Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Monday, July 20, 2009

Kejamnya Perang pada Mereka yang Masih Tinggal


Bayangkan perasaan anda yang masih gagal melupakan saat-saat ketakutan yang berlaku pada masa lalu? Biarpun peristiwa tersebut telah menjangkau lebih 30 tahun, kesannya masih dirasa malah menyeksa jiwa dari hari ke hari. Ini belum lagi gangguan serta mimpi ngeri yang hadir semasa tidur ataupun kegagalan memberi sepenuh tumpuan semasa melakukan satu-satu kerja. Pasti peristiwa tersebut sebenarnya amat menakutkan, ngeri atau mendatangkan ketakutan yang amat pada diri.

Berita Harian bahagian Dunia hari ini, 21 Julai 2009 melaporkan pengalaman trauma yang masih menghantui bekas pengawal di penjara Tuol Sleng atau dikenali juga sebagai S-21. Bekas pengawal tersebut kini adalah antara saksi utama kepada jenayah perang melibatkan penderaan dan pembunuhan lebih 14 000 orang Kemboja yang diselia oleh bekas ketua penjara rejim Pol Pot iaitu Kaing Guek Eav (Duch). Duch adalah pemimpin pertama yang dibicarakan di tribunal jenayah perang daripada 5 pemimpin yang masih hidup dan perbicaraan ke atas Duch (disebut Doik) telah bermula 18 Februari yang lalu.

"Jika saya melihat beliau menaiki sebuah basikal ke arah saya, saya akan mencari tempat untuk melarikan diri dari beliau. Saya amat takutkan beliau. Malah, sekarang juga saya masih takutkannya." Ini adalah petikan kata-kata Him Huay, bekas pengawal yang mengucapkannya sambil menangis.

Bayang-bayang ketakutan akibat kekejaman yang dilakukan oleh Duch ketika rejim Khmer Rouge berkuasa di bawah pimpinan Pol Pot masih menghantuinya hingga kini. Him Huay hanyalah salah seorang individu yang mengalami trauma akibat perilaku kejam komunis. Mujur juga dia adalah pengawal penjara, bukannya mangsa yang tidak bersalah yang ditahan dan dibunuh di dalam penjara S-21 tersebut.

Dalam satu laporan yang lain, dikatakan kanak-kanak di Palestin mengalami trauma perang yang lebih dahsyat dan bakal mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih. Bayangkan saja kanak-kanak seusia 10 tahun tidak lagi menulis 'Apple' untuk A, 'Ball' untuk B tetapi memilih 'Apache' (jenis helikopter tempur yang digunakan Israel ketika menyerang Gaza) untuk A, 'Blood' untuk B, 'Coffin' untuk C dan seterusnya.

Begitu terkesannya perang serta kekejaman yang berlaku hinggakan ia terzahir dalam tindakan kanak-kanak yang baru belajar mengenal dunia...kejamnya perang pada mereka yang masih tinggal..


Wardah bt Abdul Rahman
Pulau Pinang

Wednesday, July 15, 2009

Komunis Bukan Penghalang Kemaraan Islam





Komunis Bukan Penghalang Kemaraan Islam

  • Islam kini merupakan agama kedua terbesar di Rusia, negara yang dahulunya pernah berada di bawah jajahan kerajaan Soviet yang berfahaman komunis.

  • Kira-kira 17% iaitu 21-28 juta daripada 142 penduduk di negara terbesar di dunia ini beragama Islam.

  • Fahaman komunis melarang penduduk di negara tersebut mengamalkan agama masing-masing dan di bawah pemerintahan komunis dahulu, Islam turut sama cuba dihapuskan.

  • Dalam situasi krisis ekonomi sekarang, ahli ekonomi di kebanyakan negara Barat termasuk Rusia turut mencari kaedah alternatif melalui perbankan dan kewangan Islam.

  • Buktinya, pada 17-18 Mac tahun lalu pernah diadakan persidangan ‘Islamic Banking: Specifications and Perspectives’ yang dianjurkan di Moscow.

  • Walau bagaimanapun, disebabkan sistem ekonomi Rusia yang pelik dan ketidaksediaan pasaran Rusia untuk menerima sistem kewangan Islam, idea perbankan Islam sukar menjadi realiti.
  • Saiz keluarga Muslim di Rusia adalah lebih besar berbanding penganut agama lain. Dianggarkan sebuah keluarga Muslim mempunyai 4-5 orang anak sedangkan kadar kelahiran dalam kalangan penduduk Rusia yang lain hanya 1.41 bagi sebuah keluarga.

