Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Tuesday, March 29, 2011

Bekas pemimpin rejim Khmer Rouge kemuka rayuan

Anda tahu tak betapa kejamnya Komunis Kemboja yang bernama Khmer Rouge? Kalau belum sedar kaji lah mulai sekarang

Bekas pemimpin rejim Khmer Rouge kemuka rayuan



PHNOM PENH - Peguam bela kepada bekas pemimpin rejim Khmer Rouge mengemukakan rayuan bagi membebaskannya dari hukuman 30 tahun penjara dalam sidang di Mahkamah Jenayah Perang Kemboja yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Kaing Guek Eav, 68, atau lebih dikenali sebagai Duch didapati bersalah melakukan jenayah perang dan kekejaman terhadap kemanusiaan yang menyaksikan kematian seramai 15,000 mangsa melalui hukuman berbentuk seksaan semasa tertuduh menjadi komandan penjara di penjara Tuol Sleng pada akhir tahun 1970-an.

Perbicaraan terdahulu menyaksikan Guek Eav berulang kali memohon maaf di atas perbuatan tidak berperikemanusiaannya semasa bertugas di pusat tahanan yang turut dikenali sebagai S-21.

Dalam perbicaraan yang diadakan, semalam, peguam Kang Ritheary membahaskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas Guek Eav kerana bukan dia sahaja yang berkhidmat sebagai pemimpin kanan rejim itu dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah tersebut.

Sebelum ini, Guek Eav dijatuhi hukuman 35 tahun penjara tetapi mahkamah bertindak mengurangkan hukuman kerana dia pernah ditahan secara tidak sah selama beberapa tahun.

Saturday, November 27, 2010

1.2 juta anak Arab diculik Mafia Israel laknat

1.2 juta anak Arab diculik Mafia Israel laknat

Telah 10 tahun Rezim Zionis Israel menculik hampir 1.2 juta kanak-kanak Arab melalui kumpulan kumpulan Mafia mereka serata dunia. Berita mengejutkan ini dihebahkan oleh agensi Al Mujtama’ yang menyatakan ini adalah strategi baru menghadapi bangsa Palestin. Penculikan terhadap anak-anak bangsa Arab yang dilakukan mafia Israel merupakan strategi rezim ini untuk menahan kadar fertiliti penduduk Palestin Islam.

Anak-anak tersebut kemudian diserahkan kepada keluarga Zionis untuk diyahudikan. Lembaga Perlindungan Anak-anak Mesir mengungkapkan, mafia Israel sejak dibentuk hingga kini telah menculik lebih sejuta anak-anak Arab dan sebelum diserahkan kepada keluarga Zionis mereka dipaksa untuk menjadi Yahudi.

Lebih 9.5 billion dolar telah dibelanjakan untuk pengurusan mendidik dan melatih anak-anak arab ini untuk dijadikan kader Zionis dan agen pengganas Israel.

Israel, negara haram yang dibentuk oleh Inggeris sedang berusaha menambah penduduknya untuk mengimbangi kadar pertumbuhan rakyat Palestin. Yang pasti sebagai negara haram, Israel tidak memiliki batasan wilayah dan jumlah penduduk tertentu.

Pusat Data Statistik Palestin menyatakan, jumlah warga Palestin pada tahun 1948 sebanyak 1.4 juta orang, namun pada akhir 2008 bertambah tujuh kali ganda menjadi 10.6 juta orang penduduk.

5.1 juta penduduk Palestin hidup pelarian . Adapun jumlah warga Zionis sendiri hanya 5.5 juta orang.

Adakah umat Islam di Malaysia sedar hal ini?

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA Teras

Saturday, August 21, 2010

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara
Ku kira Syeikh Ahmad Yassin akan menangis,
(Jika dia masih hidup kini)
Dari kelopak matanya yang buta,
Bukan pada darah-darah yang mengalir basah dibumi syuhada,
Bukan pada ratapan doa, anak dan isteri yang dizalimi,



Namun Syeikh Yassin pasti mengalirkan air mata,
Melihat, bagaimana kita; ummah nusantara,
Memandang tanpa berbuat apa-apa, mendengar dan berdiam cuma,




Pada potret kemusnahan satu bangsa,
Melayu Patani,
Yang maruahnya kini, sedang dipijak-pijak kaki,




Kukira Syeikh Yassin,
Pasti akan menutup telinganya yang kurang mendengar,
Kerana tidak mampu tertahan pada suara gamat yang kedengaran,
Bukan oleh dentuman bedil, mortar, atau bom kawalan,
Bukan pula oleh rayuan imam memohon simpati, terseksa di kem tahanan,
Namun Syeikh Yassin pastikan tidak mampu tertahan,


Pada kita, yang asyik bergelojak gembira siang dan malam,
Di saat jiran kita, yang hanya terpisah sempadan,
Anak yang kehilangan bapa,
Isteri kehilangan suami tercinta,
Bapak kehilangan anak, pewaris cita-cita masa depan,
Sang kakak hilang segala-galanya, semua sanak saudara...


