Lagu Nasyid Jihad


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Palestine Will Be Free...(Maher Zain)

Tuesday, July 27, 2010

Syaitan bernama Israel ugut Lebanon pula..

Israel halang kapal Lebanon

BAITULMAQDIS - Tentera rejim Zionis terus bertegas akan melakukan apa sahaja untuk menghalang dua kapal Lebanon yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel dengan angkuh berkata, komando tentera laut yang dikenali sebagai Shayetet sudah bersiap-sedia untuk menyerang mana-mana kapal yang cuba melanggar sekatan yang dikenakan rejim Zionis di sempadan Gaza.

Pada Khamis lalu, duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Gabriela Shalev mengirim surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan presiden Majlis Keselamatan PBB, Joy Ogwu untuk memberi amaran bahawa kedua-dua kapal itu, Junia dan Julia, tidak akan dibenarkan meneruskan pelayaran ke Gaza.

"Kami berhak melakukan apa sahaja untuk menghalang kapal-kapal itu kerana kami beranggapan misi itu turut membawa senjata dan aktivis yang sengaja mahu menimbulkan masalah," katanya dalam surat itu.

Pada Jumaat lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk kerajaan Lebanon kerana gagal menghalang kapal :Junia: dan :Julia: melakukan pelayaran menuju ke Gaza.

"Jika kapal itu menghampiri perairan Gaza, tentera kami akan mengarahkannya berlabuh di Pelabuhan Ashdod dan jika arahan tidak dipatuhi, kami akan melakukan apa yang patut," katanya.

Israel kritik UNHRC

Israel kritik UNHRC

TEL AVIV - Israel mengkritik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHRC) kerana kononnya melantik ahli jawatankuasa siasatan yang bersikap berat sebelah dalam menyiasat insiden serangan tentera Zionis itu ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Seorang pegawai kerajaan rejim itu menuduh ketiga-tiga pakar yang dilantik akan memberikan laporan yang lebih memihak kepada kumpulan anti-Israel yang menguasai UNHRC.

"Kerajaan Israel percaya ketiga-tiga ahli panel tidak akan berlaku adil dalam menjalankan tugas mereka," katanya kepada wartawan AFP, kelmarin.

Pada Jumaat lalu, UNHRC melantik bekas pendakwa raya jenayah perang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Desmond de Silva; hakim dari Trinidad, Karl T Hudson-Phillips dan aktivis hak wanita dari Malaysia, Mary Shanthi Dairiam menyiasat insiden serangan tentera ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu di perairan antarabangsa.

Tugas utama panel itu adalah menyiasat sama ada serangan berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa dan UNHRC menegaskan bahawa ahli jawatankuasa dalam panel yang dilantik akan bersikap objektif dan adil dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Panel itu dijadualkan menyerahkan laporan siasatan pada pertengahan September ini.

Thursday, July 15, 2010

Siapakah Rachel Corrie?

Perjuangan Sedunia untuk Palestin



Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?


Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).



Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.


Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.



Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.


Thursday, July 8, 2010

Dengan NGO pun Israel takut!

Dengan NGO pun Israel takut! Bila Yahudi terancam, manusia yang lemah juga akan digelar musuh dan pengganas. Israel bakal menerima hukuman antarangsa.

NGO 'musuh dalam selimut': Israel


TEL AVIV - Kerajaan Israel dan sekumpulan pertubuhan melancarkan kempen 'menangkis usaha mengharamkan' rejim itu yang ditujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan dan hak asasi manusia, kelmarin.

Serangan tentera rejim ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan kerajaan Israel berasa semakin terancam dengan pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Kempen berterusan itu pertama kali dilancarkan selepas sekumpulan NGO di Gaza mengeluarkan laporan mengutuk kekejaman tentera rejim Zionis semasa serangan tentera Israel yang memusnahkan Gaza, pada Disember 2008.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membidas laporan itu dan menegaskan akan 'menyumbang masa dan tenaga untuk membanteras kumpulan NGO seperti ini.'

"Kita tidak akan hanya berdiam diri dan menunggu NGO hak asasi manusia menyerang kita kerana mereka merasakan mereka dikecualikan daripada menerima hukuman," katanya.

Pengarah Perancangan Dasar di Pejabat Perdana Menteri Israel, Ron Dermer pula menuduh setiap NGO yang mengutuk Israel hanya 'menumpahkan minyak ke api dan memperjuangkan kemahuan Hamas.’

Tentera Zionis mula bunuh diri?

TEL AVIV (Arrahmah.com) - Militer Israel telah menyuarakan peringatan bersamaan dengan meningkatnya jumlah kasus bunuh diri tentaranya sejak awal tahun 2010.

Sembilan belas tentara Israel telah mengakhiri hidupnya sendiri selama tahun ini, menyusul penurunan sejumlah program yang bertujuan menangkal angka bunuh diri di dalam tubuh militer Zionis tersebut, Ynet melaporkan pada hari Selasa (6/7), dikutip PressTV.