  • Perkara ini telah menyumbang ke arah peningkatan bilangan individu Muslim di Rusia.

  • Etnik Rusia yang lain mempunyai kadar kelahiran yang rendah dan kadar kematian yang tinggi akibat penagihan alkohol.

  • Perkara ini tidak berlaku dalam kalangan orang Islam yang memandang alkohol adalah haram.

  • Bermula tahun 1990, bilangan Muslim yang mengerjakan Haji meningkat secara mendadak selepas sekatan dari era Soviet berakhir.

  • Krisis ekonomi tidak memberi kesan kepada penduduk Muslim yang keluar mengerjakan Haji atau Umrah kerana jumlah biaya yang diperlukan masih sama.

  • Pada tahun 2008, 25 838 orang Muslim Rusia mengerjakan ibadah Haji berbanding 26 500 orang pada tahun 2007.

  • Jumlah cetakan Al-Quran dan kitab tafsir tetap meningkat dan tidak terjejas biarpun dalam krisis ekonomi sekarang.

  • Kebanyakan buku yang terjejas akibat permintaan yang kurang adalah buku yang mengajar perbandingan agama.

  • Terdapat dakwaan dari golongan pakar mengatakan negara Rusia sedang mengalami perubahan yang jika ianya berterusan, hampir 1/3 daripada jumlah penduduk Rusia akan memeluk Islam menjelang pertengahan abad ini.



Wardah bt Abdul Rahman
http://ulum-ulama.blogspot.com/



Sunday, July 12, 2009

Kenyataan Bersama Krisis Perkauman di China

Kenyataan Bersama Krisis Perkauman di China
Terus ke Komen
JOINT PRESS STATEMENT
CHINA MUST RECOGNIZE AND PROTECT
UIGHUR MINORITY RIGHTS
- DEAL UNREST EVEN-HANDEDLY THROUGH INDEPENDENT INVESTIGATION

12 TH JULY 2009
We are deeply concerned over the escalating violence in Xinjiang Uighur Autonomous Region (XUAR). Reports suggest that the unrest has now spread from Urumqi to the cities of Kashgar, Yarkand, Aksu, Khotan and Karamay.
There are conflicting reports from various sources regarding the number of dead in Urumqi, and the cause of these deaths. Official reports say at least 156 have been killed, while other sources put the figure above 1,000. Uighur sources within Xinjiang say that 400 Uighurs have been killed by police. So far, there have been 1,000 injured and 1,434 arrested in relation to the unrest in Xinjiang.
Official reports link the unrest to the death of two Uighur factory workers in June in an ethnic clash at a toy factory in Shaoguan, Guangdong province. However, other reports suggest that more than 100 Uighurs were killed during the incident at the factory. While the Chinese authorities imposed an information black-out on the incident, it was allegedly the rumours of this incident, and the government’s inaction, that sparked an estimated 10,000 Uighur protestors to take to the streets in Urumqi.
Reports suggest police knew in advance protestors would be demonstrating in large numbers and blocked the roads to prevent them from assembling. This, and heavy-handed policing toward Uighurs, is thought to have played a role in turning the initially peaceful protests in Urumqi into violent riots.
It is probable that the substantial influx of Han Chinese to the region has played a role in the current unrest. A drastic ‘in-transfer’ of ethnic Han Chinese has coincided with the government policy of transferring Uighur women from Xinjiang to the urban areas of China’s eastern seaboard for forced labour, significantly changing the region’s demographics.
According to reports in the media China’s Uighurs are undoubtedly amongst the most repressed peoples of the world. Some of the human rights abuses Uighurs face are forced labour, forced abortion, human trafficking, arbitrary arrest and detention, and severe racial and religious persecution and discrimination.
We call on the Chinese government:
To carry out an open and independent investigation into the ethnic clash and deaths that took place in Guangdong in late June.
To deal with the protestors in a proportionate and even-handed manner and those arrested must receive fair trials in accordance with international standards. Adequate investigations on the circumstances surrounding all deaths should be carried out.
To respect, and provide opportunities for Uighurs to enjoy, their human rights including their religious and cultural rights.
To abandon the policy of changing the demography of the region through Han migration and trying to assimilate them into the Han community.
To recognize and give effect to the right of self-determination of the Uighurs in accordance with international law.
To establish inter-ethnic goodwill councils to address inter-ethnic problems and promote unity.
Abdul Ghani Samsudin
Chairman ,SHURA
S.M. Mohamed Idris
Chairman , Citizens International
Mohd Azmi Abdul Hamid
President , TERAS