Kukira Syeikh Yassin,
Mampu berdiri menahan geram,
Walau kakinya lemah tak berkuasa,
Di saat bangsa muslim lainnya bebas merdeka,
Sedang mewar-warkan kemegahan negara,
Mencita-citakan kemodenan segala,
Mereka lupa pada Muslim Patttani, yang jaraknya sejengkal cuma,


Satu Aqidah, Satu Bangsa, Satu Bahasa,
Satu Ummah dengan Negara-negara merdeka – Malaysia – Indonesia,


Ketika saudara mereka Pattani,
Ditembak tika menjejaki tetangga masjid,






Dihalau nafi dibumi sendiri,
Ditangkap tanpa sebab dan alasan,


Kukira Syeikh Yassinkan melaung,
Dari kekuatan suara yang entah datang dari mana,
‘Kamu bangsa-bangsa Malaysia – Indonesia,
Memaki Kebodohan Bangsa Arab,
yang menjadi boneka pada Yahudi,
yan meratah bangsa kami Palestina,
Namun tika bangsa Pattani,
Terseksa, dizalimi, hilang arah,



Kamu menjadi buta,
Sesungguhnya aku mungkin buta mataku,
Namun kamu telah buta hatimu’


Malangnya Syeikh Yassin sudah tidak ada kini;
Maka kebutaan mata kita, telinga kita yang tuli;
Kaki kita yang tidak berdaya, mulut kita yang bisu,
Dan segala yang tidak berdaya pada kita,
Pastinya gagal berbuat apa-apa,
Pada sebuah potret kemusnahan,
Satu ummah, satu bangsa, satu bahasa, satu agama dengan kita
Pattani; sebuah Palestina di Nusantara



M Nizam Mahshar
1 Ramadhan 1431H

www.amanpattani.blogspot.com

Tuesday, July 27, 2010

Syaitan bernama Israel ugut Lebanon pula..

Israel halang kapal Lebanon

BAITULMAQDIS - Tentera rejim Zionis terus bertegas akan melakukan apa sahaja untuk menghalang dua kapal Lebanon yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel dengan angkuh berkata, komando tentera laut yang dikenali sebagai Shayetet sudah bersiap-sedia untuk menyerang mana-mana kapal yang cuba melanggar sekatan yang dikenakan rejim Zionis di sempadan Gaza.

Pada Khamis lalu, duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Gabriela Shalev mengirim surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan presiden Majlis Keselamatan PBB, Joy Ogwu untuk memberi amaran bahawa kedua-dua kapal itu, Junia dan Julia, tidak akan dibenarkan meneruskan pelayaran ke Gaza.

"Kami berhak melakukan apa sahaja untuk menghalang kapal-kapal itu kerana kami beranggapan misi itu turut membawa senjata dan aktivis yang sengaja mahu menimbulkan masalah," katanya dalam surat itu.

Pada Jumaat lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk kerajaan Lebanon kerana gagal menghalang kapal :Junia: dan :Julia: melakukan pelayaran menuju ke Gaza.

"Jika kapal itu menghampiri perairan Gaza, tentera kami akan mengarahkannya berlabuh di Pelabuhan Ashdod dan jika arahan tidak dipatuhi, kami akan melakukan apa yang patut," katanya.

Israel kritik UNHRC

Israel kritik UNHRC

TEL AVIV - Israel mengkritik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHRC) kerana kononnya melantik ahli jawatankuasa siasatan yang bersikap berat sebelah dalam menyiasat insiden serangan tentera Zionis itu ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Seorang pegawai kerajaan rejim itu menuduh ketiga-tiga pakar yang dilantik akan memberikan laporan yang lebih memihak kepada kumpulan anti-Israel yang menguasai UNHRC.

"Kerajaan Israel percaya ketiga-tiga ahli panel tidak akan berlaku adil dalam menjalankan tugas mereka," katanya kepada wartawan AFP, kelmarin.

Pada Jumaat lalu, UNHRC melantik bekas pendakwa raya jenayah perang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Desmond de Silva; hakim dari Trinidad, Karl T Hudson-Phillips dan aktivis hak wanita dari Malaysia, Mary Shanthi Dairiam menyiasat insiden serangan tentera ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu di perairan antarabangsa.

Tugas utama panel itu adalah menyiasat sama ada serangan berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa dan UNHRC menegaskan bahawa ahli jawatankuasa dalam panel yang dilantik akan bersikap objektif dan adil dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Panel itu dijadualkan menyerahkan laporan siasatan pada pertengahan September ini.

Thursday, July 15, 2010

Siapakah Rachel Corrie?

Perjuangan Sedunia untuk Palestin



Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?


Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).



Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.


Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.



Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.


Thursday, July 8, 2010

Dengan NGO pun Israel takut!

Dengan NGO pun Israel takut! Bila Yahudi terancam, manusia yang lemah juga akan digelar musuh dan pengganas. Israel bakal menerima hukuman antarangsa.

NGO 'musuh dalam selimut': Israel


TEL AVIV - Kerajaan Israel dan sekumpulan pertubuhan melancarkan kempen 'menangkis usaha mengharamkan' rejim itu yang ditujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan dan hak asasi manusia, kelmarin.

Serangan tentera rejim ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan kerajaan Israel berasa semakin terancam dengan pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Kempen berterusan itu pertama kali dilancarkan selepas sekumpulan NGO di Gaza mengeluarkan laporan mengutuk kekejaman tentera rejim Zionis semasa serangan tentera Israel yang memusnahkan Gaza, pada Disember 2008.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membidas laporan itu dan menegaskan akan 'menyumbang masa dan tenaga untuk membanteras kumpulan NGO seperti ini.'

"Kita tidak akan hanya berdiam diri dan menunggu NGO hak asasi manusia menyerang kita kerana mereka merasakan mereka dikecualikan daripada menerima hukuman," katanya.

Pengarah Perancangan Dasar di Pejabat Perdana Menteri Israel, Ron Dermer pula menuduh setiap NGO yang mengutuk Israel hanya 'menumpahkan minyak ke api dan memperjuangkan kemahuan Hamas.’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...