentera bersekutu untuk satu perlembagaan untuk satu pilihanraya diadakan untuk "Perhimpunan Kebangsaan" (Al Jam'iyya Al Wataniya) tidak lewat dari penghujung bulan Januari 2005. Majlis Kebangsaan ini akan merangka satu perlembagaan yang baru yang akan diluluskan oleh rakyat Iraq melalui satu referendum. AS tidak leka malah mengambil kesempatan memasukkan buah fikiran AS dalam pembikinan perlembagaan ini.

Pilihanraya untuk Perhimpunan Kebangsaan tersebut telah diadakan pada 30 Januari 2005. Pakatan Iraq Bersatu (Al I'tilaf Al Iraqi Al Muwahhad) yang didominasi oleh golongan Arab Syiah telah memenangi 48% daripada undi keseluruhan dan mendapat 140 kerusi di dalam Perhimpunan Kebangsaan. AS juga memastikan parti islam atau haluan islam tidak akan menjuarai politik Iraq. Ia kelihatan demokratik berbading era Saddam namun kita sedar jarum kapitalisme AS lebih dahsayat berbanding sengatan Sosialisme Baath.

Di mana sahaja negara yang dicerobohi AS, pasti akan diasuh dan dipastikan menjadi anak didik Amerika. Cukup jelas hal ini apabila Iraq yang suatu ketika dahulu hanya bergantung dengan teknologi sendiri dengan dibantu oleh teknologi negara sosialis/komunis kini mengorak langkah membeli persenjataan AS. Umum mengetahui perniagaan senjata adalah periuk nasi AS yang terbesar selepas industri hiburan. Pertemuan Obama dengan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki membuahkan perjanjian pembelian pesawat pejuang F-16 dari AS.

Pendudukan Amerika selama 6 ½ tahun yang bermula secara rasmi pada 2 September 1945 dan berakhir pada 28 April 1952 di Jepun juga menyaksikan perkara yang sama berlaku iaitu Jepun dijadikan tikus putih ketenteraan AS, menjadi pelanggan persenjataan dan Jepun dipaksa mengakui AS sebagai Nuclear Umbrella Jepun sekaligus mematikan terus aktioviti perluasan militari Jepun.

Penutup

Perang menentang terrorist atau pengganas adalah satu gagasan yang cukup pelik. Menurut C. Doughlas Lummis dalam tulisannya ’Terror and the Terrorist’ mengatakan retorik pengisytiharaan perang menentang pengganas adalah retorik yang cukup dusta dan tidak logik kerana perang adalah suatu tindakan. Tindakan hanya boleh dilakukan terhadap objek, entiti, individu atau negara tertentu. Jika kita mengatakan kita perang rasuah, ia bermakna kita memerangi sikap rasuah dan ia terlalu luas dan abstrak serta tiada jangkamasa tertertentu. Jika Amerika mengatakan mereka memerangi pengganas, ia terlalu luas dan membesarkan saiz wewenang Amerika untuk membunuh sesiapa sahaja yang dilabelkan mereka sebagai pengganas.

Semasa Winston Churchill menyertai Perang Dunia II adakah Britain mengisytiharkan perang terhadap Blitzkreig atau menentang Jerman? Blitzreig adalah taktik bukan entiti atau objek. Ia adalah taknik kerja perang yang boleh disamakan dengan terrorist. Ternyata perang yang cukup tidak popular ini telah lama tidak direstu oleh rakyat AS sendiri apabila tinjauan pendapat ABC News dan Washington Post menunjukkan rakyat seramai 57% sejak awal ragu dengan sikap gopoh Bush. Kembalinya tentera AS dari Iraq meninggalkan 1001 kisah sedih dan sadis.

Muhammad Nuruddin bin Bashah

31 Laluan Permai Puteh 8,

Taman Siputeh Permai,

31560 Siputeh,

Perak.

017 6291368

Wednesday, December 14, 2011

Islam lebih lama di bumi Palestin

Islam berada di Palestin selama 1310 tahun sehingga 1948, (dari 638 M hingga 1948) manakala Kerajaan Yahudi hanya menguasai selama 434 tahun sahaja (bermula kerajaan talut 1020 SM hingga 586 SM serangan Nebuchednezar II dari Baylon)...so sana tu tanah sapa? malahan, Darah anak Palestin sekarang adalah dari keturunan Philistine + Canaa'n iaitu suku kaum pertama duduk di sana sebelum Nabi Ibrahim sampai...
· · · 3 minutes ago

  • Nurul Izzah Yaacob likes this.

    • Muhammad Nuruddin Bin Bashah Nabi yaakub bapa segala Israel adalah berketuruna Nabi Ibrahim dari sku kaum Babylon di Iraq...kalau nak main keturunan, Cana'an lebih awal dari suku babylon di Palestin....kalau nak main agama...Nabi Ibrahim adalah beragama sama dengan Islam...so apa hujah Zionis?..melainkan manipulasi perkauman ras Jews sebagai pengabsahan...
      about a minute ago ·

Saturday, December 10, 2011

STRATEGI ZIONIS 1800an...