Saturday, July 11, 2009

Muslim Bulgaria Terus Ditindas













Sumber berita : Harakah edisi 22-25 Jun 2009
  • Agama Islam adalah agama kedua terbesar di negara ini.

  • Islam dibawa ke Bulgaria sejak beberapa kurun oleh pendakwah khususnya daripada negara Turki hingga ibu negara Bulgaria dinamakan Sofia (seorang sufi yang beramal dengan ilmu tasawwuf) pada 774H.
  • Bulgaria pernah mengalami pentadbiran negara berteraskan fahaman komunis suatu ketika dahulu dan kini negara tersebut lebih cenderung kepada fahaman sekularisme. Walau bagaimanapun, masih kelihatan bibit-bibit komunis dalam kalangan pemimpinnya.

  • Pada 2005, Bulgaria mula menyertai Kesatuan Eropah. Sejak itu, penentangan terhadap Islam dan umatnya mulai kendur.

  • Namun, kejahilan mengenai Islam masih boleh dilihat melalui tindakan pemerintah yang tidak mahu mengambil tahu mengenai Islam dan tekanan yang dikenakan ke atas umat Islam di sana.

  • Islam diperlihatkan seolah-olah penghalang bagi sesuatu kemajuan yang ingin dicapai.

  • Antara tekanan yang diterima oleh orang Islam di Bulgaria ialah ditunda pembayaran gaji, diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah dan diejek di khalayak ramai.

  • Muslim Bulgaria masih mendapat bantuan dan mempunyai hubungan baik dengan negara Arab walaupun negara Arab tidak mahu mengambil tahu masalah dalaman yang berlaku.
  • Jabatan Mufti yang diketuai oleh Dr. Mustafa al-Haji kini sedang merangka skim perniagaan bagi merangsang ekonomi umat Islam. Selain itu, program keagamaan disusun bagi menjelaskan Islam kepada umat Islam dan rakyat Bulgaria.

Diringkaskan oleh :

Wardah bt Abdul Rahman

Friday, July 10, 2009

Pergolakan di Selatan Thailand

Semalam genap sebulan tragedi berdarah yang mengorbankan 11 jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Narathiwat, Thailand. Dalam kejadian tersebut, lima atau enam lelaki yang bersenjata automatik memasuki ruangan masjid sebelum melepaskan tembakan ramabang mengarah kepada jemaah dan membunuh antaranya imam masjid serta mencederakan 19 jemaah yang lain.

Kejadian menembak orang Islam di dalam rumah Allah ini disifatkan sebagai tindakan yang amat biadap dan tidak berperikemanusiaan! Kini korban di wilayah Islam yang bergolak (Yala, Narathiwat dan Pattani) di selatan Thailand meningkat kepada 3 700 orang dan tiada yang boleh memberi jaminan bahawa tragedi yang sama tidak akan berulang lagi.

Sejak 2003 lagi, wilayah selatan Thailand mula tegang berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin Shinawatra terhadap penduduk yang militan di tiga wilayah Islam berkenaan. Selepas arahan tersebut, lebih 1500 penduduk telah terbunuh. Jumlah ini juga dianggarkan bersamaan dengan bilangan anak yatim yang ibu bapa mereka terbunuh sejak 2004.

Tragedi pembantaian umat Islam juga berlaku dalam peristiwa di Masjid Kerisik disusuli peristiwa Tak Bai pada 25 Oktober 2004. Tragedi Tak Bai juga mencerminkan sikap tentera Thailand yang kejam dan mencemarkan kesucian bulan Ramadhan umat Islam.

Patanikini di dalam blognya menulis bagaimana bermulanya sejarah bermulanya permasalahan yang timbul di selatan Thailand kini. Baca petikan di bawah.