Data 2010 ini menunjukkan kenaikan yang sangat signifikan dibandingkan sepanjang tahun lalu yang berjumlah 21 kasus. Militer Israel melaporkan 30 kasus bunuh diri pada tahun 2000, sementara ada 35 kasus serupa pada tahun 2005.

Pihak militer kemudian meluncurkan program pelatihan untuk membantu mendiagnosa tekanan psikologis serius yang diderita tentara-tentaranya. Program ini dinilai berhasil. Dalam kurun waktu 2007-2009, ada penurunan jumlah bunuh diri menjadi kurang dari 24 dalam satu tahun.

Dua petugas layanan kesahatan mental militer Israel dihukum dengan pasal tindak pidana pada tahun 2008 karena gagal untuk mencegah bunuh diri seorang prajurit yang menunjukkan tanda-tanda tekanan psikologis. (althaf/arrahmah.com)

Pegawai tinggi Israel desak pulih hubungan dgn Turki; ada sebab mungkin

Pegawai tinggi Israel desak pulih hubungan

TEL AVIV - Menteri Parti Buruh, Avishay Braverman mendesak kerajaan Turki dan Israel mengurangkan retorik masing-masing dan berusaha memperbaiki hubungan kedua negara yang rosak teruk.

"Hubungan antara Turki dan Israel sangat besar kepentingannya dan saya berharap hubungan akan kembali baik dan mesra seperti dulu," katanya.

Menurutnya, kedua pihak perlu berhenti 'mencurahkan minyak ke api.'

"Saya ingin menasihatkan beberapa individu di kedua-dua negara supaya kurangkan retorik masing-masing dan duduk semeja untuk membincangkan masalah ini dan seterusnya membina semula hubungan baik," katanya.

Gesaan Braverman itu disokong bekas pengarah agensi perisikan Mossad Israel, Efraim Halevy yang mengingatkan hubungan Israel dan Turki adalah hubungan dua hala tertua yang dimiliki Israel dengan sebuah negara di rantau Timur Tengah.

Desakan pegawai tinggi Israel itu dibuat selepas hubungan kedua-dua negara dilihat semakin runcing dengan kenyataan balas dari kedua belah pihak selepas tentera rejim menyerang kapal bantuan ke Gaza dan membunuh sembilan warga Turki.

Selepas desakan antarabangsa Israel tetap kekalkan sekatan

Israel kekalkan sekatan

GAZA - Israel pada dasarnya mengurangkan sekatan ke atas Gaza dan membenarkan barangan keperluan asas dibawa masuk ke wilayah yang bergolak itu, tetapi masih mengenakan sekatan yang terus menjejaskan ekonomi di situ.

Antara barangan yang amat diperlukan untuk memulihkan kemusnahan berikutan perang tahun lalu adalah barang-barang pembinaan yang masih disekat masuk ke Gaza.

Peniaga dan aktivis kemanusiaan di Genting Gaza berkata, apa yang dilakukan Israel belum mencukupi.

Laluan masuk ke Gaza yang dibuka di Kerem Shalom juga tidak mencukupi untuk menampung kemasukan kenderaan yang membawa barangan keperluan sejak sekatan dikurangkan, kelmarin.

Rejim Zionis itu pula berkata, sekatan terhadap beberapa barangan serta sekatan eksport adalah langkah perlu bagi tujuan keselamatan.

Antara barangan yang dibawa ke Gaza melalui Kerem Shalom sejak Isnin adalah mesin basuh dan tilam yang sebelum ini tidak dibenarkan masuk.

Israel mengenakan sekatan di sempadan Gaza berikutan penahanan tenteranya, Gilad Schalit, oleh pejuang Hamas pada 2006 dan sekatan itu ditingkatkan setahun kemudian.

Rejim Zionis bersedia membatalkan sekatan itu sekiranya Hamas membebaskan Schalit, memperakui kuasa Israel dan menghentikan perjuangan.

Hamas pula menolak cadangan itu dengan alasan Israel tidak berhak ke atas Gaza.

Antara barangan yang masih disekat oleh Israel adalah bahan-bahan yang dikhuatiri boleh digunakan Hamas untuk menghasilkan senjata, misalnya baja, tong gas dan ubat pembersih air.

Bahan-bahan pembinaan seperti simen, kabel besi dan blok konkrit hanya boleh dibawa masuk ke Gaza jika diawasi agensi bantuan antarabangsa.

Akibatnya, pembinaan bangunan sekolah, projek perumahan dan sistem kumbahan terhenti sejak 2006.

Agensi bantuan antarabangsa menganggarkan 86,000 rumah perlu dibina bagi menampung rumah-rumah yang rosak akibat perang sejak empat tahun lalu.

Sinar Harian Rabu 7-7-2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...