Abad ke19 (tahun 1800an) adalah tahun kebangkitan Zionis di Eropah sehingga berani desak Sultan Turki serah Palestin kepada mereka.
Tahun 1800an juga menyaksikan beraninya British buang negeri Sultan Abdullah (Sultan kita)..asal hajat berniaga, kemudian menaungi, kemudian, ubah undang2, kemudian singkir Raja islam.
Inilah strategi koloni British-Yahudi pada era 1800an....

Wednesday, December 7, 2011

Sembang-sembang isu Palestin

Dahulu, Bangsa Turki Mamluk yang pertahan Dinasti arab Abbasiyah dalam perang Monggol-Ain Jalut 1260 M. Kini Palestin lambang islam No.2 dipertahan oleh Turki moden...bukan Arab Saudi atau arab lain. Dah lumrah bukan arab akan menaikan Islam sebagaimana Imam2 hadis,fiqh dan tafsir silam yang kebanyakan bukan arab sebaliknya majoriti Parsi, Kaukasus, Padang Steppe dan Pheonician...
Menguak pembohongan Zionis- kalau Nazi yang bunuh kamu..kenapa Arab palestin yang kamu bantai........!! (selain Palestin, Uganda terlebih dahulu dipilih sebagai tempat baru Yahudi)

Mai baca dialog saya dengan sahabat saya Muhammad pada 6 Disember 2011 berkenaan isu Palestin

Today


Report · 5:47pm

salam din

weh..

aku nak mintak hg tulis pasal nihh..


Report · 5:48pm

pasal apa mat bean


Report · 5:48pm

leh wat buku, pastu aku translate kan ke bahasa inggeris


Report · 5:48pm

apa kebendenye


Report · 5:48pm

tajuk dia takut dengan bayang sendiri

takut dengan bayang sendiri (zionis)


Report · 5:50pm

pasal zionis ni banyak gila bahan aku tapi aku jenis tak sabar tulis buku mat


Report · 5:50pm

wat by topik la din

wat dalam 10 ke 15 topik ka

pastu leh compile

tapi msg dia ialah depa takut pada bayang sendiri


Report · 5:50pm

ooo agak2 bila hang nak


Report · 5:51pm

jgn kondem sgt

sebab kita nak buku nih pi kat orang putih skali

klau dah ada nanti, aku try translate..

pastu kita pi publisher tgk mcm mana...

dah ada, kita antaq buku2 nih pi tempat kritik, tgk respon depa mcm mana


Report · 5:52pm

tunggu aku mai KL dalam bulan 1..kita bincang....anggfap ja ni projek kita dua


Report · 5:52pm

cantek

so dlm buku tu pun hg kena amik jugak pandangan dari sebelah barat jugak

kasi seimbang, tapi main point ialah depa takut bayang sendiri


Report · 5:52pm

contoh


Report · 5:53pm

mcm jew orthodoks xsetuju ngan zionis

pasal perang dunia kedua tu...


Report · 5:53pm

tu memang aku dah tau yahudi bukan semua zionis


Report · 5:53pm

pasal kasta dalam yahudi, dimana jew dari etopia biasanya kasta bawah


Report · 5:54pm

la ada pariah yahudi plak...


Report · 5:54pm

dan perjanjian tahun 1948, bila depa mula bawak masuk jew ke palestine,

aku dengaq mcm tu la

mcm tahun 1948, depa nak sebahagian negara palestine jadi negara jew, tapi arab suma xnak

arab suma duk rasa kuat walhal depa xtau yahudi time tu backup oleh amerika

tu yg depa amik sikit demi sikit tuuu

skali pak arab suma lena kena candu xwat apa2 pun


Report · 5:57pm

qaradhawi kata pada 1946 lagi negara Zionis dah tertubuh sebab usaha gigih Zinos paksa British latih askar rahsia depa, Irgun, haganag dan Stan Gang...sedangkan askar polis palestin hanya ada 100 orang sahaja!


Report · 5:57pm

time tu arab kata nak support

klau org palestine dan arab bagi kawasan tu, kemungkinan xjadi mcm skrg

mcm perjanjian rasulullah dlu tu kat madinah

suma sahabat xsetuju sebab mcm berat sebelah kat kapiaq

tapi long term sebenarnya baguih utk org islam

tapi sebab arab duk rasa kuat time tu, depaxnak bagi..

tapi sebenarnya memang xpatut bagi pun


Report · 6:01pm

Mat rasulullah bagi tanah yahudi sebab tanah khaibar, Nadhir dan Quraizhah memang milik depa sebelum Yathrib jadi madinah....tak de isu masa tu...la ni Palestin dah diduduki oleh Arab Kannan tu lebih ribuan tahun sejak Palstin dinyah oleh Nebuchednezar bailon mat...


Report · 6:02pm

oooo


Report · 6:02pm

Umar Khattab ja yang panggil depa mai sedikit tapi tentera Salib halau depa balik..soa Arab kannaan tetap duduk situ


Report · 6:02pm

oo mcm tu yaa


Report · 6:02pm

kerajaan nabi Daud/Judah hanya bertahan 43 tahun ja mat...bayangkan beza masa Islam dengan yahudi pegang Jeressalam


Report · 6:02pm

baguih din

ooo..sat jaaa


Report · 6:03pm

mat aku nak ambik wardah..nanti kita sembang lagi...


Report · 6:03pm

orait2


Report · 6:03pm

Assalamualaikum



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...