Ada beberapa perkara dan fakta yang pihak kami rasa harus dibentangkan disini kapada para pembaca dan penyokong. Pertama Patani jatuh pada tahun masehi 1786 setelah beratus-ratus tahun berperang dengan bangsa Thai.Patani sentiasa menang dalam peperangan sebelumnya.bahkan tentera Patani pernah mengalahkan benteng Ayuthia ! Kekalahan yang terakhir itu adalah kerana konspirasi dan pengkhianatan dari dalam pimpinan Patani sendiri. Sejak dari tarikh kekalahan itu Patani begitu lemah kerana sebahagian besar dari askar-askarnya telah ditawan dan di cucuk keting(kaki) dan di bawa ke Bangkok. Yang ditinggalkan adalah orang-orang tua perempuan dan kanak-kanak yang telah bunuh oleh askar Siam sebanyak 30000 orang dengan menelentang kan mereka-mereka ini di atas jalaraya dan di pijak dengan gajah Secara kejam.!!!

Selepas dari tarikh tersebut kebangkitan sering berlaku tapi secara kecil-kecilan. Sekali sekala mereka melakukan pembasmian beramai-beramai secara kejam.Negara Patani pernah berdamai dengan Siam dengan membayar bunga emas sebagai perlindungan. Hasil dari tidak melawan dan berhenti berperang ini Siam dengan galakan dari penjajah Inggeris telah pada tahun 1902 mengishtiharkan Patani sebagai sebahagian dari bumi Thai. Pada tahun1909 telah diadakan perjanjian Anglo-Bangkok diantara Inggeris –Siam tanpa memaklumkan pada Raja-raja melayu pada masa itu.

Rakyat Patani mula bangkit semula sehingga membawa kapada berbagai-bagai peristiwa pembunuhan kejam oleh Siam yang tidak dapat di lupai oleh bangsa Melayu Patani!!!!

Pada permulaaan kemasukan Jepun ka-Tanah Melayu melalui Siam pihak Inggeris telah minta bantuan Tengku Mahmud Mahyidin (anak raja Patani) yang terkenal dengan gelaran harimau Malaya untuk menyiapkan pasukan gurilla yang di kenali sebagai Force 136. Banyak orang –orang Patani terlibat dalam pasukan ini.Inggeris menjanjikan akan menyatukan Patani dengan persekutuan tanah melayu jika berjaya mengalahkan Jepun. Selepas perang ketika pihak inggeris bersdia melaksanakan janji mereka tiba-tiba Amerika menghalang kerana bimbang Siam akan memihak pada blok Komunis.Selepas itu Tengku Mahmud Mahyidin telah dibunuh secara diupah pembantunya memberi racun kedalam makanannya!!!!.Haji Sulong juga telah dibunuh dengan kejam oleh Siam tanpa diketahui dimana kubornya. Selepas itu bermula lah kebangkitan orang-orang Patani secara tersusun dan terancang.Seandainya dimasa itu wujud nya setikawan Bangsa Melayu dari pemerentah Malaya sudah tentu Patani tidak terbiar saperti hari ini.Kebangkitan ini berperingkat. Bermula dari memujuk tokoh-tokoh gedeber( bandit) dan memberi kefahaman perjuangan kapada mereka sehingga lah dapat dibentuk suatu tentera yang terdiri dari anak-anak muda yang terlatih.Perjuangan mula menurun pada tahun 90 puluhan apabila berlaku gerakan masjid kerisik yang juga didalangi oleh pemimpin pejuang yang berpakat dalam suatu pakatan yang di namakan PRC.

Setelah pemerentah Thai mengganyang pergerakan masjid kerisik kumpulan Wahdah,sebuah kumpulan ahli-ahli politik melayu yang bekerjasama dengan Chaovalit dalam partai Harapan Baru mengambil kesempatan dengan alasan untuk membila nasib pejuang-pejuang masjid kerisik.Mereka berjaya menggunakan sel-sel yang telah dibentuk oleh pergerakan masjid kerisik.Dari hari itu hampir seluruh masyarakat Patani telah sekali lagi memberi peluang pada keamanan untuk membila nasi rakyat Patani. Kumpulan Wahdah berjaya membina sel-sel mereka sehingga pada keseluruhan tahun 90 han orang -orang Patani telah hampir-hampir menolak jalan Jihad sebagai perjuangan mereka kerana begitu yakin dengan pembelaan dari kumpulan wahdah yang mendapat tempat istimewa disisi penjajah Thai.
Kedudukan orang-orang melayu agak maju sehingga saudara Wan Mohd Nor Mattar pernah dilantik sebagai Menteri Dalam negeri dan Timbalan Perdana Menteri.Perkara ini tak pernah berlaku dalam sejarah orang-orang Patani. Hampir seluruh pembesar-pembesar melayu memberi kepercayaan penuh pada penjajah Thai.

Rupa-rupa nya pihak Thai tidak senang dengan perkembangan terbaharu ini,terutamanya golongan tentera.Kerana bagi tentera jika Negara aman akan hilanglah sumber pendapatan yang besar bagi Jeneral-jeneral mereka.Selepas itu mereka mula mencipta berbagai masaalah dikawasan Patani. Sehingga lah berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap-pemuda yang hanya bersenjatakan parang didalam masjid kerisik pada April 2004 !! Mereka menyerang masjid dengan disaksikan oleh rakyat Patani disekitar masjid Kerisik!!.Mereka menyerang masjid seolah-olah satu peperangan yang besar untuk membunuh orang-orang yang tak bersenjata.!!!!

Pada bulan oktober 2004 mereka melakukan pembunuhan yang lebih kejam.Pembunuhan dilakukan kan keatas penunjuk-penunjuk perasaan yang hanya inginkan jawapan dari penjajah tentang apa yang berlaku keatas enam orang pengawal kampung yang telah ditangkap beberapa hari sebelumnya. Penunjuk-penunjuk perasaan ini di tindas saperti binatang .Hampir seribu orang telah hilang dalam tunjuk perasaan salama enam jam itu.Berbanding dengan tunjuk perasaan ganas oleh bangsa mereka di Bangkok yang berjalan selama empat bulan hanya beberapa orang sahaja di tembak mati.!!!!

Sejarah tentera Thai ini dari dahulu hingga sekarang tidak pernah melayan orang-orang Patani sabagai manusia.Hampir setiap hari orang-orang yang di syakki sebagai pejuang di culik,samaada dibunuh atau di penjara.
Penderitaan dan penindasan yang dialami oleh penduduk Islam di selatan Thailand telah lama bermula. Pertumpahan darah berlaku hampir setiap hari malah pemerintahan di bawah 5 Perdana Menteri yang berlainan masih tetap gagal menyelesaikan persengketaan yang berlaku.
Wardah bt Abdul Rahman
Aktivis SPAQ

Menilai polisi ganas China terhadap wilayah Xinjiang

Menilai polisi ganas China terhadap wilayah Xinjiang
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah ( Setiausaha Teras Caw Perak)

Menilai rusuhan antara kaum di wilayah Xinjiang yang berlaku baru-baru ini bukan sekadar melihat aspek pertembungan etnik dan kekejaman tangkapan yang dibuat, tetapi menilai satu bentuk penjajahan yang terancang pada tahun 1949 serta melihat secara terperinci agenda demi agenda yang dilakukan oleh pihak China untuk merosakkan struktur masyarakat di wilayah itu dari aspek sosiologi, antropologi dan geopolitik.

6 Julai 2009 menyaksikan hampir 200 rakyat Uygur (bangsa Turkistan Islam) mati ditembak secara rambang oleh polis China apabila rusuhan kaum Uygur berlaku di Urumqi (ibu negeri Xinjiang). Rusuhan ini berlaku akibat pertembungan etnik Uygur dan Han yang telah lama berlaku. Perlu diketahui, Uygur telah dijajah bermula 1949 serta dipaksa menganut komunis serta meninggalkan Islam. Sesiapa yang didapati bersolat akan dikupas kulit kepala, dikupas tapak kaki, dicabut kepala dan kaki menggunakan trak, diseksa di penjara tanpa diberi mandi dan melihat cahaya selama 1-2 tahun serta dimasukkan bom pada kemaluan perempuan berdasarkan pengarang kisah sebenar kekejaman China dalam novel 'Weil China' yang telah diterbitkan oleh PMRAM.

Jika diteliti dalam web-web kerajaan China dan pro China, Xinjiang dikatakan telah berada dalam wilayah China sejak dinasti silam dengan mengenepikan etnik Kazaks dan Uygur sebagai salah satu pencetus ketamadunan Turki pada era Abbasiyyah dan Utmaniyyah. Mereka mendakwa dasar liberal China pada era 1980an telah menjadikan bangsa Uygur ‘naik kepala’ serta mula ingin mengeluarkan wilayah tersebut dari China.

Cendiakawan China juga berpendapat bahawa kehadiran idea Pan-Turki atau Pan Islam oleh Khalifah Utmaniyyah telah menyemarakkan semangat bangsa Uygur untuk bangun menentang ‘kerajaan’ mereka iaitu komunis China.

Menurut tesis Masters of Arts in Law and Diplomacyyang disediakan oleh Nancy Eranosian pada 21 Julai 2005, Bangsa Cina Han telah menjadi semakin dominan di Republik Rakyat China dan bilangan mereka semakin bertambah serta menguasai etnik Uyghur yang kemudiannya menjadi minoriti. Bangsa Han memiliki kuasa di China serta melaksanakan pentadbiran di peringkat nasional mahupun di peringkat wilayah-wilayah termasuk di Xinjiang atau lebih baik sahaja disebut sebagai Turkistan Timur. Jawatan terbesar di Xinjiang ini adalah Setiausaha Luar Parti Komunis China yang selalunya berbangsa Han. Penjajahan sosial berlaku lebih teruk apabila bahasa Mandarin diguna secara total di semua sekolah rakyat Uygur serta dinafikan bahasa asal Uygur. Dasar ini berasaskan satu matlamat iaitu menghakis nilai Islam dalam jiwa anak muda Uygur. Buku literasi berbahasa Uygur yang membawa nilai kebangsaan Islam serta nilai agama dibakar besar-besaran pada tahun 2002. Negara jiran China digesa agar membantu Chiana membasmi pejuang pemisah Xinjiang. Media massa saban hari melabelkan bangsa Uygur sebagai bangsa mundur, pemalas dan ganas. Hal inilah yang menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat malah diskriminasi bantuan kerajaan berlaku secara berleluasa.

Populasi Xinjiang adalah sekitar 18.5 juta (data tahun 2000). Uygur adalah pribumi asal sebanyak 46.5% populasi manakala Han adalah sebanyak 38.7%. manakala kaum minoriti lain adalah seperti Kazakh, Rusia, Hui (China islam), Mangolia, Uzbek, Tatar, Manchu, Daur dan Xibe.

Sebelum tahun 1949, populasi Uygur adalah sebanyak 75% dan bilangan ini semakin berkurangan akibat polisi China untuk membawa etnik Han menduduki wilayah itu serta mencetuskan kejutan budaya, pertembungan norma sekaligus menghilangkan tradisi Islam di wilayah muslim tersebut.

Polisi China dengan satu kerja komprehensif untuk mensekularkan Uygur, menghapuskan Islam terserlah. Malah China kononnya cuba mengikuti kempen anti pengganas Bush apabila menahan 1300 penduduk Xinjiang menjelang Sukan Olimpik China pada taun 2008. Menurut Procuratorial Daily, tangkapan ‘rahsia’ pihak China adalah bertujuan menjaga keamanan. Siksaan dan deraan yang dilakukan oleh polis China jarang sekali dihebahkan kerana komunis memiliki 1001 cara penyeksaan yang tidak masuk di akal manusia.

Jika dahulu penindasan terhadap etnik ini atas dasar menghapuskan Islam dan mengkomuniskan semua rakyat, hari ini China telah jauh melaksanakan dasar liberalisasi ekonominya seiring kempen Amerika Syarikat sekaligus memerangi ‘pengganas’ sepertimana yang diajar oleh barat. China kini mengalami perkembangan ekonomi terbaik dunia, justeru perlu menghilang semua ketegangan dalamnnya termasuk isu Uygur ini demi menjadi jaguh ekonomi dunia. Di saat Amerika mengalami kejatuhan ekonomi serta kemuflisan beberapa syarikat automotifnya, China kini mengalami kenaikan 36.5% serta diramal oleh pihak Deutsche Bank bakal memegang ekonomi dunia menjelang 2015. Menurut Berita Harian 10 Julai 2009, China bakal mengambil alih Amerika Syarikat dalam perusahaan automobil serta akan terus berkembang. Tidak hairan, polisi China dalam menghadapi golongan pemisah dan kaum minoriti terutama Islam adalah sama sahaja dengan polisi Amerika Syarikat.


Rusuhan di Urumqi, Xinjiang